Wednesday, March 31, 2010

Siri Bercakap Pasal Jin

AMARAN! Sebelum meneruskan pembacaan entri ini, pastikan anda adalah seorang yang tidak takut kepada makhluk.. hanya takut kepada Allah. Jika anda seorang penakut kepada hantu, momok, jembalang, mambang, jin dan yang seumpamanya.. sila ajak kawan2 lain membaca bersama2 anda.. Jika anda berdegil juga untuk membaca entri ini berseorangan diri, pastikan anda telah berwuduk, menulis sedikit wasiat dan mengucap kalimah tauhid..

~Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

7 jin dari UK

 "Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur.

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak...

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan-lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar-benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat-urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :

Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi

melemang………

Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."


Zaassss....


~heh..heh.. rilek.. jangan suspen tahap gaban takut.. acah je. Petikan kat atas aku ambik dari buku Siri Bercakap Dengan Jin tulisan Tamar Jalis. Masa sekolah dulu aku suka baca buku nih.. Patutla BM dapat 7. Lepas tu susah nak masuk mana2 IPT.. heh.. heh.. sekali lagi.. Sebenarnya dah takdir Allah gitu.. asbab tu aku keje cepat, 'kenal dunia' cepat dan ehem.. ehem.. kawen cepat.. tu yang best..

Amacam? Aku agak dah korang ni spesis penakut gak.. Sama macam aku.. (tau x pe).

Berbalik pada tajuk entri.. Ahlia (isteri) aku tanya pasal qarin.. Aku pun membuat sedikit pengeksplainan (jangan marah dengan gaya bahasa aku, maklumlah BM dapat 7..) dari apa yang dengar dari para ustaz.. Tapi nampak macam tak puas hati je.. jadi aku search kat google.. jumpa pulak article nih.. Disebabkan aku rasa korang yang baca blog ni suka cerita pasal jin (mungkin ada darah keturunan jin), jadi aku kongsirayakan kongsikan kat sini..

Otaaak.. otaaak.. otaaak..

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Katakanlah sahaja, 'aku beriman kepada apa-apa yang datang dari Allah dan RasulNya..'

Wallahua'lam..

Wakil Malaysia dalam Zombielympics 2011

*sejak kecik aku memang selalu dihimpit oleh jin.. kadang2 dalam seminggu sampai dua tiga kali.. Tapi sejak aku buat usaha agama ni kurang sikit.. mungkin jin tu pun dah taubat dan dah sama2 keluar buat usaha agama..

Kat rumah aku ni dulu, ada satu sudut tu yang pada perasaan aku ada banyak jin.. tempat tu jarang dipakai oleh kami sekeluarga.. Mula2 aku tak ambik kisah.. tapi lama2 aku rasa jin tu makin banyak. Jadi aku bagi tempoh 3 hari untuk diaorang diajin pindah.. Lepas tiga hari aku baca ayat2 manzil dan renjis di empat penjuru rumah.. Rasanya jin2 tu semua dah pindah lepas tu.. (x tau ke mana, sebab diajin x sms aku, mana diajin pindah..).

Yang nyatanya, jin pun makhluk macam kita.. Yang berkuasa hanya Allah. Tiada yang boleh memberi manfaat, tiada yang boleh memberi mudharat, kecuali Allah..

THE END..
*duluuu.. aku suka pi tengok wayang. Aku paling bengang kat apek yang jaga pintu tu sebab suka bukak pintu sebelum tulisan THE END ni keluar..



22 comments:

  1. salam.. First..hehehhe
    Jin..Jin..Jin...
    Mesti dapat ilham daripada komen2 yg berkaitan dengan jin.Terus tulis pasal jin kan??
    Entry yang menguatkan iman ni.. Sape2 yang lemah iman, disyorkan baca sampai habis ye.. Yg perasan kuat imannya, tak payah bace takpe, terus tutup.tak pun terus komen kat sini.

    *mesti ramai yg tak bace, pastu terus komen..hahahah...kena2..

    ReplyDelete
  2. Chorus
    disini ada pesta
    disini ada pesta
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu...
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu....
    ada hantu...ada hantu....

