*BAYAN MAHGRIB HARI KE DUA IJTIMAK KARKUN LAMA*
*TARIKH : 30 - 09 - 2016*
*PEMBAYAN : MAULANA MUBIN - INDIA*
*TERJEMAH : USTAZ HAZIM*
Tuan2 yg mulia... penerimaan diri dan harta oleh allah swt adalah satu keuntungan yg amat besar.
Apa yg diberi pd kita bila kita hargai usaha yg di buat jumpa manusia dan bawa ke rumah allah swt.
Segala usaha yg kita buat allah swt bukak ganjaran yg di bagi pasti hati kita akan pecah.
Tuan2 yg mulia manusia bila terima berita sedih dia risau dan kadang2 boleh bawa jatuh mati.
Begitu juga kalau terima berita gembira boleh jugak bawa mati.
Kalau allah swt bagi satu persatu ganjaran pasti kita gembira dan hati pecah dan mati.
Allah swt akan bagi kita ganjaran di kehidupan akhirat.
Usaha dakwah adalah usaha yg di buat oleh nabi dan rasul.
Maka berkatnya usaha ini bila ada perempuan yang mengandung melihat usaha ini anak dlm kandungannya pon dpt keberkatan.
Ganjaran dan balasan pd org buat usaha nabi ini dgn penuh kesusahan dan kepayahan dan ganjaran dan pahala dia faham bila dia mati.
Bertapa besar ganjaran nya dia akan dpt di mana dia akan berjalan dgn nabi2 dan duduk dgn nabi2 dan rasul2.
Hingga org2 akan berbisik sapa yg bersama dgn nabi yusof...ibrahim...musa...nabi ini kami kebal sbb kami hidup zaman mereka tapi kami tak kenal mereka yg bersama nabi2 ini.
Mereka adalah umat nabi saw yg buat usaha sambung usaha nabi saw kerana mereka telah jadi kan maksud hidup mereka kerja nabi.
Tuan2 mulia..drp dunia nikmat ini allah swt bagi kpd semua org samada dia beriman dan tak beriman.
Mereka yg tolak perintah allah swt pon allah swt bagi dunia dan yg taat perintah allah swt pon allah swt bagi dunia jugak.
Setiap org allah swt bagi dunia pd semua orang.
Org yg tak nak pon allah swt bagi.
Kalau dunia ini ada nilai walaupon sebesar kepak nyamok allah swt tak bagi setegok air pon pd org kafir.
Allah bagi banyak pd nikmat manusia tapi agama dan usaha agama sangat berharga dan allah swt bagi pd org tertentu.
Allah swt sayang pd mereka yg sujud pd dia dan allah swt susah kan mereka kerana allah swt nak mulia kan dia.
Agama sangat2 berharga dan mahal.
Orang perlu ada talab dan keinginan baru allah swt pilih bagi agama dan usaha agama.
Org tak de keinginan dan kemahuan allah swt tak kan bagi.
Allah tak bagi pd mereka yg tak de talab. Cara allah swt ambil kerje pd org yg ada keinginan dan talab dan kerisauan pd agama saja.
Abu talib pakcik nabi saw dan adek beradek bapa nabi saw.
Bapa saudara sama kedudukan nya spt bapak. Besar kan nabi saw masa kecil lagi.
Abu talib sgt syg dan sentiasa ambil berat nabi saw drp kecil hingga besar.
Bila nabi saw buat usaha dakwah dia di lindungi nabi saw drp org quraish.
Tak de sapa yg berani kacau nabi saw masa tu.
Jika ada org yg kacau nabi saw maka abu talib akan balas terus org yg buat jahat pd nab sawi.
Tapi abu talib tak bersama dgn nabi saw maka tak dpt iman dan mati dlm kufur.
Sbb dlm hati nya tak de keinginan dan dia tersisih drp nabi saw.
Tuan2 yg mulia... walaupon abu talib adalah bapa saudara yg sygkan nabi saw tapi tak bersama nabi saw dlm kerje dakwah.
Maksud dakwah adalah hubungkan manusia kpd pencipta. Supaya manusia kenal allah swt.
Walaupon abu talib tolong nabi saw tapi tak bersama nabi saw maka dia mati kufur.
Ramai org kata usaha ini bagus..org banyak telah jadi baik dan orang banyak berubah dan ramai org telah jadi baik.
Tapi mereka tak dpt bagi masa dlm usaha dakwah maka dia sibuk dgn kerja dunia maka allah swt tak pilih.
