Tempat pengajian di Madrasah Tahfizul Quran Al-Muttaqin, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, 57100 Sungai Besi, KL.
Sabtu - Aqidah ASWJ
Ahad - Fiqh Imam Syafie
Masa - 2.00 pm
Bayaran - tiada
No telefon untuk dihubungi:
Ustaz Abdullah - 0122862692 / 0163120007
Nota copy paste;
Dalam memahami ayat mutasyabihat,ada pelbagai gerakan akidah yang menafsirkan dengan pelbagai tafsiran sehingga membawa kepada kekufuran.. Dalam banyak2 jenis penafsiran,hanya 2 penafsiran sahaja yang ulama sepakat sebagai sahih dan selebihnya dianggap sesat,kufur dan murtad...
Contohnya tentang ayat 'tangan Allah' ada:
1)Puak mujassimah:
menafsirkan ia sebagai,allah itu memang mempunyai tangan sepertimana tangan2 manusia ni...akidah ini dihukum murtad,sama seperti akidah hindu.Mereka secara sorih(jelas) memberi jisim kepada allah dan sekaligus menyamakan allah dengan makhluk dan mereka dihukum kafir oleh semua ulama ahli sunnah wal jamaah(aswj).
2)Puak mujassimah ghair sorih:
menafsirkan ia sebagai allah tu ada tangan,tapi tangan allah tak sama dengan makhluk,allah mempunyai tangan sesuai dengan keesaanNya. Disini puak2 ni menyamakan allah dengan makhluk dari segi "mempunyai tangan" tapi dalam masa yang sama mereka menafikan ia sama dengan makhluk, jadi ulama kategorikan mereka sebagai kumpulan mujassimah ghair sorih iaitu puak yang memberikan jisim pada allah tapi secara tidak jelas,disini ulama aswj ada khilaf tentang mereka ini murtad atau tidak.
Mengikut mazhab imam al-asy'ari rah.,mereka ini dianggap fasiq kabir(pendosa besar)tapi belum murtad dan sah solat belakang mereka,manakala mazhab akidah imam ahmad bin hanbal rah. pula menyatakan pendapat asy'ari itu daif dan pendapat yang sebenarnya mereka itu telah kufur/murtad kerana tetap menyamakan allah dengan makhluk dan allah suci dari segala perumpamaan.
3)ASWJ versi salaf:
Apabila mereka ditanya ttg ayat mutasyabihat contohnya apakah maksud tangan allah?mereka akan menjawab 'tak tahu,hanya allah yang tahu dan kami serahkan maknanya pada allah semata2',mereka menggunakan kaedah tafwidh ma'na iaitu menyerahkan maknanya pada allah tanpa nisbat kpd apa2 dan tanpa tafsir/takwil kepada apa2,ini akidah majoriti para sahabat nabi,para ulama tabi'in dan tabi' tabi'in.Ini akidah yang paling selamat dan akidah salafus soleh yang sebenar.
4)ASWJ versi khalaf:
Selepas Islam berkembang ke banyak negara 'ajam(bukan arab) seperti eropah,india,melayu,parsi dan sebagainya,semakin ramai yang membaca quran dan mula sesat kerana membuat pelbagai andaian terhadap ayat2 mutasyabihat ini dan cuma faham ayat itu dari segi zahir,dari zaman ini lah munculnya fahaman mujassimah,ghair mujassimah,muktazilah dan macam2 lagi sekte sesat,jadi ulama ketika itu sangat risau tentang perkara ini lalu menyusun kaedah baru dalam memahami ayat mutasyabihat iaitu takwil ma'na(menyesuaikan makna) ayat itu dengan makna yang layak dan sesuai bagi allah,hal ini dilakukan untuk mengelakkan orang awam yang jahil tersesat dan murtad kerana salah faham terhadap ayat itu,contoh takwil yang layak bagi allah tentang tangan allah ialah 'pertolongan allah','kekuasaan allah'..jadi apabila orang awam diterangkan maksud tangan allah ialah kekuasaan allah,maka mereka selamat dari menjisimkan allah...
Kesimpulan;
2 akidah yang pertama itu difatwakan sesat oleh ulama ASWJ TANPA KHILAF, manakala 2 akidah yang terakhir itulah yang diiktiraf oleh ijmak semua ulama ASWJ sebagai akidah yang SAHIH dan kita bebas memilih mana kita suka,cuma untuk terangkan pada orang awam yang jahil,ulama sarankan kita terang guna kaedah ulama khalaf iaitu menawkil makna agar selamat dari tafsiran yang bukan2....
Wallahua'lam..
Insuran & Road Tax Online
kalau nk komen, jgn kenen mana2 pergerakan atau mazhab krn akn menimbulkn huru hara di blog aku yg sesuci embun ini..
ReplyDeletebaca jer tak komen ngarut2 la.. semoga perjuangan anda mendapat berkat...
ReplyDeleteCollagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex