Tuesday, August 02, 2011

Tarawih Setahun Sekali..

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, bila ramadhan datang, mulalah aku dalam dilema..

"dikala sepi.. keseorangan.. wajah mu kerap.. bermain di mataku.."
(heheh.. otai rock kapak je tahu.. kalau potai tak tahu nye.. )

bukan dilema teringat aweks ke apa.. hiss.. tapi masalah kat mana nak solat tarawih.. aku dari kecik diajar kalau solat tarawih mesti 20 rakaat.. dan menjadi perbualan potai otai² kat masjid suatu masa dulu terhadap orang yang solat tarawih 8 rakaat.. antara yang diperbualkan..

"buek apo tah semayang 8.. lopeh tu balik nengok tv.." kata sorang pakcik berasal dari N9..

dalam versi yang lain dalam loghat utara.. "alahh.. setahun sekali.. apaa lah salahnya depa buat 20.."


Sebelum datangnya ramadhan lagi aku dah buat survey mana suaru atau masjid terdekat yang buat 20 rakaat.. aku sebenarnya malas nak lari sana-sini sebab aku lebih selesa solat kat masjid sendiri.. tapi apa kan daya.. masjid kat tempat aku buat tarawih 8 sahaja sebab tiap² malam ada tazkirah ramadhan.. ada sekali tu dalam beberapa tahun lepas seorang ustaz baca hadis yang maksudnya menuntut ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat.. tu yang ramai² pakat buat 8 tu.. sebab bila duduk dalam tazkirah dah dapat pahala 1000 rakaat..

Entahlah.. semoga Allah terima lah amalan tu.. tapi kalau ikut pengalaman aku.. yang duduk dalam tazkirah tu otai² masjid gak.. yang bukan kaki masjid selain ramadhan, memang belah lepas tarawih 8 (+ witir 3).. Yang kesian tu orang² tua yang dah berpuluh tahun solat tarawih 20 tapi sekarang bertukar ke era 8.. up to date la kira.. patutnya makin bertambah ilmu, makin bertambah amal..

Aku pernah solat di masjid wahabi di negeri orang potai putey.. diorang buat 8 tapi satu juzuk quran dibaca.. dengan tartil oleh pak Arab pulak tu.. memang lenguh la lutut.. ndak pulak lutut aku yang dah kurang gris ni..kat tempat kita kadang² pakai imam hafiz tapi baca 2-3 baris dah rukuk.. hampeh..

Akhirnya dah 2 malam aku solat kat masjid lain yang buat 20 rakaat.. walaupun baca surah² lazim tapi aku puas hati.. nampaknya aku kena tambah korban lagi sampai Allah ubah keadaan masjid kat tempat aku dan masjid di seluruh dunia kepada amalan yang wujud di zaman Nabi dan Sahabat..

Tahun 2010 aku dah tulis pasal perkara ni kat sini dan kat sini..
Sebelum tu tahun 2009 pun aku dah tulis kat sinun..
Sapa suka boleh baca.. sapa x suka pun boleh baca..

"andai kau mengerti.. isi hatiku.. terangilah kesamaran ini.." 

shhh.. org semayang mana boleh becakap..

dan akhir kata..
"selamat berbuka puasa kpd yg berpuasa.. dan selamat buat² berbuka puasa kpd yg x puasa.."
*maaf.. akhir kata yang x de kena mengena dgn tajuk entri..





20 comments:

  1. Assalamu'alaikum.
    Kan boleh buat 8 rakaat kat masjid, lebihnya buat kat umah? Rasulullah dulu wat 20 rakaat smua kat masjid ke cmana? Sbb ada member btau 8 kat masjid, lebihnya kat umah sbb xnak bebankan jemaah. Kongsi plis =)

    ReplyDelete
  2. HijabRockers;
    baca le entri tahun lepas tu..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt...

    kat masjid rumah saya (gombak)buat tarawikh 20 rakaat.. imam al-hafiz.. tapi saya tak buat tarawikh kat masjid pun. saya buat kat umah jer...:)

    ReplyDelete
  4. Nanti kat org asli kita belasah 20 rakaat dan lps tu mkn roti hijau

    ReplyDelete
  5. masjid tempat aku 20 rakaat. alhamdulillah. pada hari pertama tarawih, sebelum solat tok imam bagi fadhilat 20 rakaat. bagus sungguh

    ReplyDelete
  6. nam;
    w'salam.. selamat bertarawih..

    syuk;
    join gak ke? wah wah..

