Friday, October 14, 2011

Madrasah oh madrasah.. (n3 jangan yatimkan agama)

pepagi Jumaat ni.. balik dari masjid selepas dhuha.. ahlia (isteri) aku cadangkan supaya anak lelaki aku yang dua orang ni (umur 12 & 9 tahun) dihantar ke madrasah tahfiz masa cuti sekolah nanti.. tapi madrasah yang jenis balik hari le.. hantar pagi dan ambik balik petang..

ni bukan madrasah..
minggu lepas aku keluar 3 hari kat sini..

jadi aku pun mengesearch a.k.a. mencari kat dalam internet.. pada aku madrasah ni penting kita tengok sape² yang jadi tenaga pengajarnya.. sebab fikrah mereka akan beri kesan pada anak² murid.. menghantar anak ke madrasah bukanlah sekadar melepaskan kentut batuk ditangga.. ada orang anggap perkara ni remeh.. terpulanglah..

cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. cari punya cari punya cari.. (bermaksud pencarian yang lama dan teliti..) maka aku terjumpa satu blog sebuah madrasah di gombak.. ok jugak.. aku selak entri² yang dibuat oleh pihak madrasah.. tiba² aku terbaca satu entri luahan perasaan hati dari ustaz yang mengendalikan madrasah.. kita lupakan hal anak aku nak masuk madrasah tu.. dan aku nak kongsi entri tu kat sini..

*****

Assalamu'alaikum, semoga berada di dalam maghfirah dan rahmat ALLAH azza wa jalla. Di harap dapat mewar-warkan perkara berikut untuk menyedarkan umat Islam di negara kita.

Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang bukan sahaja menjejaskan orang berniaga dan bekerja tetapi juga maahad-maahad tahfiz. Banyak maahad tahfiz yang terpaksa menaikkan yuran. Sebenarnya tindakan ini bukan satu penyelesaian sebab kesannya menyebabkan ramai pelajar yang terpaksa berhenti dari pengajian al-Quran mereka dan memasuki sekolah-sekolah biasa.

Madrasah Abul Qasim (MAQ - bukan nama sebenar) juga tidak ketinggalan dari berhadapan dengan kesan dari gelombang ekonomi yang di hadapi sekarang namun kami bertegas untuk tidak menaikkan yuran. Walaupun didalam keadaan yuran kami yang merupakan di antara yang terendah di negeri Selangor (Rm160), hampir 40% pelajar-pelajar kami tidak dapat membayar yuran dengan konsisten atau tidak membayar yuran langsung. Kesan dari kekurangan dana yang paling ketara ialah- mengekalkan guru khususnya para guru yang berkualiti.

Ramai dari kalangan masyarakat yang tidak menyedari betapa sukar mentadbirkan sebuah maahad tahfiz di Malaysia, berbeza dengan di negara-negara lain. Jumlah maahad tahfiz yang tutup setiap bulan sama banyaknya dengan yang baru di buka. Masyarakat hanya melihat secara luaran dan mencemuh perkara-perkara yang sengaja dibesar-besarkan yang dikatakan banyak berlaku di maahad-maahad tahfiz seperti pelajar di dera, guru banyak berhenti, pelajar terlibat dengan masalah sosial dsb tetapi tidak ramai yang tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan wang dan tenaga kepakaran untuk memperbaiki keadaan.

Saya sendiri secara peribadi telah banyak berhadapan dengan pelbagai ujian semenjak mengasaskan MAQ hampir 8 tahun lalu. Yang paling terbaru, semalam saya menerima sms layang secara bertalu-talu dari seseorang yang tidak dikenali yang melemparkan tohmahan kepada madrasah dan diri saya secara peribadi (mengatakan saya takbur, sakit jiwa dan tidak ada kelayakan untuk mentadbir dsb). Terdapat pelbagai sebab mengapa dia menghantar sms ini tetapi itu bukan isu yang ingin saya ketengahkan, isunya ialah orang kita lebih gemar mengkritik malahan mereka yang sebenarnya ada "masalah jiwa" sampai ke tahap kondem usaha-usaha yang baik (walaupun terdapat banyak kelemahan di dalam perlaksanaannya) dari membantu secara positif. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan di atas maahad tahfiz.

