Friday, June 13, 2014

Takaful Ikhlas Belanja Aku Ke Bukit Gambang Resort

Kira² sebulan lepas aku dapat jemputan dari Takaful Ikhlas Berhad untuk hadir dalam satu program ‘General Agency Incentive Kick-Off 2014/15’ selama 2 hari 1 malam di Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Pakcik pun heran.. biasanya program Takaful Ikhlas buat kat opis di Bangsar South je. Aku pun dengan rela hati terima la jemputan tu.. otak masih blur. Program tu dibuat pada 7 & 8 Jun 2014.

kick -off??


Maka pagi² buta 7 Jun tu, aku dihantar bini ke pejabat Takaful Ikhlas di Ikhlas Point, Bangsar South. 7 pagi aku dah tercanak tercegat kat situ. Mungkin aku orang yang ke 3 atau 4 yang datang. Daftar diri dan ada sarapan. Tak lama tu agen² lain dari Lembah Kelang dah mula ramai. Dalam sembang² dengan seorang brader agen, aku dapat tahu ni bukan program kursus tapi hadiah dari syarikat kepada agen² yang buat kutipan 200k - 500k setahun. Brader tu dah biasa pergi pada tahun² yang lepas. Oooo.. barulah pakcik faham..




Dalam 8.30 pagi.. "bas datang ku naik" (sebut banyak kali laju²..)



Tengahari.. sampai.. pendaftaran.. makan.. solat jamak qasar zohor asar.. checkin bilik..
1 rumah ada 2 bilik.. 1 bilik 2 orang.. kawan sebilik aku Hj Abd Hamid karkun Dungun.. huhu.. dan lagi satu aku baru tahu yang anugerah percutian ni untuk agen² Takaful Ikhlas dari seluruh Malaysia.. aku agak adalah dalam 50 orang semuanya..





Petang.. ke wadepak waterpark.. ada telematch.. lepas tu layan diri je lah.. boring pulak.. selalu pegi tempat² camni layan anak².. jadi aku balik lepak kat bilik..





Malam lepas jamak maghrib isyak, ada dinner dan cabutan bertuah.. ni kompeni Takaful Ikhlas.. mestilah Islamik beb.. jadi takde karaoke dan joget lambak.. dan lagi satu, salah sorang bos kat Takaful Ikhlas bagitau ini tahun sudah banyak untung la.. tahun depan mau bawak pegi Langkawi la.. insyaAllah.. aku harap dapat bawak family sekali la.. la la la..





Subuh 8 Jun.. solat berjemaah dan tazkirah.. mula² dapat tau ustaz yang patut datang, tak dapat datang.. jadi Takaful Ikhlas mintak aku jadi imam dan beri tazkirah.. aku tak sedia.. keh keh.. akhirnya sorang staff Takaful Ikhlas yang ambik kerja tu..




Lepas tazkirah, riadah sikit² tapi sarapan banyak²..





Sebelum tengahari ada talk sikit dan aktiviti bebas..







Tengahari check out.. makan.. solat.. dan berangkat.. jalan boleh tahan gak jem.. lewat petang baru sampai.. aku mintak abang drebar turunkan aku kat tepi masjid Rahimah Gombak.. bini dah tunggu kat situ.. horeyyy..



Jadi kat sini aku nak ucap terima kasih pada Takaful Ikhlas sebab belanja aku.. kemudian terima kasih juga pada korang semua yang jadi penyokong kuat bisnes takaful yang aku buat ni..








Insuran & Road Tax Online

2 comments:

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...