    Verse 1
    bukan si botak dari angkerbatu
    setan atau dual personaliti
    tapi orang bilang dalam aku ada hantu
    entah terserah adili sendiri

    bila aku datang dia pasti pergi
    yin yang,satu malam satu siang
    roh ada dua jasad dikongsi
    dia agresif aku pendiam
    aku pemalu dia pula berlagu
    kusenyum bila sipu dia senyum bila tipu
    aku chill,
    dia bangun laram baju
    ku nampak jahat oops,dia ambil dari situ
    aku lekas marah,dia lekas berdarah
    aku genggam angin,dia tumbik bila kalah
    ra ra ra itu dia siapa tahu
    nenek pernah cakap dalam aku ada hantu
    mungkin kerna itu, flowku berhantu
    mungkin kerna itu,showku berhantu
    kaunser berhantu
    dimana ada aku ada pesta berhantu
    one,two,hantu.

    percaya hantu, takut hantu
    tapi tak pernah nampak pun hantu
    tapi boleh rasa,boleh tahu
    dalam aku ada hantu

    Chorus
    disini ada pesta (hantu)
    disini ada pesta (hantu)
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu...
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu....
    ada hantu...ada hantu....

    (berani coba yuk)
    Verse2
    bulu roma naik,aku nampak hitam
    bila aku pitam dia datang cakap siam
    jangan sambut dengan jampi dia tak terima
    ikut mazhab rimau raja rama V
    pooh kiri,pooh kanan ra ra ra
    pasti kena tampar ha ha ha
    siapa takut lari,berani kena campak
    kenapa kita takut benda yang tidak nampak?
    benarkah wujud kalau kita tidak nampak?
    penakut
    takut benda yang tak nampak
    bila tengokn cermin,aku takut aku
    nenek pernah cakap dalam aku ada hantu

    tengok cermin ku takut aku
    nenek bilang dalam aku ada hantu
    nenekmu pun kan bilang begitu
    kan dalam kita semua ada hantu

    percaya hantu, takut hantu
    tapi tak pernah nampak pun hantu
    tapi boleh rasa,boleh tahu
    dalam aku ada hantu

    Chorus
    disini ada pesta
    disini ada pesta
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu...
    datang tak diundang
    pulang tak dihantar
    dalam aku ada hantu....
    ada hantu...ada hantu....

    (berani coba yuk)
    1,2 he's after you
    3,4 better lock your door
    5,6 garb your dude or chick
    7,8 never stay up late
    9,10 (hantu) im back again

    ReplyDelete
  3. Norrid_Riddy dah disampuk hantu... Hadui... Pliz help my housemate...

    ReplyDelete
  4. 0o0o dah paham pasal qarin.. alhamdulillah. tq. .. kebetulan aritu rumet sy ade tny if i know anything pasal qarin. i said i've read about it somewhere but just couldnt recall at that time.
    tq! :-)

    mcm mane plak dgn kes jin pakai toncet?

    p/s: atas tu mmg lagu betul2 ke??

    ReplyDelete
  5. teringat gelak sudin dan kwn2 pasal gelakkan huruf 'M' hehe,

    Jazaka Allah Khir abg azhar , send this article,

    mdh2an blog abg jadi asbab, Allah kira sbgai phla di akhirat kelak Insya Allah


    so mulakan tiap2 satu keja dgn Bismillah,
    masuk ofis, masuk umah dgn bismillah


    so igt bismillah, minum air, mkn kene bismillah k


    nnt berkat rezeki tu dlm badan Insya Allah - bayan Sri Ptlg


    Moga Iman Amal Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. aslmkm..

    jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. :)

    ReplyDelete
  7. aishah tak baca lagi..sebab dah ngantuk

    ReplyDelete
  8. Norrid_Riddy;
    Laa.. lagu hip hop la pulak.. ni geng gantung cd besar kat leher la ni.. hmm..

    nah.. ambik ni dari otai..

    bulan tua di sebalik awan
    suasana sungguh mengerikan

    langsuir liar mencari mangsanya
    rupa wajah amat menggerunkan

    rambutnya terhurai mata kemerahan
    pabila menjelma kau kan diserang

    bila keseorangan berwaspada
    ia menghampiri
    menakutkan dan jika terlena
    jadi mangsanya jangan takutkan dia
    jika beriman

    http://www.youtube.com/watch?v=NQSxnFzO3kw

    mhafiz_ydin;
    nak kena keluar cepat la tu..

    ^inas^ ;
    tu mambang..

    hainur hapis;
    nak kawin pun kena bismillah..
    waalaikumsalam..

    Ishak Zaini;
    tapi kalau Misteri Mimpi Syakila ok jer..

    aishah_conteng_je;
    x baca pun x pe.. tengok gambar dah cukup..

    ReplyDelete
  9. Terbayang saya, agaknya bila ada edisi "Bercakap dengan manusia", keluaran Jin tentu dialognya begini:

    Pak Ju, sejin tua berkata dengan nada marah sehingga keluar api dari matanya: "Cis, tak guna punya manusia,diaorang datang lagi dengan traktornya menebang semua pokok-pokok dan menghancurkan semua kota kayangan kita"

    "Betul Pak Ju, manusia ni jahat sungguh, bukan hanya seluruh kota kayangan kