Monday, June 13, 2011

Berbulu Dada




bukan aku..
*tambahan pd 14 Jun @ 4.30ptg;


    • Mohd Shahrizan baru2 ni ada perhimpunan ulamak di madrasah tn. guru hj Ibrahim bongek..+-30 ulamak dari N9 telah datang..mereka semua amat menyokong dengan dakwah yang telah diusahakan di malaysia.. mereka akan mendoakan agar usaha ini akan di amkan seluruh alam..jadi kita tak yah risau dengan ulamak2 suk yang band jemaah.. jzk




23 comments:

  1. aku rasa aku pernah komen pasal nie dalam n3 hang yg lepas2.....

    ReplyDelete
  2. bulu2 di dada tu pastikan sahih jugak... kalau tak, nanti ada pulak puak-puak yg pertikai palsu, dhaif, terlalu lebat, terlalu pendek, tak mutawatir, tertolak, tak disahihkan ulama mereka, terputus sanad... dan macam2 lagi.
    kesian bulu dada tu nanti kena pertikai..
    ha ha ha

    (komen ni merujuk kpd bulu dada shj bukan kpd lain.. ha ha ha)

    ReplyDelete
  3. Abu Abdurrahman;
    komen lagi dan lagi..

    Ziarah76;
    bulu dada yg terputus sanad x jadi masalah sbb ia akan jatuh ke bumi & menjadi tanah.. cuma bulu hidung yg terjuntai klr dari hidung yg menjadi berbincangan..

    ReplyDelete
  4. ironinya..
    yang baca kitab fadhail amal yg sy lihat selalu berada di masjid..

    yang baca kitab fadhail amal yg mampu buat perhimpunan yg besar(ijtimak) yakni kedua terbesar selepas perhimpunan haji...

    apa yang penting adalah dapat amal agama (lagipun fadhail amal tidak melibatkan hukum hakam).. amal agama adalah usaha mencari redha Allah..redha Allah balasannya syurga.. (",)

    ReplyDelete
  5. aik? napa dia suh tukar ke sahih bukhari? bukan ulama derang syeikh al-albani kata ada hadis dhoif ke dalam tu pasal sahabat umpama bintang2? kompius.

    ReplyDelete
  6. eh sori dah ada org btau kat atas. ingatkan xder tadi. hee~

    ReplyDelete
  7. 4 bulan, 40 hari, 3hari adalah bidaah bagi depa...

    ada ustaz depa kata, keluar 3 hari ke India akan menjejaskan ekonomi orang Islam, mengkayakan India. Masalahnya, dari mana dia dapat info 3 hari ke India? 3 Hari di halqah sendiri je ler...
    Fitnah sungguhh...

    ReplyDelete
  8. gambar lelaki x berbaju tue aurat.....

    ReplyDelete
  9. misinformed and misguided... dulu kita pun camtu. Doa je la...

    ReplyDelete
  10. urm,kalo hadith di shahih oleh syiekh albani,dalam salsilah wal shahihah,mungkin ustaz tu x brani ckp manyak...

    ReplyDelete
  11. fuad ansari;
    dan ironinya.. byk yg klr bironi dan balik buat makami..

    HijabRockers;
    dah terlepas dari hijab..

    Ziarah76;
    tengok hindustn x mengkayakan India pulak..

    Abu Abdurrahman;
    ok tuan.. aurat tlh ditutup.. kalau nak smprna lagi pinjam kain sarung..

    Dr. Ben;
    & missuniverse.. huaa..

    Anak Pendang Sekeluarga;
    kalau dr alban juga mungkin x de masalah..

    ReplyDelete
  12. salam,
    sorry lari dari topik-saye bru blik dri jhor old worker di melbourne,Amir jemaah pakistan bgtau klu saye xslap, maulana saad ckp hidayat umumi makin dan sangat dekat so kite kene tambah korban lagi.

