Friday, July 30, 2010

Semangat Yang Hilang (n3 ulangan)

"Jika engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan.."

"Nanti aku disana
Diufuk pemikiran
Lalu menghayatinya.."



heheh.. syair apa tu brader? Yang tau saja...

Ni posting aku pada tahun lepas.. aku masih tak dapat amal 100%, jadi aku ulang lagi.. bukan malas nak buat entri baru, tapi x rajin.. (ehh.. malas ngan x rajin tu, x sama ke?)

***********


Ramadhan datang lagi.. mengingatkan aku kepada Ramadhan2 yang dulu. Ramadhan masa kecik, masa sekolah rendah, sekolah menengah, masa bujang, masa baru kawin.. Yang paling indah ialah Ramadhan masa keluar di jalan Allah.. huh..

Masa berlalu, baki umur semakin sikit.. Yang lepas dah pergi, tak tahu berapa baki yang tinggal.. Keinginan untuk dunia masih menebal.. Kerisauan terhadap kubur masih kurang.. Masih nak main2.. nak relak2.. lepak2.. enjoy.. peh..

Baru2 ni aku ada dengar nasihat dari seseorang.. Dia pun dapat nasihat tu dari ulama.. Dalam bulan Ramadhan ni, kita kena usaha di masjid2 kita 3 amalan yang dah semakin hilang..
  1. Solat Tarawih 20 rakaat - dibuat sejak zaman Umar r.a. Disepakati oleh ulama 4 mazhab dan itulah cara yang masih berjalan di Mekah dan Madinah sekarang. (Kaki solat 8 rakaat, biarlah dia nak solat 8 rakaat. Tapi di masjid perlu diadakan 20 rakaat untuk umum).
  2. Khatam 30 juzuk Quran dalam solat Terawih sepanjang Ramadhan. Ada 2 sunah kat sini.. Satu~ solat itu sendiri. Dua~ mengkhatam al Quran di dalam solat.
  3. Iktikaf di masjid pada malam 10 hari akhir Ramadhan bermula dari Maghrib 21 Ramadhan sehinggalah Maghrib 1 Syawal.. Macamana nak buat iktikaf ni kena rujuk betul2 kaifiatnya dari ulama.
Untuk hidupkan amalan2 ni,
  • kita yang kena mula dulu
  • ajak kawan2 yang lain
  • jangan berbahas dengan sapa2 pun
  • doa dan nangis pada Allah
  • rujuk pada alim ulama
Semoga Allah kembalikan Semangat Yang Hilang dari masjid2 kita.. amin.

InsyaAllah esok (Sabtu) khuruj 3 hari..

***********

Habis..

InsyaAllah, esok keluar 3 hari masturat.. (31/07/2010 - 02/08/2010) kat sini.
(rumah no 21). Jemaah sempurna dari Kepong.. sesapa nak datang boleh aje..

"Semarak impian
Segunung harap dujulang
Usah diragukan
Keupayaan diri.."

"Api yang membara

Mengikutkan kata apa
Jawapannya disini
Semangat kita hilang.."




Monday, July 26, 2010

Sapa pusing sapa?

إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (Ali Imran 190-191)

*********

Masa kat sekolah dulu.. tak kira lah sekolah rendah ke sekolah menengah.. bila cakap pasal siang & malam.. apa yang aku paham, pertukaran siang kepada malam & malam kepada siang adalah asbab putaran bumi pada paksinya.. dan paksi bumi tu pulak adalah kutub utara & selatan le.. hmm.. korang pun paham cam ni ke?

Lepas tu lagi.. kiraan setahun masehi tu bila bumi dah siap tawaf matahari satu round.. kan? Itulah paham aku dari dulu.. Sehingga sampai la ke beberapa tahun yang lepas, aku ada pikir benda lain.. haa..

1. Satu hari aku terbaca ayat ni

لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ
matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (surah Yaasin ayat 40)

dan ayat-ayat yang seumpamanya.

Labbaik Allah, humma labbaik

2. Aku teringat satu bayan oleh maulana Yusuf yang aku baca beberapa tahun dulu.. dalam bayan tu ada tulis, "bila Allah nak jadikan dunia ni, Allah jadikan masjid (kaabah) dulu.. dari situ kemudiannya Allah sebarkan dan jadikan bahagian lain dari dunia ni.."

(sebagai tambahan sila rujuk artikel nih..)

