Monday, June 07, 2010

Pesan Hadratji

 Satu taman dari taman-taman syurga
atau satu lembah dari lembah-lembah neraka.


Tuan-tuan yang mulia,

Allah SWT suka dan cinta kepada agamaNya dan usaha agamaNya dan tidak ada sesuatu yang Allah SWT cintai lebih daripada dua perkara ini. Barangsiapa yang membantu usaha untuk agamaNya, Allah SWT akan membantunya seperti mana firmanNya : "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya".

Tuan-tuan berusahalah bersungguh-sungguh untuk agama Allah SWT. Bergeraklah bersungguh-sungguh dan pergilah ke tempat-tempat yang banyak dan sebarkan, usahakan dan wujudkan suasana kesedaran dikalangan manusia-manusia lain yang akan memberatkan agama, yang akan membesarkan agama dan akan fikirkan untuk amal agama.

Amalan-amalan yang kita buat semasa berada di jalan Allah SWT jika nak dibandingkan dengan amalan di tempat sendiri dari segi nilainya adalah beribu-ribu kali ganda. Zikir yang kita buat dirumah kita sendiri, tilawah quran yang kita buat dirumah kita sendiri dan ibadat-ibadat itu jika dibuat dijalan Allah SWT adalah berjuta-juta kali ganda nilainya.

Hari ini dari segi amalan kita sudah banyak membelakangkan diri kita. Oleh itu kita keluarlah dijalan Allah dan buatlah amalan-amalan yang baik dan banyak supaya amalan-amalan kita ini lebih bernilai disisi Allah. Syaitan sentiasa menipu kita iaitu "Kamu islahlah diri kamu dan betulkan diri kamu dahulu, barulah kamu cuba islahkan diri orang lain". Tetapi tuan-tuan yang mulia, kita keluar dijalan Allah SWT ini adalah dengan niat untuk islah diri kita bukannya untuk islah diri orang lain.

Semoga Allah SWT jadikan kita sebagai orang-orang yang akan amal dan orang-orang yang akan cinta agama dan orang-orang yang keluar ke jalan Allah SWT untuk amalan-amalan yang banyak. Semoga Allah SWT jadikan tuan-tuan istiqamah di dalam agamaNya, dapat kembangkan agamaNya dan dapat memajukan tuan-tuan di dalam agamaNya.

*********************************

*dicilok tanpa izin dari encik penggali kubur.. 



 Aku harap satu hari nanti, barang-barang ni saja
yang balik ke rumah tanpa tuannya..


11 comments:

  1. salam,

    dalam balaghah karkun, "kubur boleh jadi kilang-kilang besi". hu! tak nangis tengok kuburan..

    perkongsian beramal walau belum sempurna ilmu & amal;

    Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”

    Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

    ReplyDelete
  2. agak banyak kelengkapan khurujnya tu.

    ReplyDelete
  3. sedihh sbb abg nak syahid hehe

    ReplyDelete
  4. salam..
    ana budak br belajar.. nk tnyer kot2 tuan tahu ta'lim masturat sekitar kota bharu ataupun kubang kerian.. ataupun ana boleh berhubung dgn alia tuan. syukran

    ReplyDelete
  5. saya pown mahu syahid.. alangkah indahnya alam kubur.. alangkah indahnya syurga...

    ReplyDelete
  6. ibnu dinar;
    katakan; "aku beriman dgn apa yg dtg dari Allah & RasulNya.."

    karkuzaridakwahiman;
    hanya Allah yang mempunyai sifat2 yg sempurna..

    aishah_conteng_je;
    banyak barang, banyak beban.. semoga tak banyak hisab.. ohh..

    hainur hapis;
    setiap orang yang mengaku beriman kena ada keinginan untuk syahid di jalan Allah..

    iWrOTeDis;
    sila tanya pemilik blog ni; http://bonekahati.blogspot.com/

    Yard;
    sahabat Nabi sebelum mati dah dapat bau syurga..

    ReplyDelete
  7. iWrOTeDis: taklim masturat KB di markaz KB di Kg dusun Raja. start pukul 9.30-12.30 lebih kurang

    ReplyDelete
  8. umat menderita... ummati..ummati.. taubat kerana tak buat kerja :(... 2010 dah targhib nyawa :((... saya x wat apa2 ... Yaa Allah maafkan saya

    ReplyDelete
  9. bayan subuh zon tengah 2010 hari terakhir...orang alim kasi tau...di dunia kita semua tidur...masuk kubur baru jaga...

    ReplyDelete
  10. Fuad;
    Hidup ini hanyalah mimpi yang memperdaya. Kehidupan sebenar bermula apabila kita dihidupkan selepas kematian.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...