Thursday, April 18, 2013

Kitab Fadilat Amal 1434 hijrah

Rabu, 17 April 2013 @ 6 petang; aku dengan rasa rendah diri pegi ke masjid Sri Petaling macam biasa untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kuala Lumpur.. dalam mesyuarat tu aku diputus untuk ambik karguzari jemaah masturat 3 hari yang keluar minggu lepas.. sebenarnya aku dah 1½ tahun tak keluar masturat sebab bapak anak masih menyusu badan.. alhamdulillah tugas ambik karguzari ni dibuat berdua.. jadi aku lebih banyak dengar karguzari je.. karguzari dibuat lepas isyak..

tu cerita lain..

ni cerita sebenar..

sebelum iqamat untuk solat Isyak, sorang member aku datang dan sound; "bang.. kitab Fadail Amal yang baru ada jual kat luar masjid.." Jadi lepas doa solat Isyak aku pun keluar masjid.. ada beberapa pelajar madrasah dengan berlonggok-longgok kitab Fadail Amal edisi semakan terkini 1434 hijrah yang disusun di atas meja.. aku pun rembat dua bijik.. satu untuk rumah dan satu untuk masjid.. sebijik RM30..

lepas beli kitab, baru aku solat sunat Isyak.. heheh..

seluruh dunia ada kitab ni
dengan terjemahan kpd berbagai bahasa..

dan kembali kepada cerita lain..

minggu lepas ada satu jemaah je keluar masturat 3 hari.. jemaah 5 pasang.. ada orang lama, ada orang baru dan ada ustaz Sri Petaling.. rindu pulak rasa nak keluar jemaah masturat.. insyaAllah bulan September ni start keluar 3 hari semula sebab bapak anak dah habis tempoh menyusu badan..

berpindah pulak kepada cerita sebenar..

habis ambik karguzari, aku keluar masjid dan tengok kitab Fadail Amal yang pelajar² tadi jual dah licin.. dan ustaz yang sama² duduk dalam karguzari tadi pun ada dengan pelajar² tu tengah kira duit.. semoga Allah beri keberkatan kepada diorang semua kerana bersusah-payah untuk agama..

dan ni cerita lain dari cerita lain di atas..

malam tu jugak aku dan kawan² seKepong bawak balik jemaah Indonesia 5 orang ke Kepong.. jemaah tu nak ke Peru.. diulangi Peru.. Amerika Selatan.. flight diorang insyaAllah Selasa ni.. KL → London → New York → Peru.. hmm.. jeles gak.. huhu.. umat ni dah bergerak keseluruh dunia sedangkan kita masih merebutkan tanah sekangkang nasi kangkang..

dan berbalik kepada cerita sebenar..

saiz Fadail Amal yang baru..
rilek.. jangan teruja.. ada kengkawan yang mintak tolong aku beli dan poskan kitab ni kat diorang.. jadi tadi aku belek² kat internet ni cecara pos buku.. tetibe.. aku terklik (insyaAllah) web Fatwa Jakim pasal pos quran dan kitab..

"Ijma' Ulama telah mewajibkan membesar, memulia dan meninggikan Al-Quran. Oleh kerana pengiriman Al-Quran dari satu tempat ke satu tempat telah dibuat melalui pos hendaklah ia dibuat dengan cara yang tidak mencemarkan Al-Quran iaitu dengan membuat pengkhususan yakni dengan mengasingkan kiriman Al-Quran driapada kiriman-kiriman yang lain serta perlu dikendalikan oleh kakitangan islam sahaja."
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/menghantar-al-quran-dan-buku-buku-hadith-melalui-pos-0

jadi aku pun mengkenselkan niat murni aku untuk tolong kengkawan belikan kitab.. korang tunggulah dengan  kesabaran tahap ISO 9000 sehingga kitab ni dijual di tempat engkauworang..

melalui laman sosial Facebook seorang kawan tulis; "AJ,yg saya ada ni tak ok ke?If tak ,tolong mailkn satu nanti saya bnk in duitnye."

