Monday, October 01, 2012

Wali & Tabligh..

Beberapa orang wali Allah sebelum kedatangan Maulana Ilyas diberikan firasat atau kashaf mengenai usaha tabligh.

Antaranya, ada seorang wali Allah di Syria yang hidup hampir 200 tahun lepas. Dia menuliskan surat wasiat yang terkandung di dalamnya, "Suatu masa nanti di India, akan lahir dua orang yang bernama Ilyas dan Yusuf, mereka akan menghidupkan amalan fardhu dan sunah di seluruh dunia."

Satu jemaah telah dihantar ke Syria dan penduduk Syria menunjukkan kepada para jemaah surat wasiat itu lalu mereka terharu dan menangis.

*dr sumber yg x diketahui kesahihan.. percaya boleh, x percaya pun xpe..

******

 
~komentar kengkawan di FB;


Kalau percaya, maka boleh berdasarkan kepada kemungkinan, mengikut satu kaedah yang saya boleh sebutkan sebagai " at-tashdiiq bi maa yata'allaqu bi qudratillaah " [ التَّصْدِيقُ بِمَا يَتَعَلَّقُ بِقُدْرَةِ اللهِ ] iaitu "Membenarkan apa yang berkaitan dengan qudrat / kuasa Allah". Jadi, kita tidak menafikan kemungkinan ini boleh terjadi dengan alasan, ia tidak menyalahi qudrat dan kemampuan Allah untuk melakukannya, walaupun tidak ada jalan yang pasti untuk me "rajih" ( memperkukuhkan ) kan kedudukan khabar ini dengan jalan "yaqiin".

Tuan Ahmad Dailami, bagusnya kaedah yg tuan sebut. Byk perkara boleh dijawab melaluinya. Boleh bagitau sumber?
Sumbernya, ada beberapa buah kitab karangan ulama-ulama Islam yang membicarakan tentang hal ini secara terpecah-pecah. Asalnya ia berada di bawah topik "Karamah Para Auliyaa Allah".

Imam 'Abdullah al-Yafi'e menulis di dalam kitabnya yang bertajuk " Raudhur Rayaahin Fii Hikaayat as-Shaalihin " ( Taman Selasih di Dalam Kisah-kisah Para Solehin ) bahawa satu golongan manusia telah ingkar kepada kebolehan untuk terjadinya peristiwa-peristiwa yang luar biasa yang disebutkan dalam bahasa 'Arab sebagai " mukhriqaatul 'adaaat " ( menyalahi adat kebiasaan ). Yakni karamah para auliya Allah yang biasa menyalahi peraturan alam seperti kebolehan berjalan di atas air, ghaib dari satu tempat dan muncul di satu tempat lain, tangan diletakkan di dalam api namun tidak terbakar dan sebagainya. Imam al-Yafi'e telah menjawab hujjah golongan yang ingkar ini dengan terperinci di dalam muqaddimah kitab tersebut.

Beliau berkata, kedudukan orang yang ingkar kepada karamah para wali Allah adalah sama dengan kedudukan orang yang ingkar kepada mukjizat para Nabi dan Rasul, iaitu mereka ingkar pada qudratullah / kuasa Allah yang boleh memberikan kelebihan kepada para wali dengan karamah seperti mana dia berkuasa memberikan kelebihan mukjizat kepada para Nabi dan Rasul.

