Friday, October 14, 2011

Madrasah oh madrasah.. (n3 jangan yatimkan agama)

pepagi Jumaat ni.. balik dari masjid selepas dhuha.. ahlia (isteri) aku cadangkan supaya anak lelaki aku yang dua orang ni (umur 12 & 9 tahun) dihantar ke madrasah tahfiz masa cuti sekolah nanti.. tapi madrasah yang jenis balik hari le.. hantar pagi dan ambik balik petang..

ni bukan madrasah..
minggu lepas aku keluar 3 hari kat sini..

jadi aku pun mengesearch a.k.a. mencari kat dalam internet.. pada aku madrasah ni penting kita tengok sape² yang jadi tenaga pengajarnya.. sebab fikrah mereka akan beri kesan pada anak² murid.. menghantar anak ke madrasah bukanlah sekadar melepaskan kentut batuk ditangga.. ada orang anggap perkara ni remeh.. terpulanglah..

cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. (bermaksud pencarian yang lama dan teliti..) maka aku terjumpa satu blog sebuah madrasah di gombak.. ok jugak.. aku selak entri² yang dibuat oleh pihak madrasah.. tiba² aku terbaca satu entri luahan perasaan hati dari ustaz yang mengendalikan madrasah.. kita lupakan hal anak aku nak masuk madrasah tu.. dan aku nak kongsi entri tu kat sini..

*****

Assalamu'alaikum, semoga berada di dalam maghfirah dan rahmat ALLAH azza wa jalla. Di harap dapat mewar-warkan perkara berikut untuk menyedarkan umat Islam di negara kita.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang bukan sahaja menjejaskan orang berniaga dan bekerja tetapi juga maahad-maahad tahfiz. Banyak maahad tahfiz yang terpaksa menaikkan yuran. Sebenarnya tindakan ini bukan satu penyelesaian sebab kesannya menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa berhenti dari pengajian al-Quran mereka dan memasuki sekolah-sekolah biasa.

Madrasah Abul Qasim (MAQ - bukan nama sebenar) juga tidak ketinggalan dari berhadapan dengan kesan dari gelombang ekonomi yang di hadapi sekarang namun kami bertegas untuk tidak menaikkan yuran. Walaupun didalam keadaan yuran kami yang merupakan di antara yang terendah di negeri Selangor (Rm160), hampir 40% pelajar-pelajar kami tidak dapat membayar yuran dengan konsisten atau tidak membayar yuran langsung. Kesan dari kekurangan dana yang paling ketara ialah- mengekalkan guru khususnya para guru yang berkualiti.

Ramai dari kalangan masyarakat yang tidak menyedari betapa sukar mentadbirkan sebuah maahad tahfiz di Malaysia, berbeza dengan di negara-negara lain. Jumlah maahad tahfiz yang tutup setiap bulan sama banyaknya dengan yang baru di buka. Masyarakat hanya melihat secara luaran dan mencemuh perkara-perkara yang sengaja dibesar-besarkan yang dikatakan banyak berlaku di maahad-maahad tahfiz seperti pelajar di dera, guru banyak berhenti, pelajar terlibat dengan masalah sosial dsb tetapi tidak ramai yang tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan wang dan tenaga kepakaran untuk memperbaiki keadaan.

Saya sendiri secara peribadi telah banyak berhadapan dengan pelbagai ujian semenjak mengasaskan MAQ hampir 8 tahun lalu. Yang paling terbaru, semalam saya menerima sms layang secara bertalu-talu dari seseorang yang tidak dikenali yang melemparkan tohmahan kepada madrasah dan diri saya secara peribadi (mengatakan saya takbur, sakit jiwa dan tidak ada kelayakan untuk mentadbir dsb). Terdapat pelbagai sebab mengapa dia menghantar sms ini tetapi itu bukan isu yang ingin saya ketengahkan, isunya ialah orang kita lebih gemar mengkritik malahan mereka yang sebenarnya ada "masalah jiwa" sampai ke tahap kondem usaha-usaha yang baik (walaupun terdapat banyak kelemahan di dalam perlaksanaannya) dari membantu secara positif. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas maahad tahfiz.

Pengerusi PIBG-MAQ baru-baru in berseloroh, MAQ sebuah sekolah yang banyak keberkatan, para graduan yang lama menganggur -datang merayu untuk kerja mengajar dan tidak sampai setahun berkhidmat dengan MAQ, nilai diri bertambah dengan pengalaman yang diperolehi lalu di tawarkan kerja di tempat lain yang menjanjikan insentif dan masa depan yang lebih baik (lalu cabut lari!). Sudahlah kita kehilangan guru, ada pula orang yang berhati busuk memberi komen terdapat masalah pentadbiran atau pentadbirnya tidak layak untuk menguruskan maahad tahfiz dsb.

Para peniaga juga tidak kurang yang datang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan mulut manis mengatakan hendak membantu maahad tahfiz tetapi akhirnya kami dapati mengenakan bayaran yang lebih tinggi dari pasaran atau memberi produk yang tidak berkualiti.

Alhamdulillah setakat ini saya masih belum sampai ke tahap putus asa malahan semua halangan-halangan ini menjadikan saya lebih bersemangat dan tabah untuk meneruskan perjuangan. Maka dengan itu, saya ingin mengajak, semua sahabat dan umat Islam di Malaysia supaya tampil kehadapan dan berikan bantuan anda kepada para pendokong yang memperjuangkan al-Quran. Bantuan ini hendaklah secara berterusan dan tidak sekadar menunggu rezeki lebih untuk datang dari khazanah ALLAH.

Sepatutnya kita mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk diri dan keluarga kita dan bangun untuk membantu agama yang telah ALLAH amanahkan di atas bahu kita, kerana inilah contoh tauladan yang para sahabat radiALLAHu ajma'in telah tunjukkan kepada kita. Kalau tidak mampu untuk memberi bantuan samada bantuan fizikal atau spiritual, maka adalah lebih baik jangan jadi seperti golongan munafiq yang kita tahu cerita mereka dari seerah Rasulullah. Semoga ALLAH subhabahu wa ta'ala memberi taufiq kepada kita semua.

Abdullah (bukan nama sebenar)
Pengetua Madrasah

*****


amacam? tanyala diri sendiri.. harta yang Allah bagi kat kita.. banyak mana yang kita gunakan untuk agama.. dan banyak mana pulak yang digunakan lebih dari keperluan asas.. sedangkan air sejuk yang sahabat r.a dapat pun akan disoal.. apa ke lagi kita..

tak payah cerita pasal orang lain.. aku sendiri kalau ke supermarket untuk beli barang dapur.. penuh satu troli.. bila balik dan check.. hanya separuh je yang betul² untuk keperluan.. yang separuh lagi hanyalah aksesori² nafsu.. nya.. pun.. adoii..

orang pun nak dibelinya..

teringat kata² almarhum seorang lama dalam tabligh.. "kita hari kalau tafakud (temuduga) untuk keluar di jalan Allah, akan tulis kat borang belanja rm300.. padahal dalam bank ada lagi puluh-puluh ribu.. yang baiknya berapa baki dalam bank, kena tulis kat borang tafakud.. kemudian barulah diputuskan berapa belanja yang perlu dibawa.."

orang kita memang suka simpan duit untuk masa depan.. tapi tak cukup depan.. sebenarnya kena simpan duit untuk masa depaaaaaaann..

ahhh.. aku masih jauh lagi.. baru cakap².. dan tulis².. semoga aku orang pertama yang akan ingat..

tapi.. akhirat dah makin dekat..