29 Sya'ban 1431 - 6.30petang.. aku & beberapa orang kawan buat ziarah di sebuah taman perumahan berdekatan dengan taman aku tinggal..
1 Ramadhan 1431 - Kami maghrib kat surau taman tu.. Seperti pengumuman puasa pada entri lepas, maka aku dengan tanpa segan silu & confidentnya menyambut kedatangan Ramadhan 1431..
Lepas Maghrib ada sikit penerangan tentang usaha atas iman & amal.. Habis tu, aku memecut kapcai aku ke masjid taman aku.. Aku kuciwa & sedey bila lepas isyak diumumkan bahawa solat terawih kat masjid aku tahun ni dibuat 8 rakaat aje sepanjang Ramadhan.. sebab.. lepas terawih 8 rakaat ada ceramah agama.. dan dengan bersandarkan hadis "menghadiri majlis ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat.."
Ohh..
Terawih start 9.15 mlm & settle 9.45 mlm.. ohh lagi.. Imam hafiz yang diimport yang baca macam imam Mekah memulakan bacaan dari juzuk ke 10 & baca tak sampai pun ½ juzuk.. ohh sekali lagi.. Aku ngan sorang kawan sambung terawih lagi 12 raakat dengan berbekalkan ayat-ayat lazim je.. ohh lagi dengan bilangan berkali-kali ohh..
Jadi malam pertama Ramadhan aku kali ni dihabiskan dengan Allah.. Allah.. sebab aku kira kalau sebut ohh, ohh, x de pahala..
Lepas sahur, aku ke masjid untuk solat Subuh.. Alhamdulillah, asbab keberkatan & rahmat dari Allah, solat Subuh pagi ni hampir 4 saf.. biasanya hampir 2 saf je.. (1 saf = 50 lelaki beriman akhir zaman..). .. dan sekali lagi aku ulang.. Yahudi tak takut dengan orang Islam sehingga orang Islam solat Subuh berjemaah sama ramai dengan solat Jumaat..
Lepas Asar aku ke masjid Sri Petaling.. ada mesyuarat mingguan..
2 Ramadhan 1431.. Syukur pada Allah, ada orang jamu buka puasa untuk semua ahli mesyuarat.. Lepas Isyak ada taklimat ringkas dari ulama Sri Petaling berkenaan Ramadhan..
"Tuan-tuan yang mulia.. syukur kepada Allah kerana Allah masih beri kesempatan kepada kita untuk hidup sehingga ke Ramadhan tahun ini.. Inilah bulan yang mana kita patut berlumba-lumba untuk menambahkan amal ibadat kita kepada Allah.. dan satu amal yang khusus pada bulan Ramadhan ini adalah solat sunat Terawih..
Para sahabat telah sama-sama bersepakat dengan Hadrat Umar Al Khattab رضي الله عنه untuk bersolat terawih sebanyak 20 rakaat.. begitulah juga amal yang dibuat oleh ulama-ulama yang mahsyur sehinggalah sekarang.. bahkan imam Malik semasa di Madinah telah tambah sehingga 36 rakaat.. dan bukannya nak kurangkan lagi.. Jadi sama-samalah kita hidupkan malam Ramadhan dengan solat terawih 20 rakaat..
Dan bukan itu sahaja.. di zaman sahabat mereka bukan baca ayat-ayat lazim sahaja tetapi mereka khatam Quran sekali, ada yang 2 kali, ada yang sampai 10 kali khatam di dalam terawih di sepanjang Ramadhan.. Oleh itu di masjid Sri Petaling ini kita adakan bacaan 1½ juzuk di dalam 20 rakaat terawih.. dan sesiapa yang berminat nak buat lebih, boleh ikut jemaah yang solat di dalam bilik hujung kanan masjid.. di situ mereka baca 3 juzuk al quran setiap malam..
dan bagi yang belum biasa, kita solat di dewan utama masjid ini sahaja dengan bacaan 1½ juzuk al quran.. kita latih diri kita untuk khusyuk dengan bersolat lama-lama di depan Allah.. semua sedia insyaAllah.."
dan aku yang lemah ni hanya mampu ikut jemaah di dewan utama sahaja.. Alhamdulillah.. Allahumma zid fazid.. dan lagi boleh download audio solat terawih masjid Sri Petaling kat sini..
*entri ni x bermaksud nak menghujah solat terawih 8 atau 20 rakaat.. sekadar luahan emosi penulis blog.. wallahua'lam..