Monday, July 26, 2010

Sapa pusing sapa?

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali Imran 190-191)

*********

Masa kat sekolah dulu.. tak kira lah sekolah rendah ke sekolah menengah.. bila cakap pasal siang & malam.. apa yang aku paham, pertukaran siang kepada malam & malam kepada siang adalah asbab putaran bumi pada paksinya.. dan paksi bumi tu pulak adalah kutub utara & selatan le.. hmm.. korang pun paham cam ni ke?

Lepas tu lagi.. kiraan setahun masehi tu bila bumi dah siap tawaf matahari satu round.. kan? Itulah paham aku dari dulu.. Sehingga sampai la ke beberapa tahun yang lepas, aku ada pikir benda lain.. haa..

1. Satu hari aku terbaca ayat ni

لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (surah Yaasin ayat 40)

dan ayat-ayat yang seumpamanya.

Labbaik Allah, humma labbaik

2. Aku teringat satu bayan oleh maulana Yusuf yang aku baca beberapa tahun dulu.. dalam bayan tu ada tulis, "bila Allah nak jadikan dunia ni, Allah jadikan masjid (kaabah) dulu.. dari situ kemudiannya Allah sebarkan dan jadikan bahagian lain dari dunia ni.."

(sebagai tambahan sila rujuk artikel nih..)

Jadikan.. aku terfikir.. satu benda yang dicipta dulu, tak kan lah mengelilingi benda yang dicipta kemudian.. dah tentu benda yang dicipta dulu akan jadi paksi alam nih.. x ke gitu?

3. kan selalu kita biasa dengar.. "Allah menyukai tiga pusingan di dunia nih..
i. pusingan maikat di baitulmakmur (di langit)
ii. pusingan manusia di baitullah (kaabah)
iii. pusingan manusia di dalam kampung untuk ziarah saudara seIslamnya.."

dan.. baitullah tu letaknya bersetentang dengan baitulmakmur.. err.. kalau bumi ni berpusing pada paksi seperti yang kita biasa dengar.. maknanya.. baitulmakmur tu pun berpusing-pusing la sebab kedudukan baitulllah yang berpusing..

amacam? berpusing gak kepala wotak..

4. ok ni contoh yang simple je.. korang tau satelit? alaaa.. yang manusia letak kat angkasa tu.. katalah Malaysia hantar satu satelit kat ruang angkasanya.. sehingga satelit tu bebas dari daya tarikan graviti.. maka satelit tu akan duduk kat atas Malaysia.. kalau dikatakan bumi ni berpusing pada paksinya.. kenapa satelit tu tak tertinggal kat belakang?

ada orang kata.. satelit tu pun sama-sama berpusing ikut orbit bumi.. iye ke? pakai enjin ke? macam tak cayo yo.. ke memang bumi tu yang diam tak berpusing?

satelit puaka

*jadi kesimpulannya.. sejak beberapa tahun ni aku ada satu keyakinan bahawa Allah jadikan dunia ni dengan menjadikan kaabah sebagai paksi bumi dan bumi pulak sebagai pusat alam nih..

maknanya.. seluruh bintang-bintang dan matahari berpusing mengelilingi bumi dengan kelajuan yang sangat tinggi.. Allahu akbar.. Allah aje yang tahu.. makin jauh satu bintang tu dari bumi, maka makin laju di berpusing mengelilingi bumi..

dan buruj-buruj bintang tu.. masyaAllah.. setiap bintang mempunyai kelajuan tersendiri dengan teratur.. supaya sentiasa dalam buruj.. Allah Maha Mentadbir setiap makhluk..

Allah jadikan bintang.. x de sape boleh jadikan bintang, kecuali Allah..

dan aku tulis perkara ni kat blog sebab semalam (25/07/2010), aku terjumpa blog ni..
http://longtambang.blogspot.com/2010/06/milik-nya-maghrib-masyriq.html

wallahua'lam..



30 comments:

  1. saya baru jer pusing ke kampung bertemu rakan2 lama :)

    ReplyDelete
  2. Mak Su;
    kami pulak baru je pusing-pusing dalam supermarket untuk meringankan poket..

    ReplyDelete
  3. bertambah pusing kepala baca entri ni...
    alhamdulillah tak terkehel~

    ReplyDelete
  4. menarik...
    Sbg tambahan, kena tanya ustaz dan guru agama yg mursyid, insya-Allah
    mudah-mudahan...