Jadikan.. aku terfikir.. satu benda yang dicipta dulu, tak kan lah mengelilingi benda yang dicipta kemudian.. dah tentu benda yang dicipta dulu akan jadi paksi alam nih.. x ke gitu?

3. kan selalu kita biasa dengar.. "Allah menyukai tiga pusingan di dunia nih..
i. pusingan maikat di baitulmakmur (di langit)
ii. pusingan manusia di baitullah (kaabah)
iii. pusingan manusia di dalam kampung untuk ziarah saudara seIslamnya.."

dan.. baitullah tu letaknya bersetentang dengan baitulmakmur.. err.. kalau bumi ni berpusing pada paksi seperti yang kita biasa dengar.. maknanya.. baitulmakmur tu pun berpusing-pusing la sebab kedudukan baitulllah yang berpusing..

amacam? berpusing gak kepala wotak..

4. ok ni contoh yang simple je.. korang tau satelit? alaaa.. yang manusia letak kat angkasa tu.. katalah Malaysia hantar satu satelit kat ruang angkasanya.. sehingga satelit tu bebas dari daya tarikan graviti.. maka satelit tu akan duduk kat atas Malaysia.. kalau dikatakan bumi ni berpusing pada paksinya.. kenapa satelit tu tak tertinggal kat belakang?

ada orang kata.. satelit tu pun sama-sama berpusing ikut orbit bumi.. iye ke? pakai enjin ke? macam tak cayo yo.. ke memang bumi tu yang diam tak berpusing?

satelit puaka

*jadi kesimpulannya.. sejak beberapa tahun ni aku ada satu keyakinan bahawa Allah jadikan dunia ni dengan menjadikan kaabah sebagai paksi bumi dan bumi pulak sebagai pusat alam nih..

maknanya.. seluruh bintang-bintang dan matahari berpusing mengelilingi bumi dengan kelajuan yang sangat tinggi.. Allahu akbar.. Allah aje yang tahu.. makin jauh satu bintang tu dari bumi, maka makin laju di berpusing mengelilingi bumi..

dan buruj-buruj bintang tu.. masyaAllah.. setiap bintang mempunyai kelajuan tersendiri dengan teratur.. supaya sentiasa dalam buruj.. Allah Maha Mentadbir setiap makhluk..

Allah jadikan bintang.. x de sape boleh jadikan bintang, kecuali Allah..

dan aku tulis perkara ni kat blog sebab semalam (25/07/2010), aku terjumpa blog ni..
http://longtambang.blogspot.com/2010/06/milik-nya-maghrib-masyriq.html

wallahua'lam..



Wednesday, July 21, 2010

Hutang Kereta

Sape punye idea nih?
Sykt Finance yang berlogo piramid!

alam kubur : salam

azharjaafar: w'salam

alam kubur : ada soalan...sekiranya accident (nauzzubillah) - semoga Allah menjauhkan- sekiranya ler...kalau accident...kitaorang pun mati sekali...inssurance cover macam mana yer...? untuk hutang kenderaan tu insurance cover ke balance tu

azharjaafar: yang ni ke.. http://takaful-am.blogspot.com/2010/07/sum-insured.html

alam kubur : maksud saya...kalau incase kitaorang drive..then accident...pastu dengan kita2 sekali mati (nauzzubillah)...macam mana...insurance ada cover ke balance ..sebab kita memang dah tak mampu bayar dah sebab dah mati ... apa pendapat abang?

azharjaafar: insuran x cover baki loan.. hanya cover ikut harga market kenderaan..

alam kubur : dalam case...accident biasa le kan- not related to insurance- macam mana diorang buat..biasanya diorang buat macam mana?.... takkan nak saman dalam kubur kot... any idea

azharjaafar: saya cadang tuan ambil life insurance..(takaful) boleh bayar hutang

alam kubur : maknanya bank akan cari le insurance kita...gitu? yelah...kitaorang ni anak pun takde...family pun tak rapat mana pun

azharjaafar: buat surat wasiat.. contohnya; kalau saya mati, duit insuran sekian sekian, sila guna untuk bayar hutang.. kalau ada baki baru beri pada waris..

alam kubur : betul jugak ....maknanya bank akan terus carry on dengan hutang tu lah ye.... tapi kalau kita mati kat mana2...tak melibatkan kenderaan...bank akan ambik kete tu kan...kira kete tu lah baki pinjaman kan....sorry lah tanya...kot2 abang ada pengalaman psal hal ni...mana tau...

Total loss!

azharjaafar: skrg ni huru hara sikit sebab bank bagi loan tinggi dgn deposit rendah.. lepas tu sampai 9 tahun pulak.. memang market kereta tak boleh cover loan.. bank sedia ambik risiko.. masalahnya kita la.. org Islam kena bayar hutang sebelum mati.. dulu saya kerja ngan finance.. x macam tu..


alam kubur : tu lah tu...fikir psal mati je nih...maknanya walaupun fizikal kereta tu ada kalau diorang amik pun ada balance dia akan claim kepada waris ke?

azharjaafar: claim pada guarantor.. sampai naik mahkamah.. pada waris x boleh claim.. undang2 dunia.

alam kubur : pi mai-pimai..kene prepare le jugak....tak terfikir lah...jazakAllah...

azharjaafar: wallahua'lam..

*******

*satu lagi aku cadangkan supaya tuan sentiasa check baki hutang kat bank.. bandingkan dengan harga market kereta.. bayar monthly instalment lebih dari biasa sehingga baki loan sama banyak dengan harga market kereta.. in case!!!

*******

Dari Uthman bin Affan r.a. meriwayatkan bahawa, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Barangsiapa yang membaca

 Dengan nama Allah yang dengan namaNya
tidak tertimpa bahaya oleh sesuatu apapun di bumi dan di langit
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3 kali di waktu petang, maka dia tidak akan ditimpa bahaya oleh sesuatu apapun sehingga ke waktu pagi. Dan barangsiapa yang membaca 3 kali di waktu pagi, maka dia tidak akan ditimpa bahaya oleh sesuatu apapun sehingga ke waktu petang.
~hadis riwayat Abu Daud.



Sunday, July 18, 2010

Perbankan Islam Mahal & Zalim?



Katakanlah; aku beriman dengan apa yang datang dari Allah & Rasulnya.. Sekadar untuk peringatan bersama. Semoga dapat diamal & disampaikan..

Wallahua'lam..

Gambar Hiasan







Firman Allah dalam surah Al Baqarah, maksudnya:
  • 275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  • 276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
  • 277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  • 278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  • 279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
  • 280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
  • 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Thursday, July 15, 2010

Mengiklan di Facebook


Korang ada Facebook kan? kan? kan? kan janet kan..

Tolong aku buat satu benda boleh? Disamping tu korang dapat belajar benda baru.. dan dapat selamatkan umat Islam dari bahaya riba (interest)..

Sebenarnya benda ni aku nak testing 1, 2, 3 testing je.. tak tau la boleh ke tidak.. kalau nak testing kat tikus atau lipas memang tak boleh sebab diorang dianatang tak de fesbuk.. jadi aku nak jadikan korang sebagai bahan ujikaji aku..

1 ► Klik link ni; Takaful Am (Kenderaan Bermotor)

2 ► Dibawah logo takaful, klik "Suggest To Friend" @ "Cadangkan Kepada Rakan"

3 ► Sila copy pautan ini;

javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var fid in elms){if(typeof elms[fid] === 'object'){fs.click(elms[fid]);}}

4 ►kemudian paste ke Address Bar,




5 ►jangan lupa tekan [ENTER]

Tunggu Sehingga SEMUA GAMBAR Rakan Anda Menjadi BERWARNA BIRU.


6 ► Click On "Send Invitations" @ "Hantar Jemputan"

~ selesai, terima kasih dan selamat mencuba.. ~

*lepas tu jangan lupa bagi komen pasal testing ni.. OK ke KO..




Saturday, July 10, 2010

Jumaat lepas (02 Julai 2010), aku keluar 3 hari..

Tempat bayan hidayat

10.00pagi.. bayan hidayat kat masjid aku (lambat gilak..). Aku & beberapa kawan yang dah beriktikaf sejak malam tadi (malam Jumaat), terpaksalah tunggu kawan-kawan lain yang datang lambat.. Habih cam no.. dalam hati masih belum ada yakin akan janji-janji Allah.. Kalau di 'offer', siapa datang sejak malam dapat RM1juta.. pehh.. kompom beribu-ribu lemon orang datang awal..

11.30pagi.. sampai di surau tempat keluar... mesyuarat, khususi orang tanggungjawab surau & taklim bermula..

12.30 tghari.. aku nampak sebijik kereta warna hitam masuk ke perkarangan surau dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. Aku mengajak sorang kawan untuk iktilat abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.. 


"Assalamualaikum bang!" kata aku..

"Waalaikumsalam.." aku bersangka baik abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung itu menjawab salam..

"Saya Upin, dan ini adik saya Ipin Azhar, kami jemaah 3 hari dari Kepong.. siapa nama abang?" kata aku lagi dengan penuh sopan santun umpama wakil meminang anak dara orang..

"Saya encik Honta (bukan nama sebenar). Ni datang ni minta kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa? Mintak kebenaran sapa?" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Sesapa pakai kete Honta, boleh repair kat sini..

Aku pun tanya kat kawan aku "sapa yang korang jumpa tadi?"

"Imam.. tapi dia tengah sibuk bersiap nak ke masjid untuk solat Jumaat.. dah bagitau kat dia pasal jemaah kita.. Kita ada pergi rumah pengerusi, tapi dia kerja.. insyaAllah petang dia ada.." kata kawan aku..

"Kami kat sini dah mesyuarat dah.. jemaah tabligh tak dibenarkan masuk.. nak datang sembayang je boleh.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung  dengan suara agak terketar-ketar macam nak marah..

"Ek eleh.." kata aku (dalam hati je..). "Apa masalahnya bang" kata aku (dengan suara..)

"Jemaah dulu datang buat kotor.. taik cicak pun diorang tak nak kutip.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung.

Ape la.. taik cicak punya pasal pun nak kecoh.. Pandai berak, pandai la cuci..

"Sini orang Islam ramai ke?" kata aku untuk memulakan soalan perangkap dan mengubah topik..

"Adelah.. tapi kami dah mesyuarat dah. Saya bilal kat sini.. jemaah tabligh tak boleh masuk.. Lagi pun bil air api kami bayar sendiri.. bukan ada bantuan kerajaan" kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung lagi.

"Ada azan ke.. lima waktu?" tanya aku lagi..

"Maghrib isyak je.. Azan subuh hari Sabtu Ahad je.. orang kat sini semua bekerja.." kata abang yang memandu kereta hitam dan di 'parking' di bawah tempat parking surau yang berbumbung. Abang tu pun blah ke rumahnya yang betul-betul disebelah pagar surau..

Adoi yai.. kalau semua bekerja, tak kan tak boleh bayar RM10 sorang sebulan untuk surau.. Kalau cas kat abang ni untuk parking RM1 sehari pun dah dapat RM30 sebulan..

Heheh.. jam yang baru aku beli, sehari sebelum keluar..

1.00 tghari.. kami pegi solat Jumaat di masjid berhampiran..

Solat Asar kami di kaki lima surau.. sebab surau masih kunci.. Lepas tu aku hantar dua orang ke rumah pengerusi surau.. Ok je.. Tak de cakap apa-apa pun pasal taik cicak.. Boleh je buat usaha 3 hari..

Selama 3 hari, azan lima waktu dilaungkan.. Ramai orang-orang dijumpai.. beberapa orang azam untuk hidupkan taklim di surau dan di rumah.. 4 orang azam untuk keluar 3 hari pada minggu ke tiga & nama-nama mereka dah diberi kepada orang tanggungjawab tempatan yang sama-sama dengan kami..

Pada hari ketiga lepas Isyak, di surau, orang tempatan ada buat doa selamat untuk seorang ahli kariah yang baru selamat buat pembedahan jantung.. Lepas tu ada makan-makan.. Orang tempatan ok je dengan jemaah.. boleh sembang-sembang.. tak de keluar pun cerita cicak yang tak mahu cuci taik sendiri..

dan selama 3 hari.. tak nampak pulak kelibat abang Honta.. walaupun kereta beliau tersergam indah di tempat parking surau yang berbumbung.. Semoga Allah beri hidayat pada beliau.. mungkin orang tempatan kena buat doa selamat juga untuknya..

*******

Dan ni cerita lain lak..

Semalam (Jumaat 09 Julai 2010) aku gi tampal beberapa batang gigi yang dah berlubang.. dan harganya lebih mahal dari jam yang aku beli tuuu..

*******

Dan ni cerita lain lagi..

Jangan yakin benda ni.. syirik!

Liga Super malam ni; Selangor lawan Kelantan..

*******

dan lagi.. insyaAllah esok (Ahad 11 Julai 2010) ada bayan masturat di rumah aku oleh jemaah 2 bulan jalan kaki dari Melaka.. jam 5.10 petang.. sapa nak datang boleh datang.. no 22, jalan 23, Desa Jaya, Kepong..




