Monday, October 01, 2012

Wali & Tabligh..

Beberapa orang wali Allah sebelum kedatangan Maulana Ilyas diberikan firasat atau kashaf mengenai usaha tabligh.

Antaranya, ada seorang wali Allah di Syria yang hidup hampir 200 tahun lepas. Dia menuliskan surat wasiat yang terkandung di dalamnya, "Suatu masa nanti di India, akan lahir dua orang yang bernama Ilyas dan Yusuf, mereka akan menghidupkan amalan fardhu dan sunah di seluruh dunia."

Satu jemaah telah dihantar ke Syria dan penduduk Syria menunjukkan kepada para jemaah surat wasiat itu lalu mereka terharu dan menangis.

*dr sumber yg x diketahui kesahihan.. percaya boleh, x percaya pun xpe..

******

 
~komentar kengkawan di FB;


Kalau percaya, maka boleh berdasarkan kepada kemungkinan, mengikut satu kaedah yang saya boleh sebutkan sebagai " at-tashdiiq bi maa yata'allaqu bi qudratillaah " [ التَّصْدِيقُ بِمَا يَتَعَلَّقُ بِقُدْرَةِ اللهِ ] iaitu "Membenarkan apa yang berkaitan dengan qudrat / kuasa Allah". Jadi, kita tidak menafikan kemungkinan ini boleh terjadi dengan alasan, ia tidak menyalahi qudrat dan kemampuan Allah untuk melakukannya, walaupun tidak ada jalan yang pasti untuk me "rajih" ( memperkukuhkan ) kan kedudukan khabar ini dengan jalan "yaqiin".

Tuan Ahmad Dailami, bagusnya kaedah yg tuan sebut. Byk perkara boleh dijawab melaluinya. Boleh bagitau sumber?
Sumbernya, ada beberapa buah kitab karangan ulama-ulama Islam yang membicarakan tentang hal ini secara terpecah-pecah. Asalnya ia berada di bawah topik "Karamah Para Auliyaa Allah".

Imam 'Abdullah al-Yafi'e menulis di dalam kitabnya yang bertajuk " Raudhur Rayaahin Fii Hikaayat as-Shaalihin " ( Taman Selasih di Dalam Kisah-kisah Para Solehin ) bahawa satu golongan manusia telah ingkar kepada kebolehan untuk terjadinya peristiwa-peristiwa yang luar biasa yang disebutkan dalam bahasa 'Arab sebagai " mukhriqaatul 'adaaat " ( menyalahi adat kebiasaan ). Yakni karamah para auliya Allah yang biasa menyalahi peraturan alam seperti kebolehan berjalan di atas air, ghaib dari satu tempat dan muncul di satu tempat lain, tangan diletakkan di dalam api namun tidak terbakar dan sebagainya. Imam al-Yafi'e telah menjawab hujjah golongan yang ingkar ini dengan terperinci di dalam muqaddimah kitab tersebut.

Beliau berkata, kedudukan orang yang ingkar kepada karamah para wali Allah adalah sama dengan kedudukan orang yang ingkar kepada mukjizat para Nabi dan Rasul, iaitu mereka ingkar pada qudratullah / kuasa Allah yang boleh memberikan kelebihan kepada para wali dengan karamah seperti mana dia berkuasa memberikan kelebihan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul.

Cuma beliau menegaskan, perbezaan di antara karamah dan mukjizat, selain daripada karamah itu diberikan kepada para wali Allah yang bukan maksum, bukan Nabi dan bukan juga Rasul sedangkan mukjizat diberikan kepada para Nabi dan Rasul yang maksum, antara lainnya ialah mukjizat datang disertai dengan " ad-da'waa an-nubuwaah " ( dakwaan kenabian ), sedangkan karamah tidak begitu. Maknanya, tidak sahih untuk seseorang wali Allah mengatakan: "Aku diberi sekian-sekian peristiwa ajaib / luar biasa / karamah, maka berimanlah kepada aku sebagai Nabi atau Rasul kamu". Bahkan siapa yang berkata begini, dia bukanlah wali Allah, akidahnya rosak dan dia secara automatik terkeluar dari Islam.
Kitab " Raudhur Riyaahin " yang saya sebutkan di atas dikarang oleh al-Imam al-'Allamah 'Abdullah al-Yafi' al-Yamani, adalah antara kitab-kitab yang menghimpunkan kisah-kisah kehidupan para solehin dan wali-wali Allah. Ini adalah kitab yang menjadi rujukan utama al-'Allamah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah. dalam menulis kitab taklim Fadhail Amal yang biasa digunakan oleh Jemaah Tabligh itu. Maulana Zakariyya banyak memetik kisah para wali Allah dan orang-orang soleh dari generasi Tabi'in bertujuan sebagai targhib / galakan untuk menimbulkan semangat dalam beramal dan beliau banyak sekali memetiknya daripada kitab ini.

Kalau sesiapa ada nuskhah taklim Fadhail Amal yang kulitnya berwarna biru itu, pada bahagian belakang sekali ada tersenarai rujukan-rujukan yang Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya gunakan dalam menulis Fadhail Amal, sebanyak dekat 80 buah kitab semuanya, dan ada tersenarai kitab " Raudhur Rayaahin " salah satu daripadanya.

Alangkah baiknya kalau kitab Raudhur Riyaahin ini ada dalam bahasa melayu kita, dan ada yang mengajarnya. Banyak permasalahan tentang karomah dan kasyaf dapat dirungkai permasalahannya dan banyak isu semasa dapat dijawab.
Ya, di antara sikap manusia dalam memahami kisah-kisah para wali dan karamah-karamah ini, ada yang bersikap terlalu berketat sangat sampai membantah segala-galanya dan tidak mahu percaya langsung. Ini membawa mereka kepada masalah akidah yang kritikal, yakni mengingkari qudrah / kekuasaan Allah. Tapi ada juga yang bersikap terlampau berlapang dada sangat sehingga mereka berbaik sangka dan menerima sahaja apa pun yang mereka dengari tanpa mengambil berat untuk meneliti kesahihan sumbernya, yakni dari mana datangnya kisah-kisah tersebut. Kedua-dua ini adalah sikap yang tidak baik.

Sebagai permisalan contoh, dalam ilmu hadis, kalaulah ulama-ulama hadis semata-mata mengambil sikap berlepas tangan, tidak mempersoalkan dari mana datangnya sesebuah hadis, dan tidak mengambil berat untuk mengkaji sama ada hadis itu sahih atau tidak, nescaya akan muncullah sebilangan besar kedustaan dan pemalsuan dibuat di atas nama Rasul yang mulia. Ini akan menyebabkan agama kita hancur, rosak dan runtuh kerana hadis adalah wahyu Allah yang menjadi tulang belakang kepada terbentuknya setiap nilai ajaran Islam. Sekiranya hadis tidak dipelihara dengan baik, agama kita tidak akan tertegak.

Begitu juga kisah para wali Allah. Namun, Imam al-Yafi'e menegaskan, kisah para wali Allah itu bukan hujjah untuk menegakkan hukum akidah dan syariat Islam, maka ia "dilonggarkan". Tidak seperti keadaan hadis-hadis yang memerlukan sanad dan kajian yang mengikuti peraturan ilmiyyah yang tegas atau 'strict discipline' ke atas sanad, beliau mengatakan, kisah para wali Allah tidak semestinya wajib disertakan dengan sanad. Cuma kalau ada sanadnya, wajarlah diletakkan juga dan itu lebih baik. Kalau ditinggalkan penyebutan sanadnya ketika kisah-kisah itu diceritakan atau ditulis, maka yang demikian itu adalah di atas tujuan "ikhtishar" ( meringkaskan ). Sebab sanad sahaja boleh menyebabkan satu kisah yang panjangnya setengah muka surat menjadi satu muka surat penuh.
Terbaik ustaz
Ade yang mengatakan zaman khilafah telah bermula dari maulanya ilyas....lihat seperti berikut,ciri2 ni munglin ada persamaan....
1.maulana muhammad ilyas--> saiyidina abu bakar As-siddiq r.a
2.maulana yusuf-->saiyidina umar Al-khattab r.a
3.maulana inamul hasan-->saiyidina uthman ibnu affan r.a
4.imam mahdi --> saiyidina Ali bin abi talib....

Zaman saiyidina abu bakar~~zaman korban...
Zaman saiyidina umar~~>zaman penerimaan agama....(islam menguasai 2/3 dunia)..
Zaman saiyidina uthman~~>zaman perpecahan umat islam
Zaman saiyidina Ali~~>zman peperangan....
Apa yang berlaku pada zaman mereka (para sahabat) telah berlaku pada zaman ini....tunggu zaman spt saiyidina Ali je nih..(imam mahdi).
dari Maulana Ilyas ,Maulana Yusuf ,Maulana Inamul Hassan, Maulana Zakariyya, Maulana Umar sehingga lah Maulana Saad & Maulana Zubair...mereka ini adalah Wali2 Allah...nama2 hadratji pun ada disebut dlm kitab2 lama benua hindustan..wallahu a'lam...
Mereka memang wali Allah yang haq, kalau dilihat dari sudut amalan mereka zahir dan batin, tidak ada keraguan pada kenyataan itu.
Smg Allah bg kita istiqomah dlm usaha agama shingga Allah redha dgn kita
Amin.
maizatul umairah taknak komen ke?

Azhar Jaafar, kisah ini ada dlm buku "1000 kisah Hadraji" ... ada dijual di Sri Petaling...mcm2 kisah karamah & tauladan semua hadraji dlm buku tue...

*****
wallahua'lam..
aku pernah jumpa wali..
iaitu masa nikah dengan isteri..
isteri aku (tengah) dengan anak no 1 (kiri) dan anak no 2 (kanan)
sedang berbincang cecara untuk memenuhkan troli..