Wednesday, July 27, 2011

3 Hari Masturat

Sabtu lepas keluar 3 hari masturat.. Kg Bandar Dalam kat Gombak.. jemaah kami 6 pasang.. Alhamdulillah, semua amal berjalan lancar.. ahli² jemaah satu hati dan nusrah karkun tempatan pun ok.. orang kampung pun nampak dah biasa sangat dengan kehadiran jemaah..



"Surau kat sini dah berusia lebih 100 tahun" kata seorang pakcik kepada kami pada masa mula² kami sampai..

"Saya bukan lah pandai atau apa.. Tapi pada firasat saya.. 100 tahun lagi pakcik pun dah tak de kat surau ni.." kata seorang ahli jemaah kat pakcik tu tapi di belakangnya..

Hari pertama surau ada buat kenduri menyambut Ramadhan.. lepas Maghrib baca Yaasin dan lepas Isyak ada  kambing bakar.. apa lagi.. mengambing la semua.. Habis makan ada deklamasi sajak pulak oleh Pak A Samad Said & the gang di ruang bawah surau.. Aku yang memang tak minat sajak menyajak atau pajak memajak ni hanya melajakkan diri di atas bedding..

"terlajak perahu boleh diundur.. terlajak bedding lelap padahnya.."

surau yang hijau di bumbung dan di luarnya..

tetapi kuning di dalamnya..

Hari kedua biasa² aje.. masturat pun happy je dalam suasana dakwah, taklim, ibadat & khidmat..

Hari ketiga tangguh sebelum maghrib.. lepas hantar isteri ke rumah, aku iktikaf kat masjid.. belajar² nak cukupkan masa 72jam.. semoga Allah pilih lagi aku & isteri untuk keluar di jalan Allah dengan istiqomah dan masa yang lebih panjang.. amin..

burung sape lak ni?
aku tinggal kat greenwood, gombak
dari lahir sampai umur 5½ tahun..



8 comments:

  1. melajakkan diri atas bedding, mmg ramai yg minat.. (",)

    keluar jalan Allah, macam2 masjid dapat pergi.. setiap masjid dengan kenangan tersendiri.. seronok bila dapat pergi masjid yg sama di waktu yg lain.. dapat mengimbau kenangan lama.. (",)

    ReplyDelete
  2. aku azam kluar masturat 40hari negara jiran cuti sek ni. Tadi kat markas taskel sorang member utk join kluar masturat...dia jawab "kerana selalu usaha atas masturat menyebabkan aku tak boleh keluar masturat". sambung member tu lagi "kalau nak keluar masturat jgn selalu usaha atas masturat"...aku tak paham (lambat pick up)... malam ni dah nak masuk tidor ni baru aku paham...."usaha atas masturat boleh menghalang kita keluar masturat selama 2 tahun..."

    ReplyDelete
  3. amirsab, gambar yg ke-2 tu mcm da edit je..hr tu pergi xde mcm tu pn..haha

    xsangka jmp tuan di surau tu..semoga Allah pilih saya juga untuk buat usaha masturat......scepat mungkin...

    ReplyDelete
  4. fuad ansari;
    tu namanya lajakkan paradigma..

    dan menjadi 'cinta kenangan silam' kalau diputus keluar di surau tpt first tima klr 3 hari..

    Dr. Ben;
    insyaAllah..

    Tamindhari;
    asbab usaha atas masturat lah isteri aku skrg berbadan dua..

    Alfarisi;
    tu gambar imaginasi penulis blog utk menyuratkan apa yg tersirat..
    (tapi aku bukan amir sab..)

    ReplyDelete
  5. INSYA ALLAH akan di doakan untuk dr. sab INSYA ALLAH.

    Orang islam gak, masih ada peluang untuk dapat RahmatNYA INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  6. aku suka ngn tamsilan ini..psai wrna tu..cepat saja aku memahaminya..

    ReplyDelete
  7. hainur hapis;
    uikss??

    Anak Pendang Sekeluarga;
    cepat dan betul..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...