    Ziarah76;
    bahagianya..

    ReplyDelete
  7. datanglah kat surau kamek ya, hajat ktk akan dipenuhi di sia..

    ReplyDelete
  8. tak sampai hati nak larikan diri selepas 8rakaat dari jemaah yg bertarawikh 20rakaat..

    saya rasa, berkira2 dalam solat seolah2 macam berkira2 nak masuk syurga atau tak.. hmm...

    ReplyDelete
  9. ismadiyusuf;
    surau Tmn Pabahanan.. tak kan aku lupa insyaAllah.. ada rezeki insyaAllah aku datang lagi..

    fuad ansari;
    kalau dah biasa 20, x sedap hati la buat 8..

    ReplyDelete
  10. Azhar, rupanya "nasib kita serupa...." (versi headwind). Marhalah aku pun tarawih 8 jer pastu tazkirah... memang tarawih muka aku takder kat marhalah... aku lari ke "Masjid India Ipoh" (port karkun2 sekitar bandar ipoh) imam kat situ hafiz dan satu mlm mmg baca 1 juzuk, sama macam tarawih masa di IPB... Bila org marhalah aku dpt tahu aku solat tarawih kt masjid india, mula ler kluar ayat "ni ler orang tabligh, dah ikut mazhab hanafi...." aku buat bodo ajer ler bila mendengornya, balas nak komen apa2......

    ReplyDelete
  11. ini khilaf yang baik, so mana-mana masjid kita ikut je le.

    Kat sini 8 rakaat satu juz dan imam pegang al-Quran. Kira sah tak tarawih aku ni?

    ReplyDelete
  12. Tamindhari;
    yg buat 8 tu mazhab mana pulak..

    Dr. Ben;
    jelas kewahabiannya.. ikut aje lah.. x de masalah..

    ReplyDelete
  13. k tengkiu syeikh. yang thn 2009 punya menjawab soalan. Alhamdulillah. =)
    Selamat berpuasa dengan sempurna. Aamiin.

    ReplyDelete
  14. aku hairan org yang datang kebas moreh saja,20 rakaat pun tidak 8 rokaat pun tidak..

    ReplyDelete
  15. wahabi tu apa sebenarnya bro?

    ReplyDelete
  16. HijabRockers;
    tengkiu..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    jadilah..

    Dr. Ben;
    tanyalah ulama..
    http://www.facebook.com/notes/ustaz-zamihan-al-ghari/penjelasan-dr-yusof-al-qardhawi-mengenai-wahhabi/140896232662273

    ReplyDelete
  17. Bila nak datang bertarawih kat sini lagi, tahun ni, hafis sab dari England. Jemaah dari England untuk 40 hari pun datang dan tengah usaha keluarkan jemaah disini, yang mana disini ramai yang membeku salju termasuk saya (doa..doakan).

    - Dengar khabar dari jemaah England, lebih 6000 student diEngland telah dapat dikeluarkan dalam bulan Ramadan ni yang mana kebetulan musim cuti sekolah, masyaallah.

    ReplyDelete
  18. zarch;
    madani masjid, zurich.. dan suasana ramadhan di zurich.. x tau la bila nak dihantar ke sana lagi..

    jangan sejuk tuan.. winter lambat lagi.. teruskan usaha di bumi eropah.. saham besar untuk tuan.. antara pengikut imam mahadi di akhir zaman adalah orang yang asalnya nasrani.. wallahua'lam..

    ReplyDelete
  19. Salam
    Lebih selesa buat terawikh kat umah jer.....

    ReplyDelete
  20. Zaujah Shamsul Baharin;
    pompuan afdhal di rumah aje.. kecuali yang betul² dapat jaga adab dan aurat di harus ke masjid..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...