Sunday, September 19, 2010

Kepelbagaian Wadah Dakwah di Malaysia

Senario di Malaysia menyaksikan pertumbuhan pelbagai jemaah Islam yang ingin menyebarkan dakwah dan melaksanakan usaha tarbiah. Objektifnya sama namun masing-masing punya sarana dan pendekatan tersendiri. PAS, JIM, ABIM, ISMA, Salafi, Tabligh, Hizbut Tahrir dan pelbagai lagi jemaah Islam yang dijaharkan dalam pelbagai pertubuhan yang berdaftar.


Dakwah umpama air yang mengalir.

Usaha dakwah telah menyasarkan target seawal usia sekolah menengah, para pelajar IPT sehingga kepada golongan pekerja. Hal ini dilihat dari sudut yang positif dapat membantu usaha dakwah antara satu sama lain. Misalnya capaian dakwah yang berada di luar jangkauan sebuah jemaah dakwah, dapat ditampung oleh jemaah dakwah yang lain.

Kepelbagaian ini juga mendorong setiap jemaah untuk berlumba-lumba mempelbagaikan sarana dakwah sebagai tambahan kepada sarana sedia ada dan sarana konservatif supaya dakwah dapat diterima oleh pelbagai golongan dan tidak menjadi eksklusif kepada gologan tertentu sahaja.


Umat dahagakan hidayat.
Jika ada yang mengatakan kepelbagaian ini merugikan dan membuang masa kerana mewujudkan perpecahan, saya ulangi kenyataan yang telah disebutkan di atas, bahawa sarana dakwah adalah perkara furu' yang masih terbuka kepada khilaf dan ijtihad.

Masalah jemaah dakwah adalah masalah baru yang dibahaskan setelah kejatuhan khilafah. Ketika zaman khilafah Islamiyah memerintah, pecahan-pecahan jemaah tidak wujud kerana semua umat Islam memberikan wala' kesetiaan kepada satu Khalifah.

Dakwah asbab hidayat.
Adapun pada zaman kini, para ulama tidak mewajibkan semua jemaah yang ada berada di bawah satu pemerintahan kerana khilafah tidak wujud, sedangkan istilah 'Al-Jamaah' yang disebutkan dalam sekian hadith Nabi semuanya menunjukkan kepada Khilafah Islamiyah.

Jika setiap jemaah bersikap lapang dada, terbuka dan bersedia berkongsi idea, bergembleng tenaga dan bekerjasama dalam hal-hal yang boleh diwujudkan usaha sama, masakan akan wujud perpecahan dan perseteruan.

Umat bersatu melalui dakwah yang dibuat oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم
Namun realiti yang berlaku tidaklah seideal yang diharapkan. Kerjasama dan jabat tangan yang harmoni yang diharapkan antara jemaah-jemaah dakwah ini jarang berlaku. Malah kadang-kadang usaha tarbiah anggota jemaah juga turut menyelitkan sentimen negatif terhadap jemaah-jemaah lain. Kelemahan disingkap, diceritakan dan dijaja. Sehingga akhirnya yang wujud hanyalah pandangan serong terhadap jemaah terbabit.

Pernah suatu ketika seorang ikhwah membaca sepotong artikel yang ditampal di papan kenyataan masjid. Ketika melihat logo sebuah jemaah di akhir artikel, tidak semena-mena ikhwah tersebut ketawa. Saya yang terlihat situasi itu hairan dengan ketawa yang jelas bertujuan merendah-rendahkan.


Orang China pun dah buat dakwah.

“Fadha`il al-A'mal tu banyak hadith dhaif,” kenyataan bersifat tuduhan yang paling kerap kedengaran. Malangnya yang mengulang-ulang kenyataan ini adalah dari kalangan mereka yang selalu menghadirkan diri ke masjid dan surau. Natijahnya, apabila jemaah tabligh mula membacakan kitab fadha`il tersebut usai solat jemaah, mereka akan berundur ke belakang untuk bersembang kosong atau sibuk melayan telefon bimbit.

