Thursday, March 10, 2011

Bangladesh? Cer Citer Cer Citer..

Kengkawan; "Citer la pasal ko kat Bangladesh 2 bulan tuh.."

Aku; "Alaa.. malas ahh.."

Kengkawan; "Citer la sket.."

Aku; "Enjit-enjit semut.. sapa sakit naik atas.."

***************

04 Jan 2011
3.15ptg; aku meninggalkan dunia rumah dengan muka kontrol hensem.. Ahlia aku yang hantar ke masjd Sri Petaling..

05 Jan 2011
10pg; bayan hidayat, musafahah dengan syura Malaysia & ambik perca.. Aku berdua je ngan PakCu Bentong yang nak ke Bangladesh.. Orang lain nak keluar ke tempat lain..

06 Jan 2011
11pg; kami dihantar oleh encik Syuk ke LCCT dengan KIA Karnival..  macam la kami ni 5-6 orang.. tima kacih la banyak2 wahai encik Syuk.. Semoga Allah beri tuan kenderaan yang lebih baik di jannah..

encik Syuk
1.45ptg; kalau zaman Nabi Musa jalan dalam laut, zaman sahabat jalan atas laut.. Tapi umat akhir zaman Allah beri kelebihan terbang atas awan.. Ni semua kuasa Allah..

siap ada makan lagi..

4.10ptg waktu Bangla (6.10ptg waktu Malaysia); sampai Dhaka. Terus disambut oleh istiqbal tempatan dan dibawa ke masjid istiqbal. Dijamu dengan nasi putih dengan ikan patin goreng & sayur terung. Lepas Maghrib dihantar ke markas di Kakrail dengan satu bas bersama jemaah dari Mesir.

7 & 8 Jan 2011
ikut program markas. Yang best tu dapat minum teh panas & makan roti kepala lutut sebelum solat Subuh & Asar.

9 - 19 Jan 2011
Keluar tashkil pertama. 10km je dari markas. Jemaah kami 4 org Malaysia, 6 org Indonesia (Aceh Selatan) & 4 org Bangladesh. Suhu malam turun hingga 14'C & siang 18'C. Masa ni baru best kalau nyanyi lagu seruan lefhanded.. "gigil.. menggigil aku.. ku dengar suara kebesaran.." Menggigil sebab nak ambik wuduk waktu subuh..

'van' yang diparking di tepi masjid..
roadtax dah renew ke?
Buat usaha di 4 buah masjid sahaja. Alhamdulillah jemaah satu hati berkat dari usaha cara Nabi, walaupun berlainan negeri & bangsa..

20 - 23 Jan 2011
Ke ijtimak Tongi.. x yah citer la.. nak tau bayan apa, boleh beli buku ijtimak Tongi 2011 kat masjid Sri Petaling. Gambar2 pun dah banyak kat internet.. Yang penting aku dapat tengok umat ni dapat disatukan hati, fikir & kerjanya HANYA dengan perantaraan kerja yang pernah dibuat oleh Nabi SAW. Kat akhirat nanti, setiap orang akan dibangkitkan bersama orang yang dia ikut..

barang2 aku
Aku jugak sempat solat jenazah untuk Hj Abu Bakar Mansor. Jenazah dibawa ke medan ijtimak & disolatkan selepas solat Zohor oleh 1 atau 2 juta orang pada hari penutup ijtimak.. Jenazah dikebumikan diperkuburan dalam kawasan ijtimak..

khemah foreign
24 Jan 2011
Keluar tashkil kedua. Maksimum tashkil kat Bangladesh ni 25 hari je sekali tashkil. Bila aku tanya kenapa? Diorang jawab "awak tak boleh tahan keluar lama2 di Bangladesh. Bila sudah habis 25 hari, balik Kakrail.. rehat2, dengar bayan, minum teh.. baru tashkil keluar lagi..". Iye ke x boleh tahan?

Lepas zohor, tinggalkan medan ijtimak. Jemaah kami 6 orang Malaysia & 3 orang Bangladesh.. Route diputus ke Panchagarh di utara Bangladesh.. kira2 500km dari Dhaka.. Mesyuarat putus naik train. Dalam otak aku ingat train macam kat India.. ok la.. Train yang dalam jadual patut datang jam 4ptg, akhirnya datang jam 10 malam.. Kena berebut pulak tu.. dah la aku dengan beg besar gedabak, bedding & kelambu senapang..

A = Dhaka, B = Panchagarh

Setelah puas tolak menolak & segala tenaga dalaman & cakura aku gunakan, dapat jugak aku masuk & berdiri dalam gerabak.. seat  ntah kemana.. Rahaba Bangladesh yang 3 orang tu bersusah payah menghalau makhluk2 yang duduk kat seat kami dan setelah beberapa orang dipijak tengkuk kerana disangka berpenyakit sawan, dapatlah kami menikmati kegianan kebahagiaan duduk di seat bernombor sama dengan nombor yang tertera di tiket train kami..