Pengerusi PIBG-MAQ baru-baru in berseloroh, MAQ sebuah sekolah yang banyak keberkatan, para graduan yang lama menganggur -datang merayu untuk kerja mengajar dan tidak sampai setahun berkhidmat dengan MAQ, nilai diri bertambah dengan pengalaman yang diperolehi lalu di tawarkan kerja di tempat lain yang menjanjikan insentif dan masa depan yang lebih baik (lalu cabut lari!). Sudahlah kita kehilangan guru, ada pula orang yang berhati busuk memberi komen terdapat masalah pentadbiran atau pentadbirnya tidak layak untuk menguruskan maahad tahfiz dsb.

Para peniaga juga tidak kurang yang datang untuk menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dengan mulut manis mengatakan hendak membantu maahad tahfiz tetapi akhirnya kami dapati mengenakan bayaran yang lebih tinggi dari pasaran atau memberi produk yang tidak berkualiti.

Alhamdulillah setakat ini saya masih belum sampai ke tahap putus asa malahan semua halangan-halangan ini menjadikan saya lebih bersemangat dan tabah untuk meneruskan perjuangan. Maka dengan itu, saya ingin mengajak, semua sahabat dan umat Islam di Malaysia supaya tampil kehadapan dan berikan bantuan anda kepada para pendokong yang memperjuangkan al-Quran. Bantuan ini hendaklah secara berterusan dan tidak sekadar menunggu rezeki lebih untuk datang dari khazanah ALLAH.

Sepatutnya kita mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk diri dan keluarga kita dan bangun untuk membantu agama yang telah ALLAH amanahkan di atas bahu kita, kerana inilah contoh tauladan yang para sahabat radiALLAHu ajma'in telah tunjukkan kepada kita. Kalau tidak mampu untuk memberi bantuan samada bantuan fizikal atau spiritual, maka adalah lebih baik jangan jadi seperti golongan munafiq yang kita tahu cerita mereka dari seerah Rasulullah. Semoga ALLAH subhabahu wa ta'ala memberi taufiq kepada kita semua.

Abdullah (bukan nama sebenar)
Pengetua Madrasah

*****


amacam? tanyala diri sendiri.. harta yang Allah bagi kat kita.. banyak mana yang kita gunakan untuk agama.. dan banyak mana pulak yang digunakan lebih dari keperluan asas.. sedangkan air sejuk yang sahabat r.a dapat pun akan disoal.. apa ke lagi kita..

tak payah cerita pasal orang lain.. aku sendiri kalau ke supermarket untuk beli barang dapur.. penuh satu troli.. bila balik dan check.. hanya separuh je yang betul² untuk keperluan.. yang separuh lagi hanyalah aksesori² nafsu.. nya.. pun.. adoii..

orang pun nak dibelinya..

teringat kata² almarhum seorang lama dalam tabligh.. "kita hari kalau tafakud (temuduga) untuk keluar di jalan Allah, akan tulis kat borang belanja rm300.. padahal dalam bank ada lagi puluh-puluh ribu.. yang baiknya berapa baki dalam bank, kena tulis kat borang tafakud.. kemudian barulah diputuskan berapa belanja yang perlu dibawa.."

orang kita memang suka simpan duit untuk masa depan.. tapi tak cukup depan.. sebenarnya kena simpan duit untuk masa depaaaaaaann..

ahhh.. aku masih jauh lagi.. baru cakap².. dan tulis².. semoga aku orang pertama yang akan ingat..

tapi.. akhirat dah makin dekat..






22 comments:

  1. sy pun selalu ckp pada org sekeliling, marilah kita cuba lebihkan bersedekah dan lebihkan bayar hutang, tapi diaorg jawab, duit tu diaorg nak simpan utk masa depan, sehinggakan ada yang tak nak keluarkan duit kwsp utk bayar duit PTPTN yang dah blacklist pun, sebab duit KWSP tu kononnya utk hari tua, sayang nak guna,

    sy juga ckp pada diri sendiri :-)

    ReplyDelete
  2. sronok dpt bini yg ada fikir agama.. ce tgk madrasah tahfiz kat puchong.. kat situ ada bdk madrasah yg kuar skali nisfu syaban ari tu kata free n anytime boleh masuk.. ada org sponsor.. x igt nama hamba Allah tu..

