Monday, October 28, 2013

Hal Memanah Lagi..


Sambungan dari entri Memanah La Pulak Brader..

*******

Secara umum, teknik memanah terbahagi kepada 2 kategori sahaja, iaitu
  • memanah secara naluri (instinctive) 
  • pandangan (sight). 
Secara umum, kedua-dua teknik tersebut adalah sebahagian dari sunnah memanah. Tetapi secara khusus, ada perincian dan perbahasan dari sudut sains dan ibadah.

BUSUR KOMPAUN
Busur kompaun sangat bergantung kepada alat bantuan pandangan (sight & peep) untuk membidik titik sasaran.

Compound Bow

BUSUR RINGKAS MODEN (RECURVE)
Iaitu busur tunggal (one-piece recurve bow) dan busur berangkai (3-piece recurve bow) sebenarnya berada di bawah separa-naluri (semi-instinctive) disebabkan busur berkenaan mempunyai penyangga untuk meletak anak panah (arrow rest).

Recurve Bow

BUSUR TRADISIONAL
Busur tunggal tradisional adalah sejenis busur refleks dan lebih menepati ciri-ciri busur sunnah. Rekabentuk busur tradisional adalah panahan-dinamik (dynamic-shot), iaitu semasa memanah, kepala anak panah diletakkan sedikit terkeluar dari garisan satah panahan kerana perlu disandar ke atas belakang ibu jari pemanah yang menggenggam pemegang busur. Apabila dilepaskan, anak panah akan meliuk semula mengikut arah sebenar daya tujahan busur setelah batang panah melepasi kawasan pemegang.

Lantunan anak panah (arrow deflection) adalah maksimum pada busur tradisional, pemilihan batang anak panah yang keras akan menyebabkan panah gagal membuat pembetulan untuk bergerak dengan lurus sebelum sampai kepada sasaran. Fenomena ini dikenali sebagai ‘The Archer’s Paradox’ yang menyebabkan pemanah perlu membuat penyesuaian semasa panahan dengan membidik ke tepi sasaran sebenar.

ni la bow yang aku beli.. nak riak la tu..

Busur tradisional dapat dikenal-pasti dengan mudah kerana ia tidak mempunyai tempat sandaran anak panah pada busur. Berbanding jenis-jenis busur yang lain, kepala anak panah diletakkan di sisi dalam busur tradisional semasa memanah supaya anak panah dapat dicagak dan ditarik dengan paling cepat. Ini dapat menjimatkan pergerakan dan masa tanpa anak panah perlu melangkahi busur ketika mencagak anak panah.

Kelebihan:
  • Kelajuan panahan adalah lebih baik dan berada sedikit di bawah prestasi busur kompaun.
  • Jarak efektif dan ketepatan busur bergantung kepada kemahiran pemanah.
  • Pemanah secara naluri biasanya bergaya dengan busana tradisional semasa acara memanah.
  • Busur dan aksesori menggunakan banyak bahan semulajadi.
  • Satu-satunya jenis busur untuk teknik naluri yang sesuai untuk memanah semasa di dalam pergerakan; seperti berkuda.
next project, insyaAllah..
Kekurangan:
  • Jenis busur ini lebih susah untuk dikuasai dan memerlukan lebih banyak masa, komitmen dan tenaga untuk belajar dan berlatih. (dianjurkan 100 anak panah sehari)
Dikategorikan sebagai busur memanah dengan naluri kerana bahagian hadapan anak panah disandar ke atas belakang tangan/ibu jari pemanah dan menggunakan kaedah menarik dan melepas dengan jari tangan, samada menggunakan;
  • ibu jari dan cincin (gaya Monggol)
  • 3 jari dan sarung tangan/pelapik jari (gaya Mediterranean)


Walaubagaimanapun, menarik tali busur dengan ibu-jari dan penggunaan cincin mempunyai kelebihan yang nyata di samping tidak menjejaskan teknik memanah secara naluri. Penggunaan ibu-jari dapat menambah antara 2-4 inci kepada panjang tarikan (draw length) berbanding penggunaan 3-jari dan seterusnya menambah kekuatan pada tujahan anak panah. Melepas anak panah dengan teknik Monggol juga adalah teknik lepasan yang lebih licin dan lancar berbanding teknik Mediterranean dan mampu mempengaruhi ketepatan panahan.

*******

KOMPONEN ZAHIR – KEKUATAN DARI MEMANAH
Yang dimaksudkan kekuatan dari memanah secara zahir adalah sebahagiannya;

  • kekuatan pada panahan
  • kekuatan pada tubuh badan pemanah.