Kita kena berhajat pd usaha ini barulah allah swt pilih. Kena buat usaha memakmur kan mesjid.
Saya berhajat pd usaha ini.
Dan kamu tak buat usaha agama allah swt pon tak berhajat pd kita.
Kita berhajat kpd usaha ini.
Kita rasa kita jauhkan dari usaha ini tapi sebenarnya usaha ni telah jauhkan kita.
Uaaha ni adalah utk islah diri kita.
Iman akan meningkat dan segala sifat baik akan dtg dan sifat buruk aksn hilang sedikit demi sedikit.
Allah swt akan tarbiah dan islah kan diri kita.
Saya kena keluarkan jemaah 3 hari dan 40 hari dari mesjid saya dan hidupkan amal mesjid.
Allah akan ambil usaha hanya pd org ada keinginan dan talab saja.
Satu ketika pemuka quraish jumpa abu talib mengadu
nabi saw telah buat kacau bilau dan pecah belah kan org mekah.
Maka abu talib panggil nabi saw dan pemuka quraish cakap kamu berhenti buat kerja dakwah.
Kalau nak harta kami akan bagi harta.
Kalau nak jadi pemimpin kami akan jadi kan kamu pemimpin kami.
Kalau nak wanita kami akan cari semua wanita yg cantik utk kamu.
Kalau kamu sakit kami akan cari tabib.
Maka nabi saw kata walaupon mereka boleh letak matahari di tangan kanan dan bulan sebelah kiri maka aku tidak akan tinggal kan buat usaha dakwah.
Abu talib kata itu keputusan kamu maka buat lah.
Tapi abu talib kata aku tak bersama kamu maka allah tak bagi iman pd abu talib.
Tuan2 mulia..abu talib bila nak mati nabi saw dtg dan lihat wajah nya.
Nabi saw pujuk abu talib dgn kasih syg dan suruh ucap kalimah di telinganya maka aku akan jadi saksi di depan allah swt.
Mulanya hati abu talib lembut tapi bila dia kata kpd nabi saw aku ucap kalimah ini nanti wanita2 akan cela aku bila aku mati.
Aku mati dlm agama datok nenek moyang aku kata abu talib.
Bertapa sedih nya nabi saw bila bapa saudaranya yg amat di syg yg hubungsn rapat akan di bakar dlm neraka.
Nabi saw kata walaupon pun kau tak ucap pon aku akan tolong kau nanti.
Maka allah swt tegur nabi saw. Maka abu talib tak de talab dan mati tanpa hidayat.
Shbt yg jauh dgn nabi saw tapi ada talab allah swt bagi hidayat.
Bilal ra yg dtg dari jauh dan ada talab dan keinginan allah swt mulia kandia dan jadi juru azan.
Ini lah berharga nya iman.
Dgn iman allah swt bagi syurga dan selamat drp neraka.
Iman yg berharga ini allah swt bagi kita semua dan kita kena syukur.
Dan bernilainya iman betapa penting lagi usaha atas iman.
Usaha dakwah inilah usaha atas iman.
Org cakap usaha tabilgh...usaha tabligh... tapi hadraji kata kalau ada nama pd usaha ini akan di panggil usaha atas iman.
Allah swt telah bebankan usaha atas iman.
Org kata cakap bohong dosa tapi org tak anggap tinggal usaha dakwah tak dosa.
Sbb tinggal usaha dakwah maka kerosakan seluruh dunia sbb tinggalkan usaha dakwah.
Allah swt akan tanya di akhirat nanti sbb kita adalah tanggungjawab seluruh alam.
Setiap umat bertanggungjawab kpd umat seluruh alam.
Sapa yg telah kita buat tanggungjawab ini.
Allah swt tanya drp semua org malaysia apa yg telah mereka buat.
Agama telah di perlekeh kan apa kamu buat.
Sahabat habis kan seluruh hidup mereka dgn usaha dakwah.
Nabi saw di cela dan terpaksa tinggalkan mekah.
Ketika waktu mlm di masa hijrah nabi saw kata kpd kaabah wahai kaabah aku sgt syg kamu.
Nabi saw dlm jeadaan lapar...anak di cerai kan dan keluarga nabi saw dlm keadaan kelaparan.
Sahabat di seksa dan di heret di sekitar mekah.
Nabi saw di tanya apa ujian berat dlm jln kerja dakwah.
Nabi saw bagitau rasa sakit dan susah masa di taif.
