Friday, September 23, 2011

Msyt Nzmdn - bhg 3 (kkzri)

18 Sept 2011
5.30 pg - solat subuh aku di ground floor masjid.. diimami M Saad..
6 pg - bayan subuh oleh M Ahmad Lat.. aku naik ke tingkat 4 untuk dengar terjemahan melayu..


8.30 pg - sarapan untuk ahli mesyuarat di tingkat 5 iaitu tingkat bumbung yang dibumbungkan lagi.. Sarapan pagi ni agak luar biasa.. hampir-hampir menyebabkan semua pemakan atau pesarapan (betul ke bahasa cam ni?) terkujut.. nasi lemak sambal ikan bilis.. aku ulang.. nasi lemak sambal ikan bilis.. kenot imaging, kata orang terengganu.. menu yang sangat luar biasa di Delhi ni.. nasi guna beras India yang panjang pulak tu.. rizqun min Allah..

dan acara kemuncak bagi sarapan adalah pengechaian atau pun minum chai.. orang Malaysia memang biasa minum teh gelas besar.. jadi cawan-cawan teh India yang kecik tu terpaksa dipenuhkan sehingga dua kali.. tiga kali.. empat kali.. dan lima kali oleh mamat bermuka selambe (termasuk aku..).

dari bumbung masjid

10.00 pg - bacaan taklim fadhail

11.00 pg - M Saad dan hampir semua elders datang.. majlis karkuzari bermula..
Intro dari M Saad.. "kami anggap tuan-tuan adalah jemaah yang dikeluarkan dari masjid Banglewali dan sekarang telah pulang untuk memberi karkuzari.. walaupun tuan-tuan tinggal jauh dari Nizamudin, tapi fikir tuan-tuan sama seperti Nizamudin, maka tuan-tuan adalah dekat dengan Nizamudin.. tetapi jika tuan-tuan tinggal dekat dengan Nizamudin, tapi fikir tuan-tuan tak sama dengan Nizamudin, maka tuan-tuan sebenarnya jauh dari Nizamudin.."

~ karkuzari diberi dari markas-markas seluruh Malaysia yang hadir.. peningkatan amal-amal masjid, bilangan jemaah-jemaah yang keluar serta bilangan karkun aktif / tak aktif.. wakil-wakil markas berdiri di depan dan baca setiap karkuzari diselangi dengan pertanyaan dari elders.. kemudian elders akan memberi ulasan..

~antara ulasan yang aku sempat catit..
  • jur masturat untuk yang berpengalaman 10 hari ke atas.. tashkil yang 10 / 15 hari untuk keluar 40 hari IPB.. tashkil yang 40 hari IPB untuk 2 bulan luar negara..
  • jumpa orang di luar masjid dan bawa ke masjid supaya dapat suasana amal masjid..
  • taklim harian guna kitab fadhail & muntakhab hadith..
  • sangat kurang orang Malaysia yang datang untuk khidmat 2 bulan di Nizamudin..
  • dari jumlah orang yang pernah keluar, jumlah yang tidak aktif sangat banyak.. oleh itu, seperti mana usaha yang banyak untuk orang-orang baru keluar, maka sebanyak itu juga usaha supaya yang pernah keluar dapat jaga cillah tahunan.. satu kerugian yang besar bila orang yang pernah keluar tidak dapat jaga nisab.. 
  • maulana Saad kata maksud AKTIF adalah yang dapat jaga nisab.. yang tak keluar nisab dikira TIDAK AKTIF..
  • bilangan masturat ke negara jauh sangat kurang kerana kurang fikir atas perkara itu..
  • perlu datang ke malam sabguzari dengan ahli jemaah masjid masing-masing secara sempurna.. balik dengan fikir untuk bawa jemaah tunai 4 bulan / 40 hari minggu depan.. orang-orang lama kena hubungkan diri dengan malam sabguzari untuk dapatkan makanan rohani.. orang-orang awam dihubungkan dengan amalan masjid di tempat kita..
  • setiap masjid perlu dihidupkan amalan dakwah, taklim dan istiqbal.. tidak semestinya hanya masjid ada 5 amal saja yang buat..
  • usaha dibuat di satu-satu masjid sehingga hidup amal di sana.. bukan setakat 3 hari.. perlu tambah masa.. gash 2, 2 1/2 jam dan sebagainya.. tiada tertib berapa had masa nak buat usaha di satu tempat..
  • orang Malaysia kurang fikir dan usaha untuk pelajar.. kena libatkan semua pelajar menengah, kolej dan IPT dalam usaha harian..
  • ambil masa dari semua orang.. jika tidak dunia akan ambil masa mereka..
  • kita kena istighfar dan taubat.. kena tengok berapa banyak lagi takaza yang belum dapat disempurnakan dan takaza yang perlu dibuat..
~karkuzari tamat pada jam 12.30 tgh.. kemudian disambung dari jam 3.15 ptg sehingga 4 ptg.. dan disambung lagi selepas maghrib, 7.15 - 8.30 mlm..

