Monday, July 26, 2010

Sapa pusing sapa?

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali Imran 190-191)

*********

Masa kat sekolah dulu.. tak kira lah sekolah rendah ke sekolah menengah.. bila cakap pasal siang & malam.. apa yang aku paham, pertukaran siang kepada malam & malam kepada siang adalah asbab putaran bumi pada paksinya.. dan paksi bumi tu pulak adalah kutub utara & selatan le.. hmm.. korang pun paham cam ni ke?

Lepas tu lagi.. kiraan setahun masehi tu bila bumi dah siap tawaf matahari satu round.. kan? Itulah paham aku dari dulu.. Sehingga sampai la ke beberapa tahun yang lepas, aku ada pikir benda lain.. haa..

1. Satu hari aku terbaca ayat ni

لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (surah Yaasin ayat 40)

dan ayat-ayat yang seumpamanya.

Labbaik Allah, humma labbaik

2. Aku teringat satu bayan oleh maulana Yusuf yang aku baca beberapa tahun dulu.. dalam bayan tu ada tulis, "bila Allah nak jadikan dunia ni, Allah jadikan masjid (kaabah) dulu.. dari situ kemudiannya Allah sebarkan dan jadikan bahagian lain dari dunia ni.."

(sebagai tambahan sila rujuk artikel nih..)

Jadikan.. aku terfikir.. satu benda yang dicipta dulu, tak kan lah mengelilingi benda yang dicipta kemudian.. dah tentu benda yang dicipta dulu akan jadi paksi alam nih.. x ke gitu?

3. kan selalu kita biasa dengar.. "Allah menyukai tiga pusingan di dunia nih..
i. pusingan maikat di baitulmakmur (di langit)
ii. pusingan manusia di baitullah (kaabah)
iii. pusingan manusia di dalam kampung untuk ziarah saudara seIslamnya.."

dan.. baitullah tu letaknya bersetentang dengan baitulmakmur.. err.. kalau bumi ni berpusing pada paksi seperti yang kita biasa dengar.. maknanya.. baitulmakmur tu pun berpusing-pusing la sebab kedudukan baitulllah yang berpusing..

amacam? berpusing gak kepala wotak..

4. ok ni contoh yang simple je.. korang tau satelit? alaaa.. yang manusia letak kat angkasa tu.. katalah Malaysia hantar satu satelit kat ruang angkasanya.. sehingga satelit tu bebas dari daya tarikan graviti.. maka satelit tu akan duduk kat atas Malaysia.. kalau dikatakan bumi ni berpusing pada paksinya.. kenapa satelit tu tak tertinggal kat belakang?

ada orang kata.. satelit tu pun sama-sama berpusing ikut orbit bumi.. iye ke? pakai enjin ke? macam tak cayo yo.. ke memang bumi tu yang diam tak berpusing?

satelit puaka

*jadi kesimpulannya.. sejak beberapa tahun ni aku ada satu keyakinan bahawa Allah jadikan dunia ni dengan menjadikan kaabah sebagai paksi bumi dan bumi pulak sebagai pusat alam nih..

maknanya.. seluruh bintang-bintang dan matahari berpusing mengelilingi bumi dengan kelajuan yang sangat tinggi.. Allahu akbar.. Allah aje yang tahu.. makin jauh satu bintang tu dari bumi, maka makin laju di berpusing mengelilingi bumi..

dan buruj-buruj bintang tu.. masyaAllah.. setiap bintang mempunyai kelajuan tersendiri dengan teratur.. supaya sentiasa dalam buruj.. Allah Maha Mentadbir setiap makhluk..

Allah jadikan bintang.. x de sape boleh jadikan bintang, kecuali Allah..

dan aku tulis perkara ni kat blog sebab semalam (25/07/2010), aku terjumpa blog ni..
http://longtambang.blogspot.com/2010/06/milik-nya-maghrib-masyriq.html

wallahua'lam..