Cuma beliau menegaskan, perbezaan di antara karamah dan mukjizat, selain daripada karamah itu diberikan kepada para wali Allah yang bukan maksum, bukan Nabi dan bukan juga Rasul sedangkan mukjizat diberikan kepada para Nabi dan Rasul yang maksum, antara lainnya ialah mukjizat datang disertai dengan " ad-da'waa an-nubuwaah " ( dakwaan kenabian ), sedangkan karamah tidak begitu. Maknanya, tidak sahih untuk seseorang wali Allah mengatakan: "Aku diberi sekian-sekian peristiwa ajaib / luar biasa / karamah, maka berimanlah kepada aku sebagai Nabi atau Rasul kamu". Bahkan siapa yang berkata begini, dia bukanlah wali Allah, akidahnya rosak dan dia secara automatik terkeluar dari Islam.
Kitab " Raudhur Riyaahin " yang saya sebutkan di atas dikarang oleh al-Imam al-'Allamah 'Abdullah al-Yafi' al-Yamani, adalah antara kitab-kitab yang menghimpunkan kisah-kisah kehidupan para solehin dan wali-wali Allah. Ini adalah kitab yang menjadi rujukan utama al-'Allamah Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi rah. dalam menulis kitab taklim Fadhail Amal yang biasa digunakan oleh Jemaah Tabligh itu. Maulana Zakariyya banyak memetik kisah para wali Allah dan orang-orang soleh dari generasi Tabi'in bertujuan sebagai targhib / galakan untuk menimbulkan semangat dalam beramal dan beliau banyak sekali memetiknya daripada kitab ini.

Kalau sesiapa ada nuskhah taklim Fadhail Amal yang kulitnya berwarna biru itu, pada bahagian belakang sekali ada tersenarai rujukan-rujukan yang Syeikhul Hadith Maulana Zakariyya gunakan dalam menulis Fadhail Amal, sebanyak dekat 80 buah kitab semuanya, dan ada tersenarai kitab " Raudhur Rayaahin " salah satu daripadanya.

Alangkah baiknya kalau kitab Raudhur Riyaahin ini ada dalam bahasa melayu kita, dan ada yang mengajarnya. Banyak permasalahan tentang karomah dan kasyaf dapat dirungkai permasalahannya dan banyak isu semasa dapat dijawab.
Ya, di antara sikap manusia dalam memahami kisah-kisah para wali dan karamah-karamah ini, ada yang bersikap terlalu berketat sangat sampai membantah segala-galanya dan tidak mahu percaya langsung. Ini membawa mereka kepada masalah akidah yang kritikal, yakni mengingkari qudrah / kekuasaan Allah. Tapi ada juga yang bersikap terlampau berlapang dada sangat sehingga mereka berbaik sangka dan menerima sahaja apa pun yang mereka dengari tanpa mengambil berat untuk meneliti kesahihan sumbernya, yakni dari mana datangnya kisah-kisah tersebut. Kedua-dua ini adalah sikap yang tidak baik.

Sebagai permisalan contoh, dalam ilmu hadis, kalaulah ulama-ulama hadis semata-mata mengambil sikap berlepas tangan, tidak mempersoalkan dari mana datangnya sesebuah hadis, dan tidak mengambil berat untuk mengkaji sama ada hadis itu sahih atau tidak, nescaya akan muncullah sebilangan besar kedustaan dan pemalsuan dibuat di atas nama Rasul yang mulia. Ini akan menyebabkan agama kita hancur, rosak dan runtuh kerana hadis adalah wahyu Allah yang menjadi tulang belakang kepada terbentuknya setiap nilai ajaran Islam. Sekiranya hadis tidak dipelihara dengan baik, agama kita tidak akan tertegak.

Begitu juga kisah para wali Allah. Namun, Imam al-Yafi'e menegaskan, kisah para wali Allah itu bukan hujjah untuk menegakkan hukum akidah dan syariat Islam, maka ia "dilonggarkan". Tidak seperti keadaan hadis-hadis yang memerlukan sanad dan kajian yang mengikuti peraturan ilmiyyah yang tegas atau 'strict discipline' ke atas sanad, beliau mengatakan, kisah para wali Allah tidak semestinya wajib disertakan dengan sanad. Cuma kalau ada sanadnya, wajarlah diletakkan juga dan itu lebih baik. Kalau ditinggalkan penyebutan sanadnya ketika kisah-kisah itu diceritakan atau ditulis, maka yang demikian itu adalah di atas tujuan "ikhtishar" ( meringkaskan ). Sebab sanad sahaja boleh menyebabkan satu kisah yang panjangnya setengah muka surat menjadi satu muka surat penuh.
Terbaik ustaz
Ade yang mengatakan zaman khilafah telah bermula dari maulanya ilyas....lihat seperti berikut,ciri2 ni munglin ada persamaan....
1.maulana muhammad ilyas--> saiyidina abu bakar As-siddiq r.a
2.maulana yusuf-->saiyidina umar Al-khattab r.a
3.maulana inamul hasan-->saiyidina uthman ibnu affan r.a
4.imam mahdi --> saiyidina Ali bin abi talib....