Yang terbersit dalam benak, “Apalah gunanya mendengar penyampaian hadith dhaif,” lagaknya seperti telah banyak hadith yang dipelajari dan dihafal. Saya menjadi lebih hairan.

Adakah mereka benar-benar pernah membaca kajian status hadith dalam kitab fadha`il tersebut sehingga menghukum kebanyakan hadithnya adalah dha'if dan maudhu'? Atau hanya mencukupkan diri dengan maklumat dari mulut orang lain yang entah dari mana sumbernya? Adakah mereka lebih arif tentang ilmu hadith daripada pengarang Fadha`il al-A'mal itu? Tidakkah mereka tahu bahawa pengarang kitab tersebut adalah Syeikh Zakaria al-Kandahlawi, seorang ulama hadith terkenal di India?

Beliau ialah menantu kepada Syeikh Ilyas al-Kandahlawi yang bertanggungjawab menubuhkan jemaah tabligh di India, juga merupakan seorang ahli hadith. Malah jika diperhatikan teks arab dalam kitab tersebut, setiap hadith yang dimuatkan sebenarnya telah disertakan dengan takhrij hadithnya sekali. Tak dinafikan memang wujud hadith dhaif, munqathi', dan sebagainya dalam kitab tersebut, namun ia telah disebutkan dengan jelas dan penuh amanah oleh Syeikh Zakaria.

Hanya menjadi kerugian apabila terjemahan ke dalam bahasa Melayu tidak menterjemahkan takhrij tersebut. Selain itu, sebenarnya amat banyak juga hadith-hadith yang dimuatkan adalah diambil dari Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Tulisan dicilok dari; http://tintadaawi.blogspot.com/2010/03/iklan-dan-aktivis-dakwah.html



14 comments:

  1. aku komen dulu... dah nak azan zohor dah... jom solat!!!

    ReplyDelete
  2. tong kosong bunyi ajer lebey...ckp x serupa bikin..

    ReplyDelete
  3. "Hanya menjadi kerugian apabila terjemahan ke dalam bahasa Melayu tidak menterjemahkan takhrij tersebut. Selain itu, sebenarnya amat banyak juga hadith-hadith yang dimuatkan adalah diambil dari Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim."

    kebanyakan dulu kita hanya dengar isi kandungan hadith dalam kitab fadilat tu tanpa ambil tahu siapa yang riwayat hadith. cuma kebanyakan orang tak kenal siapakah Syeikh Zakaria al-Kandahlawi, seorang ulama hadith terkenal di India. kurang popular di malaysia sebab tak keluar tv hehehe.

    masalah orang kita suka percaya cakap orang lain tanpa semak latar belakang orang tu. entah mana-mana sumber ambil huhuhu.

    jadi terpaksa guna nama Buhari dan Muslim atau tv3 hehehe. tv3 tu sebab dia orang pakai hadith seperti fadilat amal aje. aku pernah betah seorang ustaz pasal fadilat amal. aku cakap kenapa hadith dalam tv3 sebijik dalan kitab tu, terdiam ustaz tu

    ReplyDelete
  4. Sangat suka membaca ini! Tengkiu ustaz =)

    ReplyDelete
  5. apa orang kata, usah terpedaya..
    aku dah malas nak layan cakap2 orang pasal jt ni..
    nanti lame2 mereka penat... tapi jangan aku yang penat dalam usaha ni sudahlah..
    semoga Allah swt kekalkan kita dlm usaha ini sehingga hari kiamat..

    ReplyDelete
  6. Dengar hadith daif lebih baik daripada dengar 'cakap-cakap' ustaz....

    ReplyDelete
  7. orang bisu pon buat dakwah,,,,so xde alasan bg org yg sihat sempurna utk tida buat dkwah,,,huhu

    ReplyDelete
  8. ITULAH KERJA SYAITAN....UTK BUAT MANUSIA BERKELAHI, MEMANDANG RENDAH ORANG LAIN DLL...OLEH ITU MARI KITA BERPERANG DAN BERMUSUH DENGAN SYAITAN DAN PEMBANTUNYA YAKNI NAFSU....