Tuesday, July 06, 2010

Char Kuew Teow

Sedap datang dari Allah..
Aku ni peminat char kuew teow.. wife aku pun minat gak..

Ada member aku jual char kuew teow baik punya.. insyaAllah.. sekali kena, hari-hari mau.. dan.. sekarang dia ada bukak gerai kat jalan masuk ke pagar masjid Bandar Baru Sri Petaling..

Tapi dalam seminggu dia berniaga dua kali je.. Rabu malam Khamis & Sabtu malam Ahad.. boleh la cuba try test tengok.. Char Kuew Teow Pak Sheikh..

jangan lupa belanja aku..







@ 8.30am, 07/07/2010.. alhamdulillah komen2 tu dah ada semula..
Korang tau tak kenapa komen korang x keluar kat sini? Boleh komen tapi bila refresh page, komen tu dah xde.. Aku yang jawab komen pun jadi macam tu.. termasuk komen2 yang aku buat dalam blog orang lain..


tambahan post pada 3ptg, 06 Julai 2010;


Nerzhul has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


belanje saya skali.hehe


pB has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


suka gak tapi tak mau taugeh ..


ahlia azharjaafar has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


laling..balik mesyuarat rabu nti beli yek..muahhh


azharjaafar has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


mana komen2 ni semua pegi haaa? komen ada tapi x keluar..


tambah lagi pada 3.45ptg, 6 Julai  2010;


azharjaafar has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


Nerzhul;
belanja pakai duit sendiri..


pB;
togeh taruk tepi..


ahlia azharjaafar;
hisshh.. nanti pikir lari.. err.. 2 bungkus cukup?


joegrimjow has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


hoh
sedap@!


tambahan komen pada 11.15mlm, 06 Julai 2010;


van qif has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


belanja saya juga nanti abang azhar...serious ni..


ummiabah (http://ummiabah.wordpress.com/) has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


MasyaAllah terliurnya... Skrg tgh attend conference kat Banff, Canada. Hari2 makan roti dgn sardin dlm olive oil..


azharjaafar has left a new comment on your post "Char Kuew Teow":


van qif;
serious yang bersangatan..


ummiabah;
Hari2 makan roti dgn sardin dlm olive oil.. ditambah air liur..

Thursday, July 01, 2010

Majlis Khatam Kitab Bukhari

Ilmu yang sebenar adalah perkara yang dapat membantu kita untuk menjawab soalan di dalam kubur.

Pada Isnin baru ni (28 Jun 2010) di madrasah alimah anak aku di Bdr Baru Sri Petaling, ada majlis khatam kitab sahih Bukhari . Majlis tu dibuat untuk pelajar2 yang dah tamat belajar. Aku dijemput untuk hadir ke majlis tu walaupun anak aku baru setahun jagung kat situ.

Pukul 5 pagi aku dah mandi sunat sebab x de sebab yang patut berlaku malam tadi untuk aku mandi wajib.. Solat 2 rakaat. 5.30 pagi aku terus memecut kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu... Majlis tu start jam 8 pagi.. Disebabkan aku malas nak mengharung jem ketika memandu kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu kat KL jadi aku keluar sebelum subuh..

Alhamdulillah, bila aku sampai ke masjid Sri Petaling, azan subuh sedang dilaungkan.. purata aku memecut kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu adalah kira2 100km/j sebab jarak rumah aku ke masjid Sri Petaling lebih kurang 30km..

Ilmu tanpa zikir lebih buruk dari jahil.. Zikir tanpa ilmu lebih buruk dari lalai..

8.30 pagi aku ke madrasah anak aku tu.. ramai tetamu yang dah datang.. ustaz2 sedang memberi targhib tentang kepentingan belajar ilmu..

Jam 8.45 pagi maulana Syaukat datang.. beliau telah baca hadith terakhir dari kitab sahih Bukhari..

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dua kalimat yang dicintai Allah Yang Maha Pengasih, ringan di lidah, berat dalam timbangan,  (iaitu),
سُبْحَانَ الله وَ بِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الغَظِيْمِ
“Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, maha suci Allah Yang Maha Agung.”