Zaman saiyidina abu bakar~~zaman korban...
Zaman saiyidina umar~~>zaman penerimaan agama....(islam menguasai 2/3 dunia)..
Zaman saiyidina uthman~~>zaman perpecahan umat islam
Zaman saiyidina Ali~~>zman peperangan....
Apa yang berlaku pada zaman mereka (para sahabat) telah berlaku pada zaman ini....tunggu zaman spt saiyidina Ali je nih..(imam mahdi).
dari Maulana Ilyas ,Maulana Yusuf ,Maulana Inamul Hassan, Maulana Zakariyya, Maulana Umar sehingga lah Maulana Saad & Maulana Zubair...mereka ini adalah Wali2 Allah...nama2 hadratji pun ada disebut dlm kitab2 lama benua hindustan..wallahu a'lam...
Mereka memang wali Allah yang haq, kalau dilihat dari sudut amalan mereka zahir dan batin, tidak ada keraguan pada kenyataan itu.
Smg Allah bg kita istiqomah dlm usaha agama shingga Allah redha dgn kita
Amin.
maizatul umairah taknak komen ke?

Azhar Jaafar, kisah ini ada dlm buku "1000 kisah Hadraji" ... ada dijual di Sri Petaling...mcm2 kisah karamah & tauladan semua hadraji dlm buku tue...

*****
wallahua'lam..
aku pernah jumpa wali..
iaitu masa nikah dengan isteri..
isteri aku (tengah) dengan anak no 1 (kiri) dan anak no 2 (kanan)
sedang berbincang cecara untuk memenuhkan troli..

 

  

33 comments:

  1. saya lebih yakin sumber link dibawah ini:

    http://berandamadina.wordpress.com/category/ulama-ahli-sunnah/

    tulisan anda tidak bersumber(israeliyat)dan tidak dapat dipercayai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Azhar,
      Saya cadang delete saja komen dari 'sedara' kita tu, dan tak perlu layan dia pada masa akan datang. Biarlah dia dengan pahaman dia. Saya dah pernah muzakarah dengan dia dan paham pendekatan dia.
      Sekadar pandangan...

      Delete
    2. bukan sekali tapi dah byk kali dia komen kat blog ni.. kesian.. dlm blog dia ada gambar ulama PAS yg kita tahu mereka sgt menghormati usaha tabligh..
      tapi sikap ahli PAS yg mcm ni sgt jelek & memalukan ulama dan ahli PAS yg lain..

      Delete
    3. Dia pun ada masuk dalam blog saya dan rakan-rakan yang lain. Saya cadang kita delete terus komen dia supaya dia tak aibkan jemaahnya sendiri.

      Delete
    4. x payah delete kot.. komen yg dulu2 yg byk menghina tabligh tlh saya delete.. mudah2an ada ustaz/ulama PAS yg baca kat sini dan nasihatkn beliau di blognya..

      Delete
    5. BOLA SEPAK ADALAH SEJENIS PERMAINAN, TETAPI ORANG SUNGGUH2 BUAT PERKARA TU SAMPAI IA JADI BENDA YANG PENTING DAN SUNGGUH2..IKLAN MAHAL2..SEMUA ORANG HEBOH MASA PIALA DUNIA, SEMUA ORANG CERITA PASAL BOLA...MALAH ADA ORANG JADI JUTAWAN SEBAB BOLA..GAJI JUTA2...

      FILEM ADALAH SATU LAKONAN...TAPI ORANG BUAT SUNGGUH2 SAMPAI BENDA TU JADI 'REAL'.. FILEM HINDI ORANG TENGOK SAMPAI BOLEH NANGIS, WALAUPUN CUMA LAKONAN...