    ReplyDelete
  5. ibnsoleh;
    jangan pusing-pusing pak!

    ziarah76;
    sekadar meluahkan perasaan.. entri yang ditulis oleh bukan ustat & bukan ahli astronomi..
    err.. tolong tanya kat ustat..

    ReplyDelete
  6. pernah aku dengar bayan,....kalau ada manusia kat bulan tu, pasti ada jemaah akan dihantar...

    ReplyDelete
  7. kalau semua pusing tak ape jangan kita pusing perintah allah n sunnah nabi sudah le

    ReplyDelete
  8. ismadiyusuf;
    dan jemaah tu akan pusing2 dalam kampung kat bulan tuh..

    Hj Musa;
    ya.. semoga Allah tetapkan hati kita dalam mentaati perintah2 Allah & meninggalkan laranganNya..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tuan,

    Artikel yang menarik. Terima kasih atas pencerahan ini.

    ReplyDelete
  10. Memang ada perbahasan panjang bab ni kalau kita folo. Ulama Saudi macam Bin Baz dan Al-Albani (kalau tak salah) memang pakai pendapat ni (bumi sebagai pusat putaran) sedangkan yang lain menentang.

    ReplyDelete
  11. oh ye... bahasa sainsnya heliocentric (planet pusing matahari) dan geocentric (bumi sebagai pusat alam semesta).

    Ada buku dari Indonesia bertajuk "Matahari mengelilingi Bumi" karya Ahmad Sabiq B Abdul Lathif terbitan Al-Furqan.

    ralat: Al-Albani menyokong heliocentric sedangkan kebanyakan ulama jumhur ulama tafsir Islam, fuqaha' dan saintis Islam klasik dan zaman sekarang ni, ulama Saudi Arabia menyokong geocentric.

    ReplyDelete
  12. saya pun dah lama ada idea ni, dah yakin dah. tipu je barat tu, masuk dlm silibus buku teks sekolah anak2 kita. semua teori sains tipu, lagi satu mgkn zaman dinasour tu takde , rekaan je mgkn, kalau ikut dari zaman Nabi ADAM A.S hgga zaman Nabi SAW ada ke smpi berjuta tahun...

    saya pernah baca buku pergerakan ikhwanul muslimin, yg beriya2 nak baca gerakan freemason /yahudi, mmg dari yg di selidik oleh ikhwanul muslimin ni, mmg barat hantar teori2 palsu, juga kisah2 sejarah palsu, cter tempat kita lain, tp yg dorang tulis lain


    nama pun kerajaan msia, masa nak masukkan pendidikan akademik kt msia ni dulu, amik buku2 dari barat, amik sistem akademik, bahan2 bacaan


    saya rasa gmba org2 tasaday dlm buku sejarah dunia tingkatan 4 tu pun tipu. Nabi Ibrahim a.s pun da pakai suar, manusia pertama Nabi ADAM pun menutup aurat, mcm mana lak leh ada group ni pakai mcm org asli


    pastu barat kata itulah permulaan keadaan manusia hidup di dunia, paleotik, mesolitik, neolitik


    aku rasa mcm tak nak hntar anak aku masuk sekolah rendah dan akademik, baik masuk madrasah je


    nnt anak2 kita igt islam tersebar di tanah melayu sbb pedagang

    itu bukan pedagang maa..


    itu dai'e tgh kuar jalan ALLAH la


    mereka ubah sejarah, mereka tipu dunia


    NABI SAW pun duduk kt mekah , kemuliaan NABI SAW,
    maka selayaknya lah seluruh isi dunia ni yg mengelilingi bumi, khususnya kaabah

    isu manusia naik ke bulan tu juga mgkn tipu dan byk studio2 programmer kt youtube dah bongkar itu smua teknik penggambaran je

    kalau betul ada manusia naik ke bulan, takkan tahun 60 an je dorang g

    nape skang tak g, dah tak penting ke nak g bulan skang

    kalau mmg possible , mesti byk lagi roket di hantar ke sana, buat kajian, kot2 leh leh idup kt sana ke huhu

    ReplyDelete
  13. Azemi Ali;
    ok.. tapi bukan krim pencerahan kulit.. tq..