Sejauh tiga batu nabi saw di hujani batu dan nabi saw kata nabi saw tak larat nak jln dan org akan angkat dan tendang nabi saw.
Nabi saw di ejek dan halau.
Semua penderitaan telah di alami oleh sahabat.
Apa yg kita buat utk agama hari ini.
Kita akan di tanya nanti wahai org malaysia apa yg kamu telah buat.
Kita kena hargai usaha agama ini.
Usaha dakwah bukan tanggungjawab hanya satu jemaah yg khusus.
Tapi tanggungjawab setiap individu sama ada lelaki dan wanita..jurutera....peniaga dll.
Semua bertanggungjawab dan maksud hidup dia dan korban kan kehidupan mereka.
Masa haji wada nabi saw tanya shbt ada kah aku dah sampai kan agama.
Shbt kata bahkan bukan sampai tapi dah tunaikan haq.
Maka nabi saw kata kamu sampaikan pada org yg tak de di sini.
Shbt faham maka mereka telah bertebaran seluruh alam.
Di mekah dan madinah mereka boleh ibadat tapi mereka tahu tugas mereka maka mereka telah bertebaran seluruh alam.
Kalau shbt sibuk mcm kita sekrg maka kita tak tau hari ni penduduk malaysia sembah apa.
Bertapa ramai org akan masuk neraka dan shbt mereka bergerak seluruh alam.
Dlm usaha dakwah ini bantuan allah swtbersama mereka.
Kita di sini kena rasa tanggungjawab bahwa usaha dakwah ini atas kita.
Allah swt akan bagi kemuliaan dan bantuan serta nusrah allah swt pd mereka.
Jika kamu bantu agama allah swt maka allah swt akan bantu kamu.
Tak de sapa akan kalah kan umat ini tapi bila allah swt biarkan kamu tak de sapa dpt tolong kamu.
Umat ini jika tak bantu agama allah swt maka allah swt akan hina kamu.
Jika dakwah ini jadi maksud hidup umat maka allah swt akan jadi kan mereka mahkota dunia ni..di muliakan dan disanjung.
Allah swt akan terima doa umat mcm mana allah terima doa nabi2 bani israil.
Nabi musa as adalah drp kaum bani israil...kaum dia mengadu air tak de maka nabi musa as doa dan pukul tongkat pd batu dan keluar air.
Kaum dia dtg lagi mengadu kami lapar nak makan maka allah swt turunkan makanan mana dan salwa drp langit.
Bertapa makbul doa2 nabi bani israil.
Bila umat tak jadikan dakwah maksud hidup mereka maka kami angkat pemerintah yg zalim utk kamu.
Mereka di hina dan dipijak kerana tinggalkan usaha dakwah sebagai maksud hidup mereka.
Ini ketetapan allah swt maka mereka di sembelih dan doa mereka di tolak.
Mereka jumpa org taqwa mintak doa masalah umat tapi doa mereka di tolak.
Tak de jln lain utk ubah nasib umat ini melainkan jadikan kerja dakwah maksud hidup.
Letak kerja dakwah depan kita.
Tuan2 yg ada ini yg hadiir hanya utk hadir jord tapi ubah niat utk keluar tunai.
Org yg usaha atas dunia yg tak de harga allah swt bagi rezeki ini kan org yg buat usaha bantu agama allah swt.
Org yg bertaqwa allah swt bagi rezeki tanpa di sangka.
Shbt telah korban habis2an dan allah swt tundukkan kerajaan dan kuasa besar bawah kaki mereka.
Allah swt hina dunia bawah kaki sahabat.
Semua sedia insya allah....🐝
_*Hadrat Giee*_
*Don Manan al Cherasi*
🌙💕⭐💕🌙💕⭐💕🌙💕⭐
Baharui takaful dan roadtax kereta dari smartfon anda.
1. WhatsApp geran kereta anda ke no 0166827679
2. Saya akan beri harga
3. Jika setuju dengan harga, anda bayar online
4. Roadtax dihantar oleh MYEG dalam 2 hari bekerja InsyaAllah
Bantuan jalanraya 24jam.
Towing percuma untuk 50km.
Agensi Azhar Jaafar beroperasi sejak April 2006.
Layari; http://takaful-am.blogspot.comhttp://takaful-am.blogspot.com
Assalamulaikum Admin,
ReplyDeleteMohon untuk dimasukkan blog saya ke blok puan. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih.
Assalamualaikum ada mp3 bayan maulana mubin sebelum doa x hari jumaat
ReplyDelete