Tuesday, August 02, 2011

Tarawih Setahun Sekali..

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, bila ramadhan datang, mulalah aku dalam dilema..

"dikala sepi.. keseorangan.. wajah mu kerap.. bermain di mataku.."
(heheh.. otai rock kapak je tahu.. kalau potai tak tahu nye.. )

bukan dilema teringat aweks ke apa.. hiss.. tapi masalah kat mana nak solat tarawih.. aku dari kecik diajar kalau solat tarawih mesti 20 rakaat.. dan menjadi perbualan potai otai² kat masjid suatu masa dulu terhadap orang yang solat tarawih 8 rakaat.. antara yang diperbualkan..

"buek apo tah semayang 8.. lopeh tu balik nengok tv.." kata sorang pakcik berasal dari N9..

dalam versi yang lain dalam loghat utara.. "alahh.. setahun sekali.. apaa lah salahnya depa buat 20.."


Sebelum datangnya ramadhan lagi aku dah buat survey mana suaru atau masjid terdekat yang buat 20 rakaat.. aku sebenarnya malas nak lari sana-sini sebab aku lebih selesa solat kat masjid sendiri.. tapi apa kan daya.. masjid kat tempat aku buat tarawih 8 sahaja sebab tiap² malam ada tazkirah ramadhan.. ada sekali tu dalam beberapa tahun lepas seorang ustaz baca hadis yang maksudnya menuntut ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat.. tu yang ramai² pakat buat 8 tu.. sebab bila duduk dalam tazkirah dah dapat pahala 1000 rakaat..

Entahlah.. semoga Allah terima lah amalan tu.. tapi kalau ikut pengalaman aku.. yang duduk dalam tazkirah tu otai² masjid gak.. yang bukan kaki masjid selain ramadhan, memang belah lepas tarawih 8 (+ witir 3).. Yang kesian tu orang² tua yang dah berpuluh tahun solat tarawih 20 tapi sekarang bertukar ke era 8.. up to date la kira.. patutnya makin bertambah ilmu, makin bertambah amal..

Aku pernah solat di masjid wahabi di negeri orang potai putey.. diorang buat 8 tapi satu juzuk quran dibaca.. dengan tartil oleh pak Arab pulak tu.. memang lenguh la lutut.. ndak pulak lutut aku yang dah kurang gris ni..kat tempat kita kadang² pakai imam hafiz tapi baca 2-3 baris dah rukuk.. hampeh..

Akhirnya dah 2 malam aku solat kat masjid lain yang buat 20 rakaat.. walaupun baca surah² lazim tapi aku puas hati.. nampaknya aku kena tambah korban lagi sampai Allah ubah keadaan masjid kat tempat aku dan masjid di seluruh dunia kepada amalan yang wujud di zaman Nabi dan Sahabat..

Tahun 2010 aku dah tulis pasal perkara ni kat sini dan kat sini..
Sebelum tu tahun 2009 pun aku dah tulis kat sinun..
Sapa suka boleh baca.. sapa x suka pun boleh baca..

"andai kau mengerti.. isi hatiku.. terangilah kesamaran ini.." 

shhh.. org semayang mana boleh becakap..

dan akhir kata..
"selamat berbuka puasa kpd yg berpuasa.. dan selamat buat² berbuka puasa kpd yg x puasa.."
*maaf.. akhir kata yang x de kena mengena dgn tajuk entri..