    Abang Ben;
    yearghh.. you rock it.. err.. jangan lupa klik gambar satelit puaka tu..

    hainur hapis;
    wah wah.. pandai gak dak hainur nih.. nanti hantar anak masuk madrasah tau.. tapi ingat.. kena kawen dulu le..

    ReplyDelete
  14. Salam,
    nk komen gak, tak kire...saya pun dok fikir lama cmtu, tp bl dah berkuarga ni, malas pulak nk fikir2 lg...dok fikir umat je, hehe, dapat lak umat yg dlm umah ni...tak cukup otak nak mikirkan...
    anyway, rencana yg bagus untuk kita kembali berfikir...jgn ikut je teori yahudi tu...adake zaman kegemilangan Nabi SAW dan sahabat2 ranhum depa panggil zaman gelap? ini bila bc buku sejarah kat US dulu lah, geram btul!

    ReplyDelete
  15. huhu akak umma ali blaja oversea ke, ni makin cinta pada kekasih hati ni hehe

    ReplyDelete
  16. Umma-ali;
    zaman gelap? pernah lalu gak zaman tuh..

    hainur hapis;
    apa nak heran belajar kat US.. mak abah aku pun asal dari US.. tapi Ulu Selangor le..

    ReplyDelete
  17. zaman gelap? teringat puisi "kau karkun sekarang" hehe

    ReplyDelete
  18. aku pun ade teori gak nak kongsi... kalu betul bumi berputar... contoh aku nak g jalan-jalan german. tentu boleh naik je helikopter dan terbang ke atas, tunggu sehingga bumi berputar sampai ke german, kdian landing. hehe...

    ReplyDelete
  19. salam,
    hainur ni, org dok citer sejarah dia citer len plk...US tu tmpt dpt hdyt wpun di sekeliling org2 kafir, bl Allah nk beri hdyat, mudah saja bgNya... syukur alhamdulillah...

    betul tu azhar, kbykn kita ada melalui zaman2 gelap, itu untuk jdi pringatan agr syukur dgn kurniaan hdyt taufiq drNya...

    alaa hainur ade je bwt lawak...suami saya pun klu org tnya dulu bljr kat mana, dia jawab UKm.. m tu mcm tak brp dgr je..huhu.. sama je laa, setakat nk dpt segulung ijazah yg tak bole tlg dlm kubur tu...apa lagi di padang mahsyar kelak...dstnya...

    ReplyDelete
  20. Poning kepala jang.....

    Minta maaf Ben, boleh tolong nyatakan siapakah "kebanyakan ulama jumhur ulama tafsir Islam, fuqaha' dan saintis Islam klasik dan zaman sekarang ni" selain ulama aliran Bin Baz.

    Dan minta maaflah Azhar, tiada kata-kata Maulana Yusuf akan semuanya mengelilingi bumi.

    ReplyDelete
  21. Disini ada fatwa S.Bin Baz mengkafirkan sesiapa yang mempercayai bumi mengelilingi matahari dalam kitabnya "al Adfillah an Naqliyah wa al Hissiyah ‘Ala Jarayâni asy Syamsi wa Sukûnin al Ardhi wa Imkâni ash Shu’ûd Ila al Kawakib". Sampai mengkafirkan?????

    "Pendapat ini (menyakini bumi mengitari matahari) bertentangan dengan kenyataan yang dirasakan, manusia menyaksikan gunung-gunung tetap saja di tempatnya tidak diberjalankan, perhatikan gunung Nur di Makkah ia tetap di tempatnya, ini gunung Abu Qubais tetap di tempatnya, ini gunung Uhud di Madinah tetap di tempatnya, begitu juga gunung-gunubg di berbagai belahan bumi, semua tidak diberjalankan! Setiap orang yang membayangkan pendapat ini pasti mengetahui kebatilannya dan rusaknya pendapat penyampainya, dan ia jauh dari menggunakan akal dan pikirannya telah menyerahkan kendalinya kepada selain akalnya, persis seperti binatang, maka kami berlindung kepada Allah dari taqlid buta yang menyebabkan sesat peyakinnya dan memindahkannya dari kaula orang berakal kepada kawanan binatang tak berakal.”

    "....Maka ia adalah kafir yang sesat dan menyesatkan, ia harus diminta bertaubat, jika mau taubat (diterima taubatnya), jika tidak maka wajib dibunuh sebagai orang kafir murtad, harta miliknya menjadi fai’ (rampasan) untuk Baitul Mal kamu Muslimin, seperti dinashkan oleh Ahli ilmu..."