    ReplyDelete
  9. Peluncur Islam;
    dalam solat ada kejayaan..

    syuk;
    kena repair la mana yang patut..

    amin007;
    hanya jauhari mengenal manikam..

    Nurul;
    ustaz la pulak..

    ziarah76;
    jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

    ibnu dinar;
    jalan terus..

    iqbalsyarie;
    tolong undi aku dalam pilihanraya akan datang..

    mhafiz_ydin;
    aku harap para ustaz x jadikan internet atau akhbar sebagai rujukan masa berceramah..

    Safwan Seth;
    antara bisu & membisu..

    mohd.norfatihah;
    wokeh..

    ReplyDelete
  10. satu hadith dhaif lebih baik drpd 1000 kata2 ulama...hadith kata2 nabi...bkn prckpn manusia yg kadang2 ikut nfsu je...diorg kate dhaif...diorg knal ke siapa perawi yg dhaif 2?siapa yg mendhaifkan?igt sng ke nk jge hadith...

    ReplyDelete
  11. hadis daif tetap hadis Rasulullah saw...menolak/menafikan hadis daif akan membawa kepada kekufuran....hadis daif boleh di amalkan dalam kehidupan dan ianya adalah untuk targib wat tarhib....yakni utk menambahkan ihtisab,kesedaran dalam hati.....ianya bukan hadis palsu....dalam kitab fadail amal, tidak ada hadis palsu....

    sy pernah dgr muzakarah dr seorang ust yg mengajar ilmu hadis...keistimewaan atau kelebihan kitab2 yg dikarang oleh ulamak-ulamak adalah terletak pd tujuan kitab itu di karang....sahih bukhari ada kelebihan tersendiri, sunan tirmizi ada kelebihan tersendiri, ridhyadus solihin ada kelebihan tersendiri, ihya ulumuddin ada kelebihan/keistimewaannya tersendiri bergantung pd niat/tujuan pengarangnya....begitu juga kitab fadail amal ada tujuan,kelebihan,keistimewaan yg tersendiri.....kitab fadail amal dikarang oleh sheikhul muhaddith maulana muhammad zakaria rah. kerana kerisauan beliau terhadap umat yg hidup dalam maksiat,kelalaian.....

    Untuk perkara ini beliau telah mengarang kitab fadhilat solat,quran,zikir,sedekah,haji,janggut,ramadan dan byk lg kitab2 lain......

    Tidak ada masalah tentang isi hadis daif yg ada dlm kitab fadail anal....kerana tajuk kitab itu pun "FADHAIL"....org yg tak faham maka mereka akan kata macam2.....oleh itu jgn kita berkata tentang sesuatu yg kita x de pengetahuan dalamnya.....

    Tujuan kitab2 ini adalah utk mewujudkan kecintaan,ihtisab dalam hati2 manusia terhadap perintah2 ALLAH SWT...

    Kiyai Uzairon At-Taufuri (ulamak di jawa timur) berkata, berlaku ketidakfahaman dalam umat islam adalah kerana tidak ada kecintaan dalam hati umat islam antara satu sama lain...beza dgn sahabat, tabiin....Umar telah perintahkan solat terawih 20 rakaat berjemaah, sahabat faham, tidak membantah kerana dlm diri mereka ada kasih sayang/kecintaan antara satu dgn lain...begitu juga dgn imam-imam mazhab....kata kiyai, bila ada kecintaan maka kita akan senang memahami hati saudara kita....begitu juga dalam hubungan suami isteri...bila ada kecintaan akan saling memahami...tp bila x de kecintaan maka akan saling membenci...

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  12. setiap 1 sifat (daripada 6 sifat) dapatkan 3-4 hadith. hafal dan belajar betui2..amal dan sampaikan...sampai mati...besar gila dah manfaat yg KAMU dapat.sekarang ni...sangkut kat mana? part xbelajar...xamalkan...xsampaikan aje lg...betui dak?so jom kita sama2 gerak ke arah ni. takdak masa dah nak lengah2...ulang2 benda sama sampai berbuih mulut.sampai mimpi ngigau pun sebut benda ni....

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...