29 Sya'ban 1431 - 6.30petang.. aku & beberapa orang kawan buat ziarah di sebuah taman perumahan berdekatan dengan taman aku tinggal..
1 Ramadhan 1431 - Kami maghrib kat surau taman tu.. Seperti pengumuman puasa pada entri lepas, maka aku dengan tanpa segan silu & confidentnya menyambut kedatangan Ramadhan 1431..
Lepas Maghrib ada sikit penerangan tentang usaha atas iman & amal.. Habis tu, aku memecut kapcai aku ke masjid taman aku.. Aku kuciwa & sedey bila lepas isyak diumumkan bahawa solat terawih kat masjid aku tahun ni dibuat 8 rakaat aje sepanjang Ramadhan.. sebab.. lepas terawih 8 rakaat ada ceramah agama.. dan dengan bersandarkan hadis "menghadiri majlis ilmu lebih baik dari 1000 rakaat solat sunat.."
Ohh..
Terawih start 9.15 mlm & settle 9.45 mlm.. ohh lagi.. Imam hafiz yang diimport yang baca macam imam Mekah memulakan bacaan dari juzuk ke 10 & baca tak sampai pun ½ juzuk.. ohh sekali lagi.. Aku ngan sorang kawan sambung terawih lagi 12 raakat dengan berbekalkan ayat-ayat lazim je.. ohh lagi dengan bilangan berkali-kali ohh..
Jadi malam pertama Ramadhan aku kali ni dihabiskan dengan Allah.. Allah.. sebab aku kira kalau sebut ohh, ohh, x de pahala..
Lepas sahur, aku ke masjid untuk solat Subuh.. Alhamdulillah, asbab keberkatan & rahmat dari Allah, solat Subuh pagi ni hampir 4 saf.. biasanya hampir 2 saf je.. (1 saf = 50 lelaki beriman akhir zaman..). .. dan sekali lagi aku ulang.. Yahudi tak takut dengan orang Islam sehingga orang Islam solat Subuh berjemaah sama ramai dengan solat Jumaat..
Lepas Asar aku ke masjid Sri Petaling.. ada mesyuarat mingguan..
2 Ramadhan 1431.. Syukur pada Allah, ada orang jamu buka puasa untuk semua ahli mesyuarat.. Lepas Isyak ada taklimat ringkas dari ulama Sri Petaling berkenaan Ramadhan..
"Tuan-tuan yang mulia.. syukur kepada Allah kerana Allah masih beri kesempatan kepada kita untuk hidup sehingga ke Ramadhan tahun ini.. Inilah bulan yang mana kita patut berlumba-lumba untuk menambahkan amal ibadat kita kepada Allah.. dan satu amal yang khusus pada bulan Ramadhan ini adalah solat sunat Terawih..
Para sahabat telah sama-sama bersepakat dengan Hadrat Umar Al Khattab رضي الله عنه untuk bersolat terawih sebanyak 20 rakaat.. begitulah juga amal yang dibuat oleh ulama-ulama yang mahsyur sehinggalah sekarang.. bahkan imam Malik semasa di Madinah telah tambah sehingga 36 rakaat.. dan bukannya nak kurangkan lagi.. Jadi sama-samalah kita hidupkan malam Ramadhan dengan solat terawih 20 rakaat..
Dan bukan itu sahaja.. di zaman sahabat mereka bukan baca ayat-ayat lazim sahaja tetapi mereka khatam Quran sekali, ada yang 2 kali, ada yang sampai 10 kali khatam di dalam terawih di sepanjang Ramadhan.. Oleh itu di masjid Sri Petaling ini kita adakan bacaan 1½ juzuk di dalam 20 rakaat terawih.. dan sesiapa yang berminat nak buat lebih, boleh ikut jemaah yang solat di dalam bilik hujung kanan masjid.. di situ mereka baca 3 juzuk al quran setiap malam..
dan bagi yang belum biasa, kita solat di dewan utama masjid ini sahaja dengan bacaan 1½ juzuk al quran.. kita latih diri kita untuk khusyuk dengan bersolat lama-lama di depan Allah.. semua sedia insyaAllah.."
dan aku yang lemah ni hanya mampu ikut jemaah di dewan utama sahaja.. Alhamdulillah.. Allahumma zid fazid.. dan lagi boleh download audio solat terawih masjid Sri Petaling kat sini..