    ReplyDelete
  13. semua hadis2 dalam fadhail amal tu molana Zakariyya r.a bawa hadis2 dan beliau telah bentangkan sanad2 serta dari mana datangnya hadis2 tersebut. jika molana Zakariyya r.a tak bentangkan sanad2 hadis maka kita tak akan kedengaran suara2 sumbang kritik tentang fadhail amal dan ramai juga yang tak tau status setiap hadis fadhail amal kan? jadi siapakah yang perlu di kritik disini? Si pengkritik2 fadhail amal ke syeikh molana Zakariyya? Mana2 individu yang ingin mengkritik fadhail amal di nasihatkan supaya anda betul2 mahir tentang ilmu hadis. Jika tidak maka anda sama sekali tidak layak mengkritik mana2 ulama yang mengarang kitab. Dalam kitab ihya ulumudin pun ramai yang tak tau sanad hadisnya, dan kita tak pernah pun dengar orang kritik sedangkan didalamnya juga ada hadis2 yang dhaif. begitu juga kitab2 yang lain kan..kan.. Kesimpulannya ilmu si pengkritik2 ini sebenarnya bukan ada pun tapi bila mereka baca fadhail amal dan di bawah ada molana Zakariyaa yang bentangkan sanad2, maka dengan kejahilan pengkritik2 ini mereka pun bersuara yang begitu sumbang. Dinasihat lagi anda yang mengkritik ulama2 yang banyak berjasa kepada agama agar bertaubat segera.. Wallahu 'alaam..

    ReplyDelete
  14. mereka memandang rendah kepada maulana muhammad zakaria rah. hanya kerana beliau adalah ajam bukan arab....dalam Quran ada sebut, yg termulia disisi ALLAH swt adalah adalah kerana taqwanya....imam bukhari rah., imam tirmizi rah dan lain-lain imam kebanyakan mereka adalah ajam bukan arab....mereka-mereka ini bila lihat agama kurang dalam diri umat maka mereka akan menangis mengalirkan air mata....

    ReplyDelete
  15. Imam bukhari rah. juga ada memuatkan hadis yg sanadnya dhaif maqbul dalam kitab "AL-ADAB AL MUFRAD"....kita kena faham kenapa Imam Bukhari karang Kitab Jame' Sahih Bukhari dan kenapa beliau juga mengarang Kitab Adabul Mufrad...Imam bukhari rah tidak masukkan hadis dhaif dalam Sahih Bukhari kerana nama kitab itu sahih bukhari....kitam imam tirmizi rah tajuk kitab adalah kitab sunan tirmzi bukan sahih tirmizi....setiap muhaddisthin mengarang kitab-kitab mereka atas maksud dan tujuan tertentu dan setiap kitab ada keistimewaannya yg tertentu...

    Ini adalah antara penerangan dari alim ulama yang saya dengar ketika saya duduk dalam majlis mereka.....

    *Hadis palsu dalam kitab Fadhail Amal adalah fitnah dan penipuan...

    ReplyDelete
  16. Kitab Fadhail ini dikarang oleh Maulana Muhammad Zakaria rah. adalah atas maksud dakwah utk membawa umat secara umum kepada amalan-amalan agama yg penting dalam agama tp telah diabaikan atau dicuai-cuaikan oleh umat secara amnya....kitab ini bukan dikarang utk mengeluarkan hukum-hakam...namanya pun "FADHAIL AMAL",utk dibaca oleh setiap imam-imam dimasjid dan surau mereka supaya ihtisab imat islam kepada perintah2 ALLAH swt makin meningkat.....dan kitab ini telah disyarahkan oleh hadrat Maulana sendiri yg mana syarahannya itu adalah utk level org awam (level yg mana org asli pun boleh faham)....kitab ini digunakan utk usaha dakwah...ilmu berkenaan dosa pahala telah diabaikan oleh umat..akibatnya...keyakinan pd dosa pahala makin kurang....takut dan harap pd ALLAH swt makin kurang.....kemalasan dlm ketaatan pd ALLAH swt akan berleluasa.....masalah hadis dhaif dlm kitab nie yg dibahaskan.....sebenarnya x de masalah sebab kitab tue FADHAIL AMAL.....semua alim ulama yg hak & faqih dlm ilmu agama x de masalah dlm perkara nie......

    Org hanya nampak FADHAIL AMAL je...tanpa megenali Sheikh Zakaria rah. mereka terus buat kesimpulan level FADHAIL je ilmu Sheikh nie......padahal bila para alim lihat pada kitab syarah muaata imam malik yg di karang oleh beliau sebanyak 15 jilid..semua mereka mengakui ketinggian ilmu hadis beliau....

    Anda kenal Sheikh Syed Muhammad Alwi al maliki (semoga ALLAH swt merahmati beliau), beliau adalah antara anak murid Sheikh Muhammad Zakaria rah.....

