Thursday, November 25, 2010

No Dakwah, Iman Problem..

Usaha dakwah begitu penting untuk bentuk yakin manusia kepada Allah. Perlu bawa cara agama dalam dakwah. Tanpa dakwah, keyakinan kepada makhluk tidak akan keluar dari hati manusia. Tanpa dakwah, amal agama hanyalah kerana;
  1. halad; masalah dalam hidup. Contohnya seorang yang kerugian dalam bisnes. jadi untuk selesai masalah, dia mula amal agama. Bila masalah selesai (perniagaan kembali maju), amalan agama pun ditinggalkan...
  2. adat; orang bersunat dia bersunat, orang nikah dia nikah, orang solat jenazah dia solat jenazah...
  3. mahol; suasana. ramai2 ke masjid untuk solat raya, ramai2 baca quran bulan Ramadhan, gotong royong sembelih lembu..
  4. siasah; (yang ni kena pikir sendiri..)
Wallahua'lam.

*aku sendiri bila malas buat dakwah, terasa macam terlibat dalam 4 perkara kat atas.

***********************

InsyaAllah, aku & isteri akan keluar 10 hari masturat ke Limbang. Bayan hidayat 26 November, lepas Asar. Flight ke Limbang pada 27 November, 8 pagi.

Bunyi macam simple kan? Alaa.. 10 hari je.. Sebenarnya banyak benda nak dipikirkan.. anak2 nak letak mana.. bisnes kena stop kejap.. bajet pun bole tahan.. ditambah pulak, bini aku dah start 'cuti' sehari dua nih..

Tapi kan.. sebenarnya mudah bagi Allah.. Aku je rasa berat.. Tolong doa untuk kami ek..

Bandar Limbang

Peta Limbang

MAS Wings dari Miri ke Limbang
Lim Bang.
Tiada kena mengena dgn entri ni..




13 comments:

  1. Aku paling suka gambar yang akhir...

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha agama tuan dipermudahkan.Amin.

    ReplyDelete
  3. Hasbullah Salih;
    Copy la gambar tu.. boleh buat profile picture..

    Azemi Ali;
    Amin.. Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah mudahkan segalanya :)

    ReplyDelete
  5. salam azhar, semoga berjaya usaha anta...

    - Ust Mizul

    ReplyDelete
  6. keluar2 tu.. doakan saya supaya Allah bagi taufiq untuk istiqamah. rasa macam dah nak sejuk beku ni. sesejuk musim sejuk kat sini. nauzubillah...

    ReplyDelete
  7. Limbang....tempat kamek dilahirkan sebab mak kamek dari sebelah Melayu Brunei-Miri. Bagaimana agaknya ye rupa Limbang sekarang, paling akhir jejak kaki kesitu pada tahun 1974...

    Semoga Allah mudahkan perjalanan kitak semua, Azhar dan ahlu-Azhar serta jamaat dan dijadikan asbab hidayat.

    Molah kerja dakwah, mikik iman dan amal... buat kerja dakwah, baiki iman dan amal...

    ReplyDelete
  8. orang limbag rupanya tuan zarch, bini kamek orang limbang juak, indak hal, semoga biskita syiok di limbang karang,
    aku nunggu kitak di limbang kelak bah...

    ReplyDelete
  9. Moga dipermudahkan segala urusan.. Baru tahu rupanya Limbang ni dekat sangat dah dgn Brunei.

    ReplyDelete
  10. aha..ismadiyusuf pun biasa keLimbang, kamek lupa madah melayu Sarawak, dibesarkan diIpoh. Nenek perempuan kamek, Cina Muslim dari Miri manakala atuk kamek, Melayu-Brunei. Insyaallah niat ke sinun bah. Sikboh lupa ikhram Azhar dan jemaahnya nanti bila diLimbang ok.. he..he

    Ari marek , kinektok dan ari dudi...gilak penting usaha atas iman.. (kelmarin, sekarang dan hari kemudian...sangat penting usaha atas iman)

    ReplyDelete
  11. bro..doakan aku..nak kuar masturat 40h plak next year..ahlia nak amek lesen besar!

    ReplyDelete
  12. iqbalsyarie;
    jazakallah..

    U-HAH;
    terima kasih ustaz..

    wohaulalayoya;
    ya Allah.. hidayat..

    amirhailmi;
    pegi cari heater..

    zarch;
    patut le muke tuan x de grupe org perok.. cutting sabah/miri.. keturunan brunei rupanya.. Allah kuasa..

    ismadiyusuf;
    terima kasih tunggu kami di airport limbang.. Ahlia tuan pun kerap datang nusrah..

    ummiabah;
    dan org2 di Limbang x paham bahasa Sarawak.. mereka berbahasa melayu-brunei..

    syuk;
    amek jgn x amek..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...