*entri ni x bermaksud nak menghujah solat terawih 8 atau 20 rakaat.. sekadar luahan emosi penulis blog.. wallahua'lam..
salam....
ReplyDeletenk tergelak tbc kartun tu..
nway azam solat 20rakaat tahun ni insyaallah
Masjid Tronoh 20 rakaat tapi ayat2 lazim dan selawat jerit2... ;)
ReplyDeletez@i;
ReplyDeleteAllah mudahkan..
Abang Ben;
kejutan budaya bagi umat yang dah lama tinggalkan Tanah Melayu..
kami kat sini buat 8 rakaat je.. (termasuk penulis -iman khamjur..) tapi smlm special sikit, sebab buat kat parking area berbumbungkan kan langit, sbb lounge room yg biasa guna buat semayang locked 4 hari sbb cuti musim panas. jumlah makmum +- 15 org.
ReplyDeletekat marhalah aku pun 23rkt skali nge witir,
ReplyDeleteayt2 lazim gok bace.
mlm ni aku nok g s.ptlg,
khidmat taam 3h n trawih brsama imam hafiz s.ptlg........
tempat saya pun ada majils ilmu hari2.alhamdulillah~
ReplyDeleteBulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)
huhuhu... kawe tak pernah rasa solat sunat terawih di Masjid Sri Petaling memandangkan kawe org dari jauh... Kawe harap sgt suatu hari nanti ..., Allah pilih kawe untuk solat sunat terawih di masjid sri petaling... Ada suasana agama ...
ReplyDeleteummiabah;
ReplyDeletetu macam punya susah payah, insyaAllah hidayat tersebar..
awang;
selamat berkhidmat & selamat berterawih.. dan jangan hilang selipar..
iqbalsyarie;
semoga majlis ilmu yang betul-betul ilmu..
Peluncur Islam;
ok.. kalau datang nanti jangan lupa bawak kawe-kawe..
Allah boleh guna sesiapa dan apa2 sahaja untuk datangkan agama kepada ummat. Bulan ramadhan, Allah hantar suasana sahaja, walaupun tidak ada ghast hari2 untuk ajak orang ke rumah Allah masa ramadhan kita tengok surau dan masjid penuh. Allah tak perlukan kita pun sebenarnya untuk hidayat, tapi sebagai kemuliaan untuk ummat ini, maka beruntunglah orang yang Allah pilih untuk asbab hidayat.
ReplyDeletemasjid seksyen 16 shah alam ( halaqah shah alam selatan ) sejak ahkhir2 ni terawih nya lain skt
ReplyDeletenama masjid ni masjid tun uda
slalu yg ada cendol pak akob kt depan tu
terawih 4 rakaat, ceramah ( 10-15 minit )
terawih balik 4 rakaat.
kenapa ye fanatik sgt nak wat majlis ilmu,
saidina omar r.a pun tak wat mcm tu time ramadhan
"kalau ada Nabi selepas ku, nescaya Omar lah org nya" - Hadis
senang je nak ubah2 agama
igt ni kucing ke hehe
Assalamualaikum
Ghuzari Palampuri;
ReplyDeletebenar tuan..
hainur hapis;
relak la.. tapi secara x sedar, itulah pengaruh wahabi dalam masyarakat kita hari ni..
teringat entry abg yang lps, 72 golongan, kt lukisan tapak yusuf ghani hehe
ReplyDeletehainur hapis;
ReplyDelete72 golongan tu hak Allah.. kita x boleh campur & kita pun x tahu nasib diri sendiri..
