Dapat berita, Hj Roslan jemaah tashkil KL yg sedang khuruj 2 bln masturat di Yaman telah meninggal dunia pagi tadi. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di sana.
Al Fatihah untuk beliau.
Takziah untuk ahlia & ahli keluarganya.
Firman Allah S.W.T dalam At-Taubat ayat 111 mafhumnya:
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) syurga. Mereka berjuang pada jalan Allah S.W.T maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jual-beli (bai’ah) yang telah kamu meteraikan itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang amat besar.”
*sesungguhnya aku sangat cemburu..
14 Disember 2010; ibnsoleh menulis di blognya
http://tigasatutiga313.blogspot.com/2010/12/kematiansatu-kepastian.html
Allah Taala yang Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak atas segala sesuatu, sekali-kali tidak pernah mungkir pada janji-janjiNya. Dan perkara yang dijanjikanNya pasti akan berlaku tanpa mampu dihalang oleh segala macam kekuatan zahir yang dirancang oleh sesiapa. Dengan takdirNya, salah seorang rakan seusaha di mahallah kami dijemput oleh Allah Rabbul Jalil dalam keadaan yang sememangnya diidamkan oleh setiap orang yang beriman, ketika di jalan Allah!!! Almarhum yang merupakan amir kepada jemaah 2 bulan masturat yang melakukan usaha di Comoros Islands, meninggalkan dunia yang fana ini di Yaman, destinasi terakhir yang dijanjikan untuknya di dunia ini, sebelum baki ahli jemaah yang lain berangkat ke tanah air. Jika orang merasai kehilangannya sebagai orang tanggungjawab markaz, apatah lagi kami di mahallah yang tinggal berjiran sekampung. Dan sudah tentulah ujian yang lebih lagi buat keluarga yang ditinggalkan. Semoga Allah dengan rahmatNya menempatkan Almarhum dikalangan orang-orang yang mendapat redhaNya selaku ahli syurga. Aamiiin~
Allahu akbar!!!
ReplyDeletemasyaAllah... the chosen people.
ReplyDeleteAllahu Akbar!!! Allah telah memilih beliau (arwah)!
ReplyDeletebetapa mulianya org2 yang bermujahadah dijalan Allah ini..
ReplyDeleteSyahid. Bahagianya.... Allahuakbar.
ReplyDeletealhamdulillah...semoga ia menjadi asbab hidayat seluruh alam...
ReplyDeleteSubhanallah..perginya seorang Dai'e Allah..!
ReplyDeleteboleh saya tahi detail...punca kematian or kesyahidan
ReplyDeleteterima kasih
ibnsoleh said...
ReplyDeleteDengar karkuzarinya, Almarhum memang byk sakit sblm pergi. Tapi nak dijadikan asbab, kat sana kena pulak Hepatisis B @ demam kuning. Kalau tak silap jemaah tu ke Yaman habiskan baki khuruj dan dijangka karkuzari di markaz 3 Januari. Dgr cerita jemaah diputuskan balik. Wallahu a'lam~
December 14, 2010 1:12 PM
Aku pun baru tahu masa nak buat kucuci td...Ya Allah moga tuan jd asbab hidayat seluruh alam...moga Keluarga dan rakan2nya tabah hadapi ujian ilahi...
ReplyDeleteALHAMDULILLAH,BERTAMBAH SATU LG PENGHUNI SURGA ANDAI KAN SY DAPAT MENGGANTIKAN NYA,KRN SY LEMAH....
ReplyDeletesubhanallah....hj roslan..garang org nye
ReplyDeleteMalam tadi (malam mesyuarat Rabu), di masjid Sri Petaling ada buat solat ghaib (sama spt solat jenazah) untuk Almarhum Hj Roslan selepas solat Isya'.
ReplyDelete...kenal keluarganya dalam tahun 1989 di Johor..bila pergi ziarah, suami kata "inilah rumah sahabat.." kehidupannya zuhud walau ada degree dari Amerika..
ReplyDeleteDi Sungai Besi pun dia buat sendiri rumah setinggan. Rumah beratap zink...panas, air kongsi. Dikenali dengan Roslan Zuhud tapi dah banyak kali khuruj 4 bulan BBNJ. Asal ada harta, dibelanjakan di jalan Allah...takde simpan2.
Dan tidak hairanlah kehidupannya yg sentiasa disebukkan untuk agama akhirnya mendapat penerimaan Allah...
Ya Allah..pilihlah hambuMu yg hina ini..masih sibuk dgn dunia...org lain makin maju dlm agama..sedih :(
ReplyDeleteMasih ku ingat targhib mesyuarat KL,
"kalau kita x sibuk dgn benda yg patut kita sibuk,kita akan sibuk dgn benda yg patut kita x sibuk.
kalau kita x MATI kat tempat yg PATUT kita MATI,kita akan MATI kat tempat yg X PATUT kita MATI.."na'uzubillah
NHN7 & syuk;
ReplyDeletesusah nak cari pengganti..
Org yg bayan hidayat skali ngan aku baru nie pun syahid gak....org kota bharu, meninggal 2hari selepas landing di nizzamuddin....namanya Hj Abdullah Md Noor,59......kematian berlaku di hadapan mata kasar ku ini....insaf2...
ReplyDeleteYa Allah.
ReplyDeletePilih kami juga Ya Allah.
mohd.norfatihah;
ReplyDeleteInnalillah.. Allahuakbar.. nanti karguzari kat aku..
Bijen M.;
Amin..