Tuesday, December 08, 2009

Bayan Maghrib 05/12/2009

Dunia.. macam kapal yang berlabuh..
dan akan meneruskan pelayaran pada bila-bila masa..



إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
51. Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.


وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
52. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.


وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ أَمَرْتَهُمْ لَيَخْرُجُنَّ قُل لَّا تُقْسِمُوا طَاعَةٌ مَّعْرُوفَةٌ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
53. Dan mereka (yang munafik) bersumpah dengan nama Allah, dengan sebebar-benar sumpahnya: bahawa jika engkau (wahai Muhammad) perintahkan mereka (keluar berjihad), tentulah mereka akan keluar. Katakanlah: " Janganlah kamu bersumpah, (taat kamu itu) taat yang terkenal (dustanya). Sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".


قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُم مَّا حُمِّلْتُمْ وَإِن تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
54. Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata".


وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
55. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Surah An-Nur

*Ulama pesan dalam hari-hari kita baca Quran, sekali-sekala kena tengok terjemahan ayat. Tapi janganlah tafsir sendiri pulak.. Untuk tafsiran kena rujuk ulama yang mahir yang berpandukan kitab-kitab tafsir ulama muktabar..

****************************************************************************

Kembali kepada tajuk entri..

Korang suka dengar bayan ye.. Dah dengar kena la buat kerja..
Kalau tak nak buat kerja kena tarik telinga cam nih..

Gambar imaginasi penulis blog..
Sebenarnya kapak/tukul Munkar & Nakir tak mampu dipikul oleh seluruh jin & manusia.



Dengar bayan kat sini (bahasa melayu shj);

Download full bayan kat sini.. (dalam format amr, korang convert la sendiri ke format mp3 atau wav)


Err.. kalau korang tak keberatan, tolong copy html kat bawah ni & post ke blog korang.. Bukan maksud nak mengkayakan aku.. tapi nak selamatkan orang Islam dari muamalah riba.. (di samping tu untuk mengkayakan aku.. he.. he..)

Insuran & Road Tax Online


22 comments:

  1. Assalamualaikum kakang ( kakang ni maksud nya abg dlm bhsa jawe )

    saya jawe tanjung karang hehe

    file tu xleh donlod la,

    sever yahudi tu da block ke


    cuba kt www.box.net pulak

    ReplyDelete
  2. hainur hapis,
    iye laa.. berapa lama tunggu punya tunggu punya tunggu.. nanti try www.box.net lepas nih..

    ReplyDelete
  3. saya banyak uplod file2 sy guna box.net je

    tp byk uplod lagu, video ijtimak ada satu kt situ

    xkene block lagi

    cuba la bang ye , Insya Allah

    ReplyDelete
  4. syok dgr bayan jangan lupa bagi nama...

    ReplyDelete
  5. ni contoh senarai file sy di box.net :

    http://www.hainur.com/2009/11/my-list-2.html

    dan ni file video ijtimak TV3 :

    http://www.box.net/shared/e7ruzmq89o

    skang video ni dah kene tutup kt youtube

    ReplyDelete
  6. ziarah76,
    bagi nama kat bini ke? Hmm.. lambat lagi la nak keluar..

    hainur hapis,
    ok.. makasih ya..

    (jangan panggil saya kakang.. buruk benar bunyi nye.. macam kangkang je..)

    ReplyDelete
  7. Dalam loghat terengganu:
    Saya tekangkang kat sini..
    Alih bahasa:
    Saya tekankan di sini..

    Hehehe.. Bahasa terengganu penuh dengan teka-teki..

    ReplyDelete
  8. sori bang

    sy igt abg jawa gak

    saja nak promote tu hehe

    nnt leh kuar tanjung karang gak

    tgk area sawah padi Insya Allah

    hehe



    nnt abg da uplod kt box.net , bgtau ye

    satu kelebihan uplod kt situ
    (walaupun free user)

    dia tak slow kan kita nye speed uplod

    so nak uplod ok je,

    satu file uplod, maximum 25Mb

    ok bang

    Insya Allah

    moga dapat kuar ke india Insya Allah


    Assalamualaikum


    Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda: “Dua gulongan dari ummatku yang diselamatkan Allah dari Neraka. Iaitu gulongan yang berperang di India dan gulongan yang berkumpul bersama Isa a.s.” (Riwayat Nasai dan Ahmad)


    Sebaliknya jika kita mengunapakai terjemahan ‘berjihad’ dengan diistilahkan sebagai 'berdakwah’. Maka lengkap hadis itu mungkin begini bunyinya :

    Tafsir :

    Dari Sauban r.a dari Rasulullah saw beliau bersabda : “Dua gulongan ummatku yang diselamatkan oleh Allah dari Neraka, Iaitu gulongan yang ber’Dakwah’ di India dan gulongan yang bersama Isa a.s” (Riwayat Nasai dan Ahmad)

    dari blog :

    http://dakwah-ilallah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum abg

    sy tgh donlod file abg ni

    da 70 lebih peratus

    saya rasa format amr leh trus main kt real player


    moga karkun2 smua ada real player


    ok

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  10. Norrid_Riddy,
    Apa yang inging ditekangkang kepada pelajar initeng adalah jangang bermaing di tepi jalang..

    hainur hapis,
    ok.. selamat mendonlod, mendengar, mengamalkan dan menyampaikan bayan..

    ReplyDelete
  11. Abg, sy da dpt donlod dgn berjaya nya td Alhamdulillah

    dgr pakai real player je

    converter mmg ada

    tp trus dgr pakai real player je


    Jazaka Allah Khir



    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  12. salam azhar,

    Kasi update muatnaik bayan sabghuzari markaz sri petaling..jazakallah khair

    Bro p Istima Tonggi? sebut namaku dlm doamu, azam khuruj 4 bulan tiap tahun, Usman.

    sape2 nak convert amr ke mp3 sy guna ini..InsyaAllah.
    www.amrtomp3converter.com

    ReplyDelete
  13. Time kasih kepada abg subblogger
    atas perkongsian converter

    semoga berkat, dpt kuar jalan Allah lagi dan lagi Insya Allah

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  14. minggu lepas terserempak lagi dgn tuan.kali ni betul2 di sebelah.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  15. subblogger,
    Pergi markas dan duduk dalam bayan dengan adab, baru ada ruh.. he..he..

    Bukan pergi Tongi, tapi India.. tadi dah pergi pejabat kedutaan India di straight building (sblh dataran merdeka), diorang suruh pi interview esok pagi di jln duta.. doa..

    Tujuh Kaki Dalam,
    Kau ke mamat yang asyik korek hidung tuh? Lepas tu hasilnya masukkan dalam poket.. Mengaku ajelah..

    ReplyDelete
  16. da lama x gi markas..cuti nh try akan gi
    doa2

    ReplyDelete
  17. Dengar bayan sambil korek hidung...
    Memang masyuk hasilnya...
    Masyuk poket la..

    ReplyDelete
  18. Yard,
    pegi jangan tak pegi.. lemah-lemah pun sebulan sekali mau pegi..

    Norrid_Riddy,
    masalahnya segala hasil tumpah bila sujud..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum , abg g markas lagi ke mggu ni?

    sy azam Insya Allah

    mdh2an Allah pilih sy lagi Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  20. TIPS MENGGUNAKAN FIREFOX


    Untuk Buka Tetingkap Baru ( CTRL T )

    Tutup Tetingkap ( CTRL W )

    Scroll Page Ke Bawah ( Tekan Space Bar )

    ReplyDelete
  21. hainur hapis,
    ok.. TQ..

    Tujuh Kaki Dalam,
    x mengaku x pe..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...