    ReplyDelete
  3. saya pernah dgr ayat ni dlm kitab fadilat sedekah kalau tak silap :


    "Allah sukakan perbelanjaan dan bencikan simpanan"

    ReplyDelete
  4. madrasah milik karkun kt kg baru pun free gak

    leh kontek kwn sy yg blaja kt situ

    Mohd Zaid : 013 4044 902

    ReplyDelete
  5. aku rase aku tahu kat mane "MAQ" tue....

    ReplyDelete
  6. Memang bukan senang nak tadbir madrasah. Sebab saya pengalaman jugak masa mula mula madrasah Lorong Alif Jitra lahir, masa tu seri petaling pun belum ada. Memang letih. Especially macam keadaan ekonomi sekarang. Yuran budak boleh tampung duit makan saja. On top of tu, gaji guru memang cari sponsors. Kalau org tak biasa tahu hal madrasah memang la tak tahu. Tapi very important, madrasah di tadbir secara system syura. Pentadbiran tak campur aduk dgn pelajaran. Maksudnya ustaz ustazah tak masuk campur hal yuran dan sebagainya. Mudir tak mengajar, tetapi mengajaga hal ehwal seluruh madrasah. So everybody ada specific role, bukan pakai kaut saja semua. Also macam di IPB semua madrasah di tanggung oleh business2.

    Cumanya masaalah yg ketara juga sekarang ni , semua student habis hafiz alim nak bukak madrasah. Ya la, nak kerja pun gaji madrasah tak mampu nak bagi banyak, tu jadi kes cabut lari ke sana sini. Memang gaji ustaz ustazah kena jaga jugak lah. So ustaz ustazah boleh concentrate pd pengajaran. kalau tak nanti depa sibuk buat business sampingan nak tampung sara hidup pulak. Atau bukak madrasah. Sedangkan nak bukak madrasah , bukan sahaja perlu ilmu madrasah tu sahaja, tetapi juga perlu ilmu pentadbiran, pendidikan , psikologi. Kalau tak madrasah lahir macam cendawan tumbuh, hafiz, hafizah alim alimah berlambak di pasaran, tapi kualiti tak ada. Sebab bukan ilmu tu sahaja yg penting, tetapi tarbiyah, akhlak, muamalat dan muasyarat. Ni syllabus paling susah.

    ReplyDelete
  7. mari menyimpan di Bank Akhirat...

    ReplyDelete
  8. kesian jugak tu..

    semoga tidak sampai tahap para pelajar disuruh mengutip derma utk sekolah tahfiz.. biarlah mereka tumpukan perhatian kepada pelajaran..

    kalaulah sekolah tahfiz diberi bantuan seperti sekolah kerajaan, alangkah baiknya.. bahkan sy rasa, sekolah tahfizlah yg byk membantu melahirkan generasi2 yg bertakwa.. utk kebaikan negara jugak agar tidak berlaku huru hara akibat masyarakat yg tidak terdidik dgn agama..

    ReplyDelete
  9. azam nak sedeqah byk kat madrasah

    ReplyDelete
  10. Amin.. marilah sama kita berbakti untuk Agama INSYA ALLAH.

    Mdh2an kita di terima INSYA ALLAH

    ReplyDelete
  11. saya pernah dengar rakaman ceramah ustaz mutalib maarof tentang ni.
    katanya orang lebih suka sedeqah ke masjid2, sampai imam taktau nak buat apa dgn duit,.

    tu yang dok pi beli tv, lcd, dsbgnya.kenduri makan tak henti2 kepada org yang dah ada byk makanan kat rumah.

    ustaz kata kita kena ubah sikit cara infaq harta dari sedeqah kat masjid kepada sedeqah ke pondok2,madrasah2, dan seangkatan.

    imam2 sekarang (dok kg) pun dapat gaji rm8rat, tu blom masjid2 pekan yang melimpah2 tabung masjid, ada lah kot percent kat imam2 masjid.