      TETAPI....

      KUBUR, MAHSYAR, TITIAN SIRAT, MIZAN, SYURGA NERAKA ADALAH PERKARA YANG BUKAN PERMAINAN DAN BUKAN LAKONAN..TETAPI ORANG TAK BUAT DENGAN SUNGGUH2 DAN TAK ANGGAP IA PERKARA YANG PENTING, MAKA IA JADI TAK SUNGGUH2 DAN ORANG ANGGAP TAK BERAPA PENTING...USAHA AGAMA BENDA YANG HAK, TAPI TAK DIBUAT SUNGGUH2 MAKA KEPUTUSAN ALLAH, NUSRAH ALLAH PUN 'TAK SUNGGUH2'...

      ORG LEN X SALAH TUAN,KITA YG SALAH.....X BUAT USAHA SUNGGUH2X...SEHINGGALAH MCM2 USAHA AGAMA TELAH MUNCUL.....=(

      Delete
  2. Salaam.
    Kitab "Raudhur Rayyahiin" itu kalau x silap telah diterjemahkan oleh Almarhum Syed Ahmad Semait dgn tajuk Kisah Para Wali Allah terbitan Pustaka Nasional..

    ReplyDelete
  3. Satu golongan manusia yang sentiasa membenci kebenaran dan tidak suka orang lain melakukan kebajikan. Akal mereka terlalu lemah untuk menilai Jemaah Tabligh yang mulia melalui pandangan al-Hikmah dan kebijaksanaan, tapi mereka ingin berkata-kata seakan-akan mereka terlalu bijak untuk memahami segala-galanya. Di manakah nilai sifat tawadhu' kepada Allah pada manusia seperti mereka ini? Bagaimanakah kamu mengharap supaya Allah memberikan kepada kamu kebijaksanaan dalam memahami agama, kalau kamu sendiri tidak mahu tunduk merendah diri melihat kepada kebenaran yang disisipkanNya pada perjuangan manusia yang soleh dan bertakwa kepadaNya? Jika diharapkan kelemahan amalan kamu untuk menutup keaiban diri, nescaya kamu semua pasti akan binasa, dan jika diharap pada kebencian yang membutakan mata hati daripada melihat kebenaran dalam perkara yang kamu benci, nescaya terbakarlah seluruh lautan di muka bumi ini dengan perasaan hasad dengki dan benci yang melampau dan tidak berkesudahan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah beri hidayat..

      Delete
    2. saya akan tulis satu artikel untuk menjawab isu tuan blog ini dlm blog kami.tapi sebelum itu sila dapatkan dan baca kitab2 ini yang membenarkan demokrasi

      1- Al-Bayan Lima Yashghulu Al-Azhan, oleh Syeikh Ali Jumaah, cetakan Al-Muqattam Li An-Nasyr Wa At-Tauzik
      2- Fiqh Al-Islam Wa Adillatuh, jilid ke-8, oleh Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar Al-Fikr
      3- Al-Islam Wa As-Siyasah, Dr Muhamad Imarah, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nayr
      4- Ad-Din Wa As-Siyasah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
      5- Qadhaya Fiqhiyyah Mu’asorah, kitab Syariah Islamiah tahun 4, Universiti Al-Azhar, Kaherah

      Delete
    3. tulislah apa tuan nak tulis.. aku tak kacau hidup tuan.. tuan tak payah nak bermusuh dengan aku dan jmh tabligh.. aku tak pernah hina org berdemokrasi sebagaimana tuan yg sgt menghina usaha tabligh..

      buat aje usaha masing2 apa yg kita rasa betul utk agama.. tak payah hina usaha org lain.. usaha tabligh juga dipandu oleh ulama.. kenapa tuan sgt benci dan iri kpd usaha tabligh ni..

      dlm blog tuan yg keji kerana menghina tabligh tu, tuan letakkan gambar ulama2 PAS.. adakah ulama2 tersebut sependapat dengan tuan mengenai usaha tabligh? kalau sependapat, bawakan buktinya..

      tuan hanya mencari2 keburukan jemaah tabligh di sana sini dan memuatkan di dlm blog tuan yg bergambar ulama PAS.. kerja tuan ni menyebabkan permusuhan sesama umat Islam.. sgt keji dan hina.. bertaubatlah!!