@ abang ben aka dr ibrisam,,,,selawat jerit2x tu budak2x la punye kerja...thun lepas solat terawkh kt msjid tronoh,,,sgt laju,,huhu
ReplyDelete@tuan punya blog,,,sy selalu gak pergi mesyuart mrkaz rabu,,,bole kite jumpe,,,,
3 juzuk,,,laju tul budak hafiz bc
ReplyDeleteSalam,
ReplyDelete1st time bwt 3 juzuk dgn ank jd imam, mcm nk trcabut sendi2 kaki...huhu, 10hari dah khtm... lani klu 1juz @ 1 stgh juz dah xde pape... itulah klbhn klu kita mjhdah lbh skit...
Tapi thn ni xdpt ikut trwih dgn ank2 d msjid sbb kdmt ank bsalin...cb bwt sndri di rmh je... hafizoh? hmm...pgang quran je lah smbil solat... sbb nk dpt gak khtm dlm trawih..semoga Allah bg taufiq utk truskn...doakn saya...
salam..
ReplyDeletetersinggah blog ni sambil ziarah-ziarah blog sahabat.
btw,
terbaca hadis yang dipetik..
"kalau ada Nabi selepas ku, nescaya Omar lah org nya" - Hadis
boleh bagitau takhrij hadis ni macam mane..
takut guna hadis mungkar..
untuk bulan ramadhan ni, buatlah apa-apa ibadah pun, tiada halangan..
nak buat majlis ilmu ke, tadarus ke, ape ke..
masyarakat masih lagi kurang kefahaman bab agama,dengan majlis ilmu itu dapat diselesaikan
sedikit kefahaman yang kadang-kadang silap..
jadi pendapat saya, baik teruskan~
safwan_luffy;
ReplyDeletemesyuarat rabu biasanya buka puasa dekat vending maching tepi pintu bilik mesyuarat..
Safwan Seth;
tak laju sangat.. habis lambat.. 11.00-11.30mlm..
*berapa nama la ko pakai..
Umma-ali;
ok la tu.. practise make perfect..
ibnu ghazali;
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan kepada kami sehingga membuat hati kami bergetar dan air mata berlinangan. Kami berkata: Wahai Rasulullah! Seakan-akan ini wasiat perpisahan maka berwasiatlah kepada kami. Baginda bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu agar tetap bertakwa kepada Allah, sentiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu selepasku akan melihat ikhtilaf yang banyak, maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah ia dan gigitlah dengan gigi geraham. Aku peringatkan kamu tentang benda-benda yang baru kerana setiap yang baru itu bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat". [H/R Ahmad, Abu Daud, Tarmizi dan Ibn Majah]
orang dulu buat 20.. orang sekarang buat 8.. orang akan datang ???
kita tak boleh nak ubah orang, Allah sahaja yang mampu ubah. Yang penting kita sendiri mau buat, ajak orang lain, dan minta Allah tolong. tarawih ada time ramadhan ni SAHAJA.
ReplyDeleteMaka rugi la kalau kita tipu diri sendiri dan buat sikit-sikit aje.
This might be our last Ramadhan, so grab the chance!
selamat berpuasa dan bertarawih,
ReplyDeletemari la berlumba-lumba dan mendahului dlm amal kebaikan
amalan setiap kali ramadhan, pusing-pusing cari masjid yang sediakan juadah berbuka yang sedap, dan tarawikh masjid-masjid yang imam baca sedap... aduh...
ReplyDeleteNazri Kasuan;
ReplyDeletepatutkan.. lagi banyak ilmu, maka lagi banyak amal.. tapi pelik bila makin banyak ilmu, amal makin ringkas..
ziarah76;
berlumba-lumba macam ikan lumba-lumba..
mhafiz_ydin;
jangan pusing-pusing pak.. tapi buka puasa free memang best.. dan ada masjid yang kata pakai imam hafiz, tapi baca dua tiga baris dah habiz..
hampezzz..