    - Semoga kita jangan mudah mengkafirkan mahupun membidaahkan mereka yang tidak sependapat...

    ReplyDelete
  22. mhafiz_ydin;
    ok gak tu.. jimat sikit minyak..

    zarch;
    sapo pulak bin baz nih? Abg ben den konal la..

    .. tapi kalau bin baz tu nak mengkafirkan orang lain.. besok dia jawab la kat depan Allah..
    .. dan maaf la.. isi kandungan entri ni x de la nak mengkafirkan orang.. sekadar firasat penulis tentang dunia ni..

    ReplyDelete
  23. abg, Assalamualaikum , yg ni lagi best,
    satu karkun lama ( seorang pkck yg agak berumur gak la ) sembang2 ngn aku kt Sri Ptlg,

    dia ckp pasal benda2 mcm ni la, dalam AL QURAN ckp lain, sains yg kita paham skang lain

    cth ayat mcm ayat yg Abg azhar buh kt atas


    then ayat lain, pkck tu bgtau


    "Dan bumi itu Kami Hamparkan..."


    mksud hampar kalau tikar, mesti dia melintang,
    dalam bentuk flat


    tp bumi yg kita tgk smua nya bulat
    imej dari satelit NASA


    nak tau betul2 bumi ni bulat ke tak

    kene g HUKM jap,


    stat moto jap... "broomm broomm"


    ok dah sampai, "pkck" ( tnya kepada guard kt situ )

    "leh jumpa abg sheikh muzaffar tak"?

    "oh masuk lah" - jawab pkck tu


    WA ALLAH HU ALAM huhu


    "broomm broomm" aku stat balik shah alam balik haha


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  24. lagikan.. teori bumi berpusing pada paksinya mengikut clockwise.. sangat2 x ngam le ngan tertib yang selalu Allah guna..

    ReplyDelete
  25. tipu tu abg azhar, sistem akademik byk yg tak betul, kesian kt anak2 kita bila masuk sekolah. ajarannya bertentangan dgn konsep agama. kebaikan adalah pusing lawan jam, mcm pusingan kaabah. tp dorang ajar lain ( bertentangan ), jam pun dorang wat terbalik. aku pernah dgr jam yg ibnu sina dan geng2 nya wat adalah ikut arah pusingan kaabah

    cuma bila teknologi tu berpindah ke barat, mereka ubah skt, dan buh nama mereka huhu


    baca jawi dari kanan ke kiri, mmg sunnah mula dari kanan dulu baru kiri, cth mcm pakai baju

    tapi tulis rumi baca dari kiri dulu


    benarlah mcm dlm hadis mula2 skali bab fadilat AL QURAN, "yg terbaik di kalangan kamu, adalah yg blja AL QURAN , dan mengajarkan nya" INSYA ALLAH

    blja agama, INSYA ALLAH slmt

    maulana hamid bagi bayan : "ada org ckp, blja AL QURAN nnt nk makan apa, nak wat apa".


    WA ALLAH ALAM,
    mereka rasa rezeki tu dtg dgn usaha mereka sdiri
    bukan dgn kehendak ALLAH

    nnt nak mati baru mereka cari ALLAH


    WA ALLAH HU ALAM

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  26. kacau gulai dalam masakan,masak nasi, juga bancuh air pun kene lawan jam ( ikut pusingan kaabah ) sambil baca "lai sa laha, mindu nillahi kashifah"

    ReplyDelete
  27. Teringat bayan Maulana Qathani (S.Afica)
    "Sekiranya setiap bintang yang ada di langit diberikan nama setiap satunya selama satu saat, maka kita akan mengambil masa 300 trillion tahun untuk namakan bintang2 yang ada di langit"

    ReplyDelete
  28. Setakat yang saya tahu, kalau tgk dari utara, bumi pusing ikut anticlockwise.

    Tapi kalau tgk dari selatan, clockwise.

    ReplyDelete
  29. Ghuzari Palampuri;
    Allahu akbar..

    Nazri Kasuan;
    Be yet wiser..

    ReplyDelete
  30. Ust Akram (pernah ngajar Falak kt SP) pun pegang Bumi sebagai pusat. Best diskusi dgn beliau

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...