      Delete
    4. quote;

      "saya akan tulis satu artikel untuk menjawab isu tuan blog ini dlm blog kami."

      err.. kami?? macam ramai je.. kalau berani tunjuk gambar la.. blog tuan hanya menjadi fitnah kpd Tuan Guru Nik Aziz & Tuan Guru Abd Hadi..

      Delete
    5. Salam Tn Jundullah;

      Di tempat ana, TABLIGH dan PAS buat usaha dalam suasana yang begitu harmoni sehingga dalam ceramah ustz PAS(umpamanya Ust Malik Tapah) turut menyelitkan ahli jemaah supaya membantu TABLIGH dalam jaulah/ghast. Dan sebagai timbal balas, ana secara peribadi turu menyelitkan dalam bayan dan taqrir untuk sama2 kita menyokong usaha yang hendak menegakkan hukum Allah sehingga saya dan rakan2 karkun (secara peribadi) telah mendaftr untuk mengundi PAS untuk pilihanraya kali ini. Tetapi setelah melihat blog komen pihak tn, menyebabkan ana dan rakan2 karkun begitu rasa terhina dengan pandangan tuan menyebabkan kami telah sepakat untuk boikot parti tuan. Kami juga telah sepakat untuk bgtau karkun2 yang telah kami 'tashkil' (lebih kurang puluhan ribu)untuk mengundi parti tuan supaya boikot pilihanraya kali ini. PAS akan kerugian puluhan ribu undi dari pihak kami kerana komen pedas yang tn lontarkan kepada kami. Tuan bukan mendekatkan kami kepada perjuangan tuan malahan menjauhkan lagi...

      Delete
    6. Salam Tn Jundullah;

      Terpaksa komen kat sini laa..blog anta lambat nor nak bagi permsission nyer..dah berkali2 post nunggu nyer smp tak kesudah...

      Sebelum bermula dengan hujah2, salam perkenalan dari saya Mohammad Dzulkarnain Kamarudin...(Biasanya begitulah jadi mutakalim perkenalkan diri dulu)

      Oh yea boleh saya tahu nama Tn Jundullah yang penuh....
      kena tahu nama penuh untuk kesan doa semuga diberi hidayah oleh Allah untuk faham usaha Nabi SAW)...

      Jika tak nak jawab di sini, jawab kat blog anta pun boleh....ambo tak kesah...

      Delete
    7. tuan zul.. rasanya xyah la nak berdebat dgn dia.. buang karan je.. apa motif dia sebenarnya pun kita x tahu.. mungkin dia antara org2 yg tlh kecewa ketika join tabligh..

      Delete
    8. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Saya dah dua kali jadi Wali,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada sembilan boleh jadi wali songo..

      Delete
  5. woha2x....
    1st....saya haraf lepas nie..jgn dah guna istilah "Jemaah Tabligh"...nie usaha atas iman....ok
    semua org yg beriman kena buat usaha atas iman....

    usaha atas iman...only dgn cara Rasulullah....
    simple dan mudah....taat perintah Allah,ikut sunnah Rasulullah...

    apa2 org nak ckp juz ignore it...
    bila ada mujahadah dan susah payah....
    baru la ada kemanisan kan...
    dah tertib usaha agama...ada yg suka n ada yg benci...
    rasulullah the best mahkluk,yg allah cipta.....
    itu pun ramai yg benci...
    inikan kita yg lemah nie....

    juz buat usaha sungguh2x....
    hasilnya kita tunggu n lihat at masyar nanti.....
    woha2x....
    yakin la..."this not the best way,but we have only this way...."
    jgn fikir pasal usaha len....fikir mcm mana nak usahaka n iman anda dulu...ok...

