Friday, December 19, 2008

Hospital Selayang

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, mafhumnya;

[155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Aku & family semenjak Ammar masuk hospital pada 5hb Nov 2008.

Hari-hari awal Ammar di hospital tak dapat tidur baring sebab susah bernafas bila paru-paru berair.
(kegagalan buah pinggang berfungsi menyebabkan air memenuhi badan, darah tinggi naik dan tekanan jantung jadi lemah. Hebat engkau Ya Allah!)

Bapak misali (ceh, ceh..)

Ada aktiviti pulak pada satu hari 22 Nov 2008.

Hasil karya Ammar.

Ammar yang ceria selepas melalui proses cuci darah melalui lehernya.

Majlis taklim (bacaan hadis fadhail) selepas Isya'.

Amir yang balik cuti pada raya Haji lepas.

Mu'az tido.

Mardhiah pun tido.

Ammar dan rakan-rakan.

Doa untuk Ammar dan umat.

Syukuri lah nikmat iman, Islam dan kesihatan yang Allah bagi kat kita.



*Posting berkaitan.

14 comments:

  1. Amin.

    syafakallahu ta'ala.

    semoga Allah permudahkan urusan tuan dan kita sama-sama beroleh taufiq hidayat dan pengampunan dariNya.

    Amin.

    ReplyDelete
  2. MAy Allah make it easy. Amal madu lebah dengan air suam tiap pagi semasa perut kosong. Amalan untuk yang sakit atau sihat. Amalan Nabi dan sahabat juga elders.

    get more info in Prophetic medical science.

    ReplyDelete
  3. salam..
    banyak2lah bersabar ye...bykkan doa supaye anak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. salam alaik...semoga ammar cepat sembuh...Allah itu maha kuasa dan memakbulkan doa hambaNya yang ikhlas...insya Allah...syafakallah...
    Allah bersama orang2 yang sabar...=)

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudah segala urusan tuan. :)

    *sejuk hati melihat keluarga tuan
    :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua pengkomen. Sekurang2nya dapat berkongsi rasa hati dan saling doa mendoakan.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Semoga ALLAH terima kesabaran Saudara dan kita semua...aku pong tumpang sayu...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Saudara Jaafar.Semoga saudara dan keluarga dirahmati Allah.Sudah lama saya tidak singgah di blog ini disebabkan kesuntukan masa.Hari ini saya singgah sebentar.Ya Allah,hati ini tersentap sekejap dan terasa hiba.Air mata terasa seperti hendak mengalir.Saya dapat rasakan bagaimana perasaan saudara dan keluarga.Saya pernah menjaga wad kanak-kanak.Berat mata memandang tetapi berat lagi bahu yang memikul.Jika anak saya diserang demam panas pun saya sudah tidak keruan dan gundah gulana.Hanya doa dari saya semoga Allah sembuhkan segera sakit si Amar.Semoga Allah banyakkan sabar pada saudara dan keluarga.Inilah caranya ALlah hendak menambahkan iman pada saudara sekeluarga.

    ReplyDelete
  9. Van Qif & DR.MOHD HAFIZI BIN ABDULLAH;
    W'salam dan terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. Terima kasih lagi kerana dapat memberi kata2 semangat dan doa. Semoga Allah kekalkan kita dalam iman dan amal kepada Nya.

    ReplyDelete
  10. salam sedihnyerrr tengok...
    menangis saya..hajat di hati ingin menderma..tapi saya berdarah O...namun hanya mampu berdoa semoga ammmar dapat pengganti buah pinggang yg baru;..inshaAllah..pd Nya kita mampu memohon..
    salam kenalan dr France..

    ReplyDelete
  11. Berusaha n tawaqal!!,
    Terima kasih kerana simpati.. Semoga mampu menangis didepan Allah atas dosa2 yang banyak..

    ReplyDelete
  12. selepas 6 tahun, ammarmasih kuat spt dulu

    ReplyDelete
  13. kedua2 kawan Ammar di dalam gambar terakhir telah kembali ke Rahmatullah setahun dan dua tahun yg lalu.. al Fatihah..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...