Wednesday, April 06, 2016

Dunia ni macam jamban..

Walaupun perlu, tapi x kan nak lama2 kat situ.. ahaks

Perjalanan hidup kita akan melalui 3 masa..
1.sejak nyawa kita diciptakan sehingga dimasukn ke dalam perut ibu..
2.sejak kita dimasukn ke dalam perut ibu sehingga nyawa dipisahkn dari jasad..
3.sejak nyawa kita dipisahkn dari jasad sehingga selama2nya..
*yg no 2 tu terlalu ciput masanya kalau nk dibanding dgn seluruh masa..

uzur dah..

19 Mac 2016..
Ke Ipoh.. anak sedara kawen..

geng bas sekolah..

singgah R&R.. abah belanja la apa lagi..
ni 4 orang geng bebudak besar..

aku terima nikahnya sipolan bt sipolan..
tiada tumbuk menumbuk di sini..

ni 4 orang geng budak kecik..

menziarahi jemaah bro Ali Russia yang keluar di Ipoh..

01 April 2016..
Ijtimak sudah bermula..

Pembayan maghrib malam ni minta padam semua gambar yg diambil sepanjang ijtimak..

Perlu ada rasa takut pada nikmat yang diberi Allah seperti mana kita takut kepada dosa-dosa yang kita telah lakukan.. kerana.. kalau kita tak mensyukuri dan menghargai nikmat tersebut, maka Allah akan memberikan laknatNya kepada kita dan memberi nikmat tersebut kepada orang lain..

Nikmat yang paling besar yang diberi Allah kepada umat ini adalah nikmat buat kerja kenabian.. orang kafir Quraish di Mekah tidak mensyukuri nikmat Nabi diutus dari kalangan bangsa mereka sehingga Allah telah ambil kerja dari orang Ansar Madinah.. walaupun orang Mekah terdiri dari golongan bangsawan dan hartawan sedangkan orang Madinah adalah dari golongan petani yang miskin..

iblis dan kuncu2nya diberi hayat hingga kiamat utk sesatkan manusia.. sementara Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir dan telah wafat lebih 1400 tahun yg lalu.. sedangkan para nabi diutus untuk menyeru manusia kpd jalan yg benar..

krik krik.. krik krik.. ada macam pelik tak?

sebenarnya Allah nak muliakan kita, umat Nabi Muhammad s.a.w.. kita bukan nabi tapi diberi tugas menyambung kerja para nabi..

wallahua'lam

*ijtimak sedang berlangsung di seluruh Malaysia.. jom dengar apa kata ulama mengenai tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.. mula2 dengar dulu, baru boleh buat kerja.. kalau dengar pun x sedia, xtau apa nak kata..


Sedutan bayan ijtimak..










Insuran & Road Tax Online (klik logo)

No comments:

Post a Comment

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...