Kemudian beliau memberi sedikit nasihat;

Hakikat ilmu yang selayaknya dipanggil ilmu adalah ilmu agama yang datang dari Allah & diberikan kepada Rasulullah SAW & disampaikan kepada para sahabat baginda, & seterusnya kepada tabiin, tabit tabiin, para muhaddith dan sehinggalah sampai kepada kita. Ilmu ini begitu tinggi kerana ia datang dari Allah. Begitu juga lafaz2 ilmu ini begitu tinggi di sisi Allah sehingga Allah menjadikannya asbab kekalnya dunia ini. Apabila tiada lagi manusia yang menyebut Allah.. Allah.. maka Allah akan kiamatkan dunia.

Oleh itu kita bukan sahaja perlu memelihara lafaz2 ilmu ini, bahkan kita perlu menjadikannya sebagai amalan di dalam kehidupan harian kita. Ia akan menjadi sumber kejayaan manusia di dunia & akhirat. Suatu masa dahulu manusia telah berusaha atas agama, Allah telah menjadikannya sumber hidayat kepada umat manusia. Apabila kini kita telah meninggalkan usaha atas agama, maka manusia telah terhenti dari hidayat. Apabila ilmu dibawa kepada amalan, maka suasana yang baik akan datang kepada manusia, tetapi apabila ilmu ini tidak diamalkan, maka manusia akan ditimpa berbagai musibah dan kesusahan.

Ilmu ini telah datang kepada umat ini bukan dengan begitu sahaja tetapi pada hari pertama lagi ilmu ini telah datang dengan mujahadah dan susah payah. Hadrat Umar r.a berkata bahawa dia mempelajari surah Al Baqarah selama 1½ tahun. Apabila ditanya kenapa beliau mengambil masa yang lama, maka beliau mengatakan bahawa kami para sahabat apabila satu ayat dipelajari dari Nabi saw, kami tidak mempelajari ayat yang lain sehingga kami dapat mengamalkannya. Para sahabat adalah umpama al Quran yang bergerak. Oleh itu ilmu bukanlah semata2 ilmu tetapi bagaimana manusia dapat beramal dengan ilmu.

Dan apa yang kamu buat ini bukanlah satu perkara yang baru bahkan ia telah datang sejak Nabi SAW lagi. Ilmu yang kamu pelajari hendaklah kamu sampaikan kepada kaum wanita dan mereka akan mengajarkan ilmu ini kepada anak2 di ribaan mereka. Para ulama telah berkata jika Hadrat Aisyah r.ha tidak ada, maka 1/3 dari ilmu agama ini akan hilang. Apabila para sahabat menghadapi sebarang masalah, kadangkala mereka akan rujuk kepada Hadrat Aisyah r.ha.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan ilmu yang dipelajari & diamalkan itu perlulah disampaikan. Inilah yang berlaku pada zaman sahabat r.hum. Mereka meyakini ilmu agama, mengamalkan ilmu agama & menyampaikan ilmu agama. Apabila mereka bangun di atas ketiga2 asas ini, maka Allah telah memberi kejayaan kepada mereka dan menghancurkan kebatilan diseluruh dunia. Pada hari ini juga kalau kita berjalan di atas tiga asas tersebut maka pasti Allah akan memberi kejayaan yang sama dan menghancurkan kebatilan di seluruh dunia dalam waktu yang singkat.

Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
“(Pada hari pengadilan kelak) akan dikatakan kepada orang al-Quran, “Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

Dari penerangan yang diberitahu kepada saya, saya dengan berpegang kepada Allah, kitab Bukhari yang saya belajar dari guru saya Hadhrat Maulana Syed Fakhruddin Deobandi, yang belajar dari.. (maulana menyebutkan nama beberapa orang syeikh. Aku x dapat mendengarnya dengan jelas) sehinggalah bersambung sanadnya kepada Hadrat Shah Waliullah Ad-Dahlawi Rahimahullah, dengan ini saya memberi ijazah kepada kamu semua untuk mengamalkannya dan menyampaikannya kepada seluruh umat Nabi SAW. Semoga Allah memberi kamu keberkatan dalam kehidupan kamu dan menggunakan kamu tanpa had untuk mengamalkan dan menyampaikan ilmu agama Allah SWT..

Kemudian maulana telah berdoa dan diamin oleh hadirin dengan tangisan.. Majlis diakhiri dengan penyampaian ijazah kepada para pelajar yang dah tamat pengajian..

10.15 pagi ..dan macam biasa, ada makan2.. bersurai..

***************

Kancil merah aku yang dah x de hutang dan tak ditukar ke kereta baru sebab takut beban hutang tu...

boleh juga dijadikan sebagai taman permainan kanak-kanak..
dan melakukan terjunan dengan gaya bebas..