25 Jan 2011
10 pg; sampai.. tapi bukan ke Panchagarh.. sampai ke Dinajpur aje.. laa.. kena naik bas pulak..

yealo incik.. chow kit ada pigi ka? 
12.30tgh; naik bas. Pecut tahap gaban.. ntah apa yang dikejar, tak tau la.. Tengah aku mamai2 tengok aweks  pemandangan di luar tingkap bas, tiba2 ada satu bunyi letupan yang kuat.. POM.. (Cuba bunyikan ramai2.. POM.. ahh.. tak cukup kuat.. kuat lagi.. POM.. kuat lagi.. POM.. haa.. cam tu la..). Rupanya tayar bas meletup.. aku ingatkan kena serang hendap tadi.. Kenalah berenti kejap tukar tayar..

3.30ptg; sampai di markas Panchagarh.. sejuk la pulak bila masuk waktu Asar..

markas Panchagarh
7.30mlm; Isyak.. kesejukan bertambah. Adalah 14'C.. masjid pun bukannya ada karpet.. tingkap & pintu pun jenis tak leh tutup sempurna.. Simen pulak alas ngan kain sejadah je..

Lepas makan.. semua cepat2 tidur.. letih.. lepak.. capek.. paeng.. semua ada..

11.35mlm; kedengaran satu bunyi kat luar masjid.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. kreeeeekkk... krooook.. Hahhh.. bunyi apa lak tu? Pehh..

InsyaAllah bersambung pada entri yang akan datang.. tata titi tutu..



13 comments:

  1. Baca sampy pecah perut.. hahaha...

    InsyaAllah pengorbanan dibalas ganjaran yang besar disisi Allah.. mudah-mudahan jadi asbab hidayat diri dan ummat..

    ReplyDelete
  2. azhar...sampai hati ko pijak tengkuk derang..ish ish ish :p

    sori x dpt sembang lama..aku ingat nak ajak mkn (sambil mendengar karkuzari bangla,ha hah)..tp tafakud masturat lama la plak sbb byk jemaah..

    mujur la semalam aku tgk muka ko x kuning..sbb terlebih mkn kunyit kat sana :p

    ReplyDelete
  3. sahabat punya pergorbanan kita tak boleh challenge walaupun kita syahid jalan ALLAH swt beribu2 kali.....apa yg kita buat x de apa2...kita tgh belajar jihad, tp sahabah telah berjihad di jalan ALLAH swt.....

    ReplyDelete
  4. Dalam susah payah ada kemanisan..

    Moga tuan beroleh iman mujahadah.. Iman yang mampu mendatangkan kepada amal walau dalam suasana apa sekalipun.. doakan sy dan seluruh ummat juga je.. Terkadang-kadang satu perkara itu berlaku asbab doa seseorang yang kita tidak tau doa siapakah yang dimakbulkan oleh Allah..(",)

    ReplyDelete
  5. dah masuk 7 kaki dalam baru ALLAH tunjuk apa makna pengorbanan. Hanya mereka yang terlibat dgn usaha susah payah ini sahaja yg akan ALLAH bantu nanti ..

    ReplyDelete
  6. tahniah atas pilihan Allah, bar.. bar..

    ReplyDelete
  7. Assalammulaikom wtb tuan mulia. subhanaAllah kakuzari Bangla. Macam kenal je driver di atas sekali tu. SubhanaAllah.

    Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah (jemaah Taskil SP) Haji Abu Bakar.

    -al Fatihah-

    ReplyDelete
  8. masyaAllah...
    gembira pon ada, jeles pon ada dgr karkuzari org yg dipilih oleh Allah untuk wat usaha ni..moga2 kita semua kekal dalam hidayahnya n dapat kekuatan untuk terus amal sunnah baginda saw...

    ReplyDelete
  9. mhafiz_ydin;
    biar pecah di perut, jangan pecah dibontot..

    syuk;
    setakat ni gigi je yang kuning..

    Abu Abdurrahman;
    bila letak sahabat kat depan, baru rasa kita x de pape..

    fuad ansari;
    selalu2 le doa untuk aku..

    jakionline inc;
    satu hari akan sampai masa masuk ke 7 kaki dalam.. uhh..

    ismadiyusuf;
    kur.. kur..

    مسافر_اسلام ;
    w'salam.. ehh.. salah org kut.. yg jmh tashkil KL tu Hj Roslan.. meninggal kat Yamen..

    Husaini;
    gemles lah tu.. maknanya gembira campur jeles..

    ReplyDelete
  10. syeikh,
    Arwah tu ialah Hj Abu Bakar Mansor awalin tu ka?
    last nampak dia masa ijtimak nilai dulu.

    al-fatihah

    ReplyDelete
  11. Abang Ben;
    masukkan sikit intro.. (head bangin..)
    "jeles.. jeles.. huarghhh.."

    Ziarah76;
    ya tuan.. kebumi di tanah ijtimak..

    ReplyDelete
  12. first time sy kluar 4bulan, tasykil kat bangladesh pergi kat panchagar... dah 10 tahun dahhhh...
    harap2 ALLAH pilih lagi nak kluar kat sana....

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...