KEKUATAN PADA PANAHAN
Kualiti pada panahan naluri dan pandangan dapat dinilai dari tiga pencapaian; iaitu
  • Ketepatan
  • Konsistensi
  • Kejituan
Ketiga-tiga perkara ini pula hanya dapat dicapai dengan;
  • Pengetahuan dan aplikasi teknik memanah yang betul
  • Pengetahuan teknikal di dalam sains memanah
  • Kekuatan fizikal serta penggunaan otot secara efisyen
Hanya dengan menguasai kombinasi 3 perkara ini potensi kekuatan sebenar pada panahan dapat dicapai dan dirungkai.

Teknik memanah tradisional adalah sebaik-baik teknik untuk memanah. Memanah secara tradisional melatih kombinasi penggunaan otak kiri dan otak kanan secara serentak dan menjajar deria keenam, iaitu naluri kepada memanah. Berbanding teknik memanah secara pandangan (yang sangat bergantung kepada satu deria utama), deria naluri menyatukan penggunaan kelima-lima deria yang lain untuk menghasilkan tindak-balas yang lebih cepat, spontan dan lebih berkeupayaan untuk memproses pelbagai input dan faktor pemboleh-ubah secara serentak semasa proses menembak anak panah ke sasaran.

Semasa memanah, kedua-dua tangan ‘merasa’ arah tujahan anak panah, otot menjangka kekuatan tarikan (daya tujahan), kulit merasa arah angin untuk membuat pembetulan, mata memandang tajam ke sasaran dan otak memberi sepenuh tumpuan dan melupakan yang lain-lain.

Dari segi teknik, memanah secara tradisional adalah paling menghampiri memanah secara sunnah. Iaitu anak panah perlu bersentuh dengan tangan yang memegang busur dan tangan yang menarik busur. Ini dapat diperhatikan dari busur tinggalan Rasulullah SAW.

Busur Rasulullah..

KEKUATAN PADA TUBUH BADAN PEMANAH
Dalam ilmu perubatan moden, anggota badan manusia dikenal-pasti mempunyai kapasiti untuk melakukan pengalihan fungsi otot dalam keadaan-keadaan tertentu. Otot-otot sekunder yang bersambung atau pada kedudukan selari dengan otot primer yang rosak atau gagal berfungsi akan mengambil-alih fungsi otot tersebut secara semula-jadi supaya dapat menghasilkan pergerakan anggota yang serupa atau hampir sama. Contoh yang paling jelas adalah pada pesakit-pesakit strok yang belajar semula untuk berjalan dengan menggunakan otot dan sendi pinggul.

Orang-orang dahulu-kala sebenarnya lebih maju pengetahuan mereka di dalam perkara ini dan boleh disaksikan dari tinggalan warisan seni silat, wushu dan lain-lain seni mempertahankan diri. Kebanyakan ilmu seni mempertahankan diri melatih dan membiasakan tubuh kepada pergerakan ‘berat’, iaitu memaksa penggunaan lebih banyak otot dalam pergerakan. Ini kerana otot adalah kekuatan. Lebih banyak penggunaan otot, lebih banyak kekuatan dapat dihasilkan.

Pada zaman khalifah Uthmaniyyah, kaum lelaki memanah dengan kekuatan tarikan 70 lbs ke atas, manakala kanak-kanak, orang tua dan mereka yang baru bermula memanah menggunakan busur di bawah 70 lbs. Maka bandingkanlah pula dengan kita di zaman ini, mengapakan orang-orang dahulu lebih kuat? Adakah mereka mempunyai susuk fizikal yang berbeza? Adakah disebabkan faktor pekerjaan? Atau mungkinkan kita menggunakan teknik yang salah dan menyebabkan banyak otot menjadi lesu kerana tidak pernah digunakan?

Berbanding teknik memanah moden, pemanah teknik tradisional menjungkitkan sedikit bahagian siku ke atas semasa menarik tali busur. Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada penggunaan otot bahagian bahu dan belakang badan, sebagai sokongan kepada biseps sebagai otot utama. Latihan dan ulangan pergerakan yang berterusan boleh memperbaiki dan meningkatkan fungsi otot-otot yang berkenaan untuk mencapai potensi kekuatan yang lebih tinggi.

copy & edit tanpa permit dari blog http://arramy.com

*******



busur aku - kekuatan tarikan (poundage) 50 lbs.. 
busur ahlia - kekuatan tarikan (poundage) 25 lbs..
busur Mus'ab - beberapa hari je dah hancusss..


dan embah lanang aku berasal dari Jogjakarta..






Insuran & Road Tax Online