dari tingkap..
~kekurangan dan kesilapan dari catatan ringkas aku di atas, aku minta maaf.. dari raut wajah para elders menunjukkan ketidak gembiraan mereka terhadap karkuzari Malaysia.. sehingga selepas waktu Asar aku dapat merasai masjid Banglewali bergoyang.. ya.. himalaya telah bergoncang.. bumi telah bergegar!
{berita gempa di sini}

~semoga Allah ampun kita dan seluruh umat Islam..

10.15 mlm solat isyak dan hayatus sahabah oleh M Saad..


~ BERSAMBUNG PADA BAHAGIAN 4 DI SINI ~




14 comments:

  1. jumpa orang di luar masjid dan bawa ke masjid supaya dapat suasana amal masjid..

    - azam azammmmmmm!!!

    ReplyDelete
  2. usaha atas student kne ikram je.. bg makan settle..ha3

    ReplyDelete
  3. JAzakallahukhair..azam untuk istiqamah nisab dan amal

    ReplyDelete
  4. Azam untuk jaga nisab dengan istiqamah setiap tahun dan jaga amal makami.

    ReplyDelete
  5. kat Nizamuddin sekarang? ALhamdulillah.

    akak alhamdulillah semakin kerap dengar radio islam nusantara tu. alternatif terbaik dari channel yg ada kat radio. boleh tanya nama ustaz yg bagi kuliah 3pm Jumaat 23/9/11? kat rancangan radio tak ada plak nama ustaz yg bagi kuliah. (maaf soklan tak de kaitan langsung dgn entri di atas).

    ReplyDelete
  6. Dr. Ben;
    mari azam berazam..

    Hidayatullah;
    bagi makan ek.. betuull..

    DrAzmier;
    semoga Allah mudahkan..

    Kerani Masjid Al-Falah USJ 9;
    aminn..

    Naqhuhines;
    dah balik.. RIN tu saya tak tahu.. kena email penerbitnya..

    ReplyDelete
  7. Dah 10x sy ulang baca bab makan nasi lemak sambal ikan bilis kt Nizamuddin.

    kennot bilif it. imposibel2..

    Bat nating imposibel in Nizamuddin. Kuasa Allah..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.... Nasi lemak di Nizamuddin.....

    ReplyDelete
  9. Bila baca karguzari ini masyaallah teringatlah elders kat Nizamudin dan usaha mereka yang mirip sahabat,kata-kata mereka menghidupkan jiwa dan memberi kekuatan untuk beramal dan terasa akan kekerdilan yang teramat-amat sangat diri saya tidak membuat apa-apa untuk usaha ugama yang mulia ini

    ReplyDelete
  10. mhafiz_ydin;
    100 kali baca pun masih tak sama dengan menikmati sesuap nasi lemak tersebut..

    Tamindhari;
    khas untuk orang Malaysia..

    Tn Hj Musa;
    memandang muka mereka saja, hati dah bergetar..

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah kakuzari abg ttg msyrt nzamuddin menusuk jiwa...
    Ya allah limpahkan kebaikan keatas org2 tua kami (nizamuddin, raiwind n kakrail) dunia n akhirat.. ameen

    ReplyDelete
  12. Ibnu Hatari;
    semoga Allah merahmati mereka dan kita semua..

    ReplyDelete
  13. Dapat terbayangkan kegegaran rasa kecewa elders atas usaha kat M'sia yg banyak byk kelemahan ni...buat usaha main2 x sungguh2 byk fikir dunia..buat dgn tubuh tapi hati & jiwa jauh dari Allah...mcmna nak jadi magnet tarik manusia dkt dgn Allah kalau yg menarik itu kuasa magnetnya pun kurang/takde.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...

Testimoni Penyimpan Emas

Dikongsikan di sini beberapa testimoni para penyimpan emas. Semoga bermanfaat. Pengalaman penulis sendiri cagar emas untuk keluar bertabligh...