Thursday, November 25, 2010

No Dakwah, Iman Problem..

Usaha dakwah begitu penting untuk bentuk yakin manusia kepada Allah. Perlu bawa cara agama dalam dakwah. Tanpa dakwah, keyakinan kepada makhluk tidak akan keluar dari hati manusia. Tanpa dakwah, amal agama hanyalah kerana;
  1. halad; masalah dalam hidup. Contohnya seorang yang kerugian dalam bisnes. jadi untuk selesai masalah, dia mula amal agama. Bila masalah selesai (perniagaan kembali maju), amalan agama pun ditinggalkan...
  2. adat; orang bersunat dia bersunat, orang nikah dia nikah, orang solat jenazah dia solat jenazah...
  3. mahol; suasana. ramai2 ke masjid untuk solat raya, ramai2 baca quran bulan Ramadhan, gotong royong sembelih lembu..
  4. siasah; (yang ni kena pikir sendiri..)
Wallahua'lam.

*aku sendiri bila malas buat dakwah, terasa macam terlibat dalam 4 perkara kat atas.

***********************

InsyaAllah, aku & isteri akan keluar 10 hari masturat ke Limbang. Bayan hidayat 26 November, lepas Asar. Flight ke Limbang pada 27 November, 8 pagi.

Bunyi macam simple kan? Alaa.. 10 hari je.. Sebenarnya banyak benda nak dipikirkan.. anak2 nak letak mana.. bisnes kena stop kejap.. bajet pun bole tahan.. ditambah pulak, bini aku dah start 'cuti' sehari dua nih..

Tapi kan.. sebenarnya mudah bagi Allah.. Aku je rasa berat.. Tolong doa untuk kami ek..

Bandar Limbang

Peta Limbang

MAS Wings dari Miri ke Limbang
Lim Bang.
Tiada kena mengena dgn entri ni..