Maka aku dengan sayugia menjawab; "yg lama tu ok je.. cam henpon le.. yg lama boleh pakai lagi tapi x de android.. ahak.."

dan ini cerita yang lain dari semua cerita yang lain di atas..

tadi.. 18 April 2013 @ 11 pagi aku ke Shah Alam sebab ada urusan.. bini merangkap Setiausaha Terlalu Peribadi (STP) aku pun ikut sama.. dua orang anak juga diangkut sama untuk memeriahkan suasana.. dalam perjalanan pulang, STP mencadangkan agar singgah di Petronas dekat ngan stadium Shah Alam.. bukanlah tujuan untuk mengisi minyak kereta tetapi untuk tujuan mengisi perut di premis kedai stesen minyak berkenaan..



engkau membeli, aku membayar.. setakat ini..
manis senyuman memukau aku.. sampai kemari..
habih citer..










Insuran & Road Tax Online

20 comments:

  1. Buku baru ya? Tuan nak buka servis penghantaran buku ker?

    ReplyDelete
  2. beli kan utk gua 2 bijik. 1 muntakhab hadis...1 fadhail amal TERBARU

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,mohon share gambaq...ahaks....

      Delete
    2. zamieza; x dapek den nak nolong..
      Fuad; silakan tanpa segan silu..

      Delete
  3. beza lama & baru..
    1.pembetulan dari edisi yg dulu..
    2.pentahkikan ayat² quran, hadis² serta terjemahan, nama sahabat, tabiin, ulama & nama tempat..
    3.penerangan tentang mazhab shafie pd nota kaki..
    4.pembetulan stuktur ayat yg lebin sesuai dlm B Melayu..
    5.sandaran & sumber petikan diletakn dlm nota akhir..
    6.biografi ringkas Maulana Zakariyya..
    7.keterangan & jawapan² kpd persoalan yg biasa trhadap kitab ini & usaha tabligh..
    8.penyataan ringkas kandungan hadis..
    9.penyeragaman teks arab & rumi..
    10.saiz kitab disamakan dgn kitab muntakhab hadis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. contoh;
      dlm fadhail solah tulis; "ketika berdiri dlm solah pandangan hendaklah tertumpu ke tpt sujud dan ketika rukuk pandangan tertumpu ke kaki, ketika sujud pandangan ke hidung & ketika duduk pandangan tertumpu ke tangan.."
      dlm nota kaki ditulis; "pendapat yg lebih kuat dlm mazhab syafie, pandangan hendaklah tertumpu ke tpt sujud dlm semua keadaan.. manakala pendapat kedua dlm mazhab syafie adalah spt di atas.."

      Delete
  4. kulit kitab muntakhab (kulit hitam) di surau ana dah tercabut pun. kualitinya masih kurang dibanding kitab yang lama. harap2 kitab fadhail a'mal terbaru x mengalami nasib yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tuan dapat manfaat dari isinya walaupun kulitnya dah tercabut..

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "balik mesia nnti nak belilah. "
      ~buatpe delete komen tu..

      Delete
  6. kena tulis kat parcel tu "mengandungi Al-Quran, jangan dilangkah" pastu pesan parcel ni ada Quran kat kakitangan. nanti dorang akan asingkan parcel tu dgn bungkusan2 biasa lain. insyaallah pos laju ada servis hantar/handle Quran dgn lebih berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo gitu.. xde alasan la xnak tolong kengkawan.. hmmm..

      Delete
  7. Minta izin share gambo kitab tu, nk post kat instagram.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. karkun hampeh. bajet poyo gile...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tertekan nampak.. ahaks.. kalau ada apa xpuas hati meh le bebincang.. kita jumpa kat mana²..

      err.. camne pun tkasih le sbb transfer pahala amalan ko kat aku ye..

      Delete
  10. assalamualaikum,

    minta izin share gambar kt fb..jazakallahkhaira..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...