Thursday, April 07, 2011

Pisang Panas - Resolusi & Impian

Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecik-kecik pisang seperti pisang Emas.

Alkisahnya, satu rakaman video yang didakwa membabitkan sebijik pisang tempatan dengan 2 bijik pisang dipercayai pisang asing, ditayangkan kepada media semalam. Pendedahan rakaman aksi terlampau 42 saat itu menjadi heboh dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas laporan mengenainya disiarkan di beberapa laman web.


Telan mati emak, nak ludah mati bapak
Cakap pun salah
Tak cakap salah
Serba salah (memang pun)
Tahi kambing bulat-bulat
Hidup serupa ulat
Terjerat di dalam batu
Tak senang duduk
Tak senang berdiri
Mandi bunga air jampi
Minta rezeki
Kita kawan-kawan
Tak mahu lawan

Pisang Panas - Resolusi
Pisang panas - Impian

Steadylah beb…

~ Nampaknya pisang hendak tak hendak terpaksalah menghapal ayat-ayat power..


from Kepong with love.. peace no war..
dunia sementara.. akhirat kekal abadi..

Antara nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya:
"Anakku, apabila datang kepada kamu dengan aduan bahawa si polan telah dicabutkan kedua-dua biji matanya dan kamu lihat dengan mata kepala sendiri bahawa kedua-dua biji matanya tercabut, namun janganlah kamu sampai kepada sesuatu kesimpulan sebelum kamu mendengar pihak yang lain. Tidak mustahil orang yang membuat aduan itu lah yang mula-mula mencabutkan mata orang lain, boleh jadi sebelum kehilangan kedua-dua biji matanya dia telah mencabutkan empat biji mata orang lain."

Firman Allah dalam Al Quran, mafhumnya ;
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."
An Nur ayat 4.