Saturday, March 07, 2015

Kita Dihantar Sebagai Umat Nabi S.A.W.

Siapa sedia pergi hujung2 dunia kerana agama....
Laporan jemaah malaysia 4 bulan BBNJ (belanja besar negara jauh)
2013 - 30 jamaah
2014 - 150 jemaah
Tahun ini 2015 - malaysia telah ambil tanggung jawab untuk menghantar 400 jemaah ke 83 negara di keseluruh dunia...

Daripada pemerhatian, menunjukkan peningkatan secara mendadak jumlah jemaah yang dihantar untuk ke negara jauh... menunjukkan semangkin ramai ummat ni sedar akan kepentingan usaha ini, mulai faham akan dakwah adalah tanggung jawab setiap ummat Islam dan sedia berkorban untuk agama...

Ini belom lagi mengambil kira jemaah 4 bulan IPB, negara jiran, dalam negeri, jalan kaki, matsurat..2 bulan BBNJ, IPB, negara jiran, jalan kaki,40 hari BBNJ, IPB, negara jiran dalam negeri, jalan kaki, matsurat...10 hari, 3 hari ..daftari...Belom masuk lagi jemaah dari seluruh dunia, yang kini, tiada 1 negara pon yang terkecuali daripada usaha ini....Dapat bayangkan x?... mereka semua ini sedang bergerak di atas muka bumi ini, semata2 atas maksud agama..

Kalau dilihat dari segi ekonomi, rumah, harta benda, perkerjaan, kelapangan rakyat malaysia, di kampung, desa, pekan, felda, bandar mahupon kota, sepatutnya angkanya jauh lagi besar berbanding 400 jemaah.. malah berpuluh ganda, mungkin beratus ganda...yang perlu kita lakukan adalah menukar salah faham.. Agama ini akan dibangkitkan lagi sebelum datangnya hari kiamat, angka tersebut akan bertambah, hari demi hari, tahun demi tahun..

Adalah tersangat rugi kita tidak melibatkan diri...masih memberi alasan : saya sibuk, xd masa, saya kena kerja, kena cari makan anak isteri, kena bayar rumah kereta, 3 hari saya amat berharga...saya lebih rela korbankan 3 hari saya untuk pergi bercuti, memancing, melepak, naik gunung, masuk hutan, p laut... keinginan, kemahuan, keselesaan, kemewahan, keduniaan saya lebih penting dari usaha atas iman dalam diri saya sendiri, lebih penting dari agama y kerananya sahabat2 RA dahulu buat pengorbanan, nabi2 Allah AS dan nabi SAW disusah susah kan...

Adakah jawapan ini kita nak berikan diakhirat kelak?..Hidup ni antara 2 sahaja, untuk dunia atau untuk akhirat...Jika kita tidak habiskan masa untuk akhirat, kita akan habiskan untuk dunia...Begitu juga, pengorbanan, susah payah, kesedihan, kegembiraan, jika tidak kerana akhirat, kita hanya akan disibuk2kan kerana dunia..

Memang lah, dunia kita akan jadi lebih baik, isteri lagi cantik, rumah lagi besar, kereta lebih mewah,mak ayah gembira, dapat travel jauh2, tapi adakah ada bahagian untuk kita diakhirat kelak?..Kita cuba imbas kembali, selama ini saya banyak bersusah payah untuk apa?.. bagaimana akhirat saya.. bagaimana iman saya.. amal saya... pengorbanan saya... agama saya???

Jika kita tidak membuat pilihan, keputusan dan perancang..lihat lah nanti, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi, dimana kita? Di kala sahabat2 kita sudah maju dari segi membuat pengorbanan untuk agama, timbul keghairahan, cinta pada agama, dimana kita? Adakah masih di takuk yang lama.. salah faham terhadap agama, ditipu oleh dunia, terus mengejar harta benda..atau pon sudah berada di alam kubur bersama penyesalan yang tiada guna...takut2 Allah tidak pilih kita hingga akhir hayat... dan pada saat itu pon, kita masih memberi alasan, saya kena hantar cucu saya pergi sekolah... saya dah nak mati dah, xmampu nak keluar jihad..duit saya dah habis digunakan untuk bina mahligai dunia... moga Allah jauhkan kita dari semua ini..

Moga Allah pilih kita menjadi salah seorang dari mereka yang bertebaran di muka bumi ini semata2 kerana agama..

*kopipes dari fb Fahmie Kamni yg joss pepagi ni..








Insuran & Road Tax Online (klik logo)

No comments:

Post a Comment

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...