Saturday, May 26, 2012

Alhamdulillah.. I have kum bak.. (I have come back..)

..aku bersyukur kepada Allah kerana telah selamat kembali ke tanahair tercinta pada 22 mei 2012..

..kepada isteriku.. bersyukurlah kerana aku telah kembali ke pangkuan sisi mu pada 25 mei 2012..

..kepada rakan² seusaha.. bersyukurlah kerana dipilih untuk buat usaha agama di Malaysia ni.. buatlah usaha bersungguh².. rakan² seusaha di Ghana buat usaha dalam keadaan serba kekurangan..


azharjaafar313
markas tabligh di Accra, Ghana..
sebuah masjid di Bondaye, Prestia..
..kepada muslim di Malaysia.. bersyukurlah kerana korang masih beragama Islam.. ramai muslim di Ghana telah menjadi Kristian semasa British menjajah mereka bermula dari kurun ke 18..

..kepada rakyat Malaysia.. bersyukurlah kerana diberi pemerintah yang prihatin akan pembangunan rakyatnya.. tahap kehidupan di Ghana masih seperti kita di tahun 60an walaupun mereka mendapat kemerdekaan pada bulan Mac 1957..

anak² di Ghana
ini bukan sarkas..
buah mangga Ghana.. buah²an kat sini memang besar²..
ia membuatkan aku resah.. ahh..

..supaya korang duduk lama sikit kat blog aku ni, aku share le video ni dengan korang.. perjalanan ke sebuah kampung di Anakum.. agar video 11 minit ni dapat menjelaskan perjalanan selama sejam tu..
so.. enjoy the ride!



..insyaAllah kalau rajin, aku akan tulis lagi pasal khuruj di Ghana nih.. almaklum sekarang ni sebuk sikit.. uhuk uhuk (buat² batuk..)




18 comments:

  1. selamat datang kembali........

    ReplyDelete
  2. salam...ahlan wasahlan....marhaban

    ReplyDelete
  3. 4 bulan di Ghana ke tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jmh 4 bln tapi 70 hari Malaysia + 50 hari Ghana.. (kalau rajin, baca le 2 entri sblm ni..)

      Delete
  4. pantas masa berlalu... selamat kembali.. (",)

    mesti terasa macam pengantin baru sekejap kan.. (",)

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah... Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air dgn jazbah yg tinggi..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, masyaallah, selamat kembali. Sedang saya ini masih duduk depan komputer, Azhar dah habis 4 bulan rupanya..ooh..hidayat..hidayat buat saya.

    Sabtu lepas, ijtima Itali dan semalam jord diZurich. Alhamdulillah, sudi juga masyaikh-masyaikh singgah keZurich. Hanya sayang, Maulana Ahmad Lat tak dapat datang, dia punya flight direct dari Milano.

    Tak tahu le apa hal Swiss ni, negara lain makin daksyat usaha dia dengan jemaah pi sana pi sini, kat sini pula, pi mai pi mai tang tu juga kerjanya. Doa..doa untuk kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. xpe la.. yg penting kita istiqomah dlm usaha.. usaha ni adalah umpama kapal nabi nuh bagi umat akhir zaman.. pastikn diri ada dlm kapal.. insyaAllah..

      Delete
  7. Bile tgk video tu, nak gelak pun ade nak nangis pun ade. Nak nangis sbb dgr suara2 latar video tu, nak nangis sbb Allah belum pilih saya keluar ke Afrika mcm tuan. Percayalah tuan, tanah2 di ghana tu akan jadi saksi di akhirat nanti yg tuan penah keluar jln Allah disana. Bayangkanlah kalau ada sahabat Nabi SAW yg smpi ghana tu, tanah2 yg sama beri penyaksian pada sahabat RAH, tanah tu jugak yg beri penyaksian pd tuan di akhirat nanti. Doakanlah saya supaya dapat keluar dakwah ke seluruh alam, terumatanya tmpt2 yg sahabat RAH telah pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tengah belajar² bykn nangis & kurangkn gelak.. aku pernah serius kejap.. tapi tak lama.. lepas tu melawak semula..

      terima kasih atas doa tuan..

      Delete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...