    P/s:ari nie ada jord student kat UMP pekan....ada masa mai la..ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak suka cari gaduh dgn org.. tapi kalau org beria-ia nak gaduh, aku bagi la sebijik dua..

      Delete
  6. aha, ust jumudlah merapu jugak dlm coment box bg azhar ye? lucu tapi kesian la jugak die tu..pasal jumud sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kata mewakili para ulama.. dlm blog dia letak gambar ulama PAS.. perbuatan dia hanya mencemar dan menjadi fitnah kpd ulama tersebut..

      Delete
    2. bila pulak kami kata 'mewakili para ulama'

      anda ni buta huruf agaknya....

      hujah vs hujjah bukan borak kosong cam ni.

      org tabligh ni buta kayu agaknya.langsung tak peduli fatwa kata tabligh sesat.depa buat de' je.

      langsung tak nak jawab fatwa tu.dia ingat fatwa tu macam borak kedai kopi kot..
      kesian tul...

      Delete
    3. indahnya akhlak kamu.. seindah perjuangan kamu.. buat malu org PAS aje..

      Delete
    4. Erm.. ustaz jundullah.. nak tanye, kalu betul2 ustaz ni ikhlas nak menegur kenapa x di tegur puak2 yg pergi berdemo bersih tempoh hari? Kan mufti dah Kate haram.. ke jadi halal sbb pas yg buat?

      Delete
  7. umpama ketok gune kayu, mula laa bising tapi dlm tu tong kosong KARAT!

    karat ni, kalo MELEKAT pada mana1 besi tu last2 rosak! mana2 badan atau makhluk kalau terkena karat ni, racun!

    ahaha makin hari, makin la nampak sangat kerapuan si urusanulama nih (geli aku bile sebut perkataan "ulama")..sibuk menunjuk ilmu n berbangga menjiwai akhlak tok kenali KONONnya, tapi hati busuk KARAT ngata keji orang! bukan je buat malu org pas je, tapi buat malu org tasawuf skali..

    ReplyDelete
  8. sabo la ibnu hatari..

    pakat2 doa, insyaAllah Allah bagi kefahaman

    ReplyDelete
  9. Assalam.. mudahan ust jun pun doa utk saya ni..baru nak belaja mengucap

    ReplyDelete
  10. Ada juga komen Sondolah kat sini..
    Kuat betul menghina orang. Betul ke yang dia ni wakili ulamak PAS? Macam tak percaya.
    Betul sangat la dia ni. Nanti aku buatkan blog penyelewengan pemimpin PAS kat kampung aku dengan gambar sekali.

    Ni dah lepas PR13 ni apa dah jadi? Dah buat bedah siasat ke?

    ReplyDelete
  11. Ada juga komen Sondolah kat sini..
    Kuat betul menghina orang. Betul ke yang dia ni wakili ulamak PAS? Macam tak percaya.
    Betul sangat la dia ni. Nanti aku buatkan blog penyelewengan pemimpin PAS kat kampung aku dengan gambar sekali.

    Ni dah lepas PR13 ni apa dah jadi? Dah buat bedah siasat ke?

    ReplyDelete
  12. Jemaah tabligh adalah satu usaha menyatukan umat islam baik dari segi fekah tauhid atau usuluddin. hari ini ramai orng berpecah belah sbb ego masing2 je. aku belaja ini aku lg alim dari kau... inilah ego. wpon kita dah belaja tinggi sekalipon ilmu agama tp kalau ada sifat yg tidak baik spt ego riak sombong ini maka ilmu itu x dpt bg manfaat sedikitpon. sbb itu kita di suruh utk keluar di jalan Allah supaya sifat yg baik muncul dlm diri kita. kita tidak nafikan umat islam perlukan sistem kilafah tp adkah kita benar sanggup laksanakan hukum Allah. jgn tengok benda jauh tengok sendiri bab solat. setakat mana orng blh jg solat. kalau solat x dpt nak tegakkan inikan pula hukum lain. solat tiang ugama. dan perkara pertama yg khalifah akan perangi adalah golongan yg murtad dan orng yg tidak solat.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...