    pondok2 dan madrasah kat kelantan ni kadang2 menyedihkan jugak. rasanya tak sama dgn yang ada di selangor. sampai ada orang kelantan hantar anak2 ke madarasah tahfiz kat selangor yang lebih sempurna keadaan.

    masjid2 pulak makin lama makin besar, makin besar, makin cantik, ada tempat masak dsbgnya.. orang yg dtg jemaah2 (khuruj) jugak je yang dapat manfaat.org tempatan guna brg2 masjid bila ada keraian ja.

    so skrg kita kena ubah metod infak, bg kepada yg lebih perlu. idea2 nak besarkan masjid tu sebab masjid tak muat bila raya ja. sebenarnya sunnah bila raya buat kat tanah lapang, macam kat India.

    Saya pernah belajar tentang sebaik2 perbelanjaan kuta bahagikan kepada 3. Satu bahagian untuk sedeqah, satu pertiga untuk keperluan, dan satu pertiga simpanan untuk orang meminta2, ini selepas tolak hutang2 yang ada.

    Kalaupun tak mampu, amik la satu madrasah angkat, sumbang RM300 ke sebulan, moga2 kalaupun kita takda anak yang tahfiz, Allah tetapkan tempat kita di syurga kerana infak kita tadi.

    Moga-moga Allah juga bagi saya taufiq buat macam tu.

    ReplyDelete
  12. Wanita Bertudung Hijau;
    trend hidup skrg..

    Hidayatullah;
    puchong jauh la pulak.. kalau area gombak/selayang dekat le ngan kepong..

    hainur hapis;
    kg baru.. jauh gak..

    Abu Abdurrahman;
    betul la tu..

    Ummi;
    seorg ustaz di sri ptlg pernah kata; tarbiah yg ada di madrasah x kan dpt masa klr & tarbiah yg ada masa klr x kan dpt di madrasah..

    Ziarah76;
    simpana yg dijanjikan dgn keuntungan berlipat kali ganda..

    fuad ansari;
    kebanyakan madrasah yg dpt bantuan hanyalah yg berdaftar.. alhamdulillah kerajaan dah mula buka mata terhadap madrasah milik karkun..

    Ismi Ijmi;
    sangat baik info tuan.. memang yg diperlukan adalah sumbangan berterusan setiap bulan.. bukan sumbangan sekali-sekala bila teragak..

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum wbt..

    tuan azhar..

    nak tahu jugak.. MAQ tue kat gombak mana yer?? nak info berkenaan no telepon n alamat.. saya dah search tapi tak jumpa pun..

    jazakallah khairan ya syeikh..

    ReplyDelete
  14. nam;
    w'salam..
    http://qasimululum.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. sedih dgr psl kbjkn madrasah...d tmpt sy Lahad Datu, Alhamdulillah br wjd 1 mdrasah, mudir dan jg gurunya sorg jak, Hafiz Syamsul Ali skrg tgh klr 4bln, ktnya mmg mjhd urus mdrasah ni...smga Allah plhr mdrasah2 d sluruh alam..

    ReplyDelete
  16. kt halqah aku ada madrasah..ada 3 ustaz yg dah keluar 1 tahun yg mengajar..ok la..boleh la try hantar..

    ReplyDelete
  17. Aidarus;
    dgn korban akan dtg cinta..

    syuk;
    jauh la pulak nak balik hari.. yg kat gombak tu ok la.. insyaAllah sabtu ni bawak anak² gi interview..

    ReplyDelete
  18. Masih ada orang yang berfikir utk agama ... alhamdulillah. Saya pun sorang tenaga pengajar kat Sekolah Agama Rakyat yang dhaif jugak. Saya tahu, bagaimana susahnya hidup para guru yang gajinya di bawah paras kemiskinan... tapi, apa boleh buat? sekolah xda duit nak bayar gaji tinggi2...

    ReplyDelete
  19. Kat mana tahfiz tu..murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum puan. munkin puan boleh cari kt sini http://qasimululum.blogspot.com/

      Delete
  20. Saya sedang mencari sek tahfiz utk Ank saya

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...