    Oleh itu, teruskan amalan membaca kitab FAHDAIL AMAL dimasjid2 n di rumah2 anda dan usahakanlah supaya setiap rumah org islam hidup dgn amalan ini........ALLAH swt dan RASUL saw lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  17. ingatkan cerita pasal bulu dada..rupanya berlapang dada.. baru nak sengih2 sikit.. =)

    ReplyDelete
  18. Assalaamu`alaikum warahmatullah.
    Saya harap tuan jangan emosi sangat dengan menuduh ustaz itu wahabi. Tuan tahu kah apa itu wahabi? Ramai orang atau ustaz sekali pun bawa fitnah dengan menuduh orang itu orang ini wahabi bila fahamannya berlainan tapi hakikatnya mereka tak tahu apa itu wahabi. Maulana Abul Hasan Ali An Nadwi rahimahullah, salah seorang penyokong kuat tabligh dan juga rakan maulana Zakaria rahimahullah menulis satu buku yang tebal mengenai Muhammad Abdul Wahab yang mana beliau memuji dakwah Muhammah Abdul Wahab.

    Ustaz itu mungkin salah dalam penilaiannya atau mungkin dia anti tabligh. Hal ini tak pelik. Orang yang anti boleh kata macam2 terhadap kitab fadhailil a`amal, sama lah juga dengan kita yang suka kepada jamaah tabligh, apabila orang kata macam2 kepada kitab karangan maulana Zakaria kita melentin dan tuduh dia wahabi. Sama2 kita berdoa agar ALLAH membuka pintu hatinya.

    Kitab Ihya memang mengandungi hadith2 dhaif dan tidak diketahui asalnya. Ini bukan pendapat wahabi tapi pendapat al `Iraqi. Dia telah mengkaji kitab ihya dan mentakhrijkan hadith2 didalamnya. Walaupun ada hadith2 dhaif dan tak diketahui asal usulnya namun begitu kitab ihya tidak berkurang nilainya. al~Iraqi sendiri dan ulama lain juga tidak mengkritik isi kandungan Ihya tapi yang dikritik hanyalah hadith2 yang dimuatkan dalam kitab itu. Imam Ghazali tetap dipandang tinggi disisi mereka dann merupakan kitab yang sangat bernilai untuyk memahami agama dan menjinakkan hati pembaca agar kembali kepada ALLAH. Sebab itulah ramai ulama yang meringkaskan kitab Ihya dengan hanya memuatkan hadith2 yang masyhur.

    Ulama hadith juga ada manhaj yang tersendiri. Ada hadith yang dianggap palsu disisi setengah ulama mengikut kajiannya tetapi disisi ulama lain pula hadith itu bertaraf dhaif. Ulama yang menerangkan tentang `illah, jarh wat ta`dil juga berlainan manhaj dalam menilai sesebuah hadith. Oleh itu lebih baik kita jangan cepat mengatakan sesebuah hadith itu maudhu` kerana mungkin disisi ulama jarh wat ta`dil hadith itu dhaif.

    Saya secara peribadi telah pun bertemu dan bersalam dengan maulana Zakaria sewaktu belajar di Madinah dahulu. Alhamdulillah rasa sejuk hati dapat bersalam dengan shaikhul Muhaddith. Namun begitu rugi rasanya tak dapat bercakap dan minta beliau ndoakan saya. Orang terlalu ramai nak bersalaman dengan beliau yang ketika itu selepas solat `isya dan beliau yang penglihatannya mungkin kabur ketika itu dikerumuni orang ramai untuk bersalam dengannya. Semoga ALLAH merahmatinya. Aamin. Wallaahu aa`lam

    ReplyDelete
  19. naasiha almadani;
    w'salam.. aku mintak maaf sebab silap.. kalau bukan x pe lah..

    ReplyDelete
  20. Hadis sahih dah banyak ku temui tapi amalanku masih belum sahih2 lagi..

    Singgahla blog saya http://deennar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. hadist palsu menurut syarat wahabi... bukan jumhur ulamak hadist.. yg berkata ust ex-u bukan muhadisin ada sejuta kali hadist dalam kepala otaknya..

    ReplyDelete
  22. hadist palsu menurut syarat wahabi... bukan jumhur ulamak hadist.. yg berkata ust ex-u bukan muhadisin ada sejuta kali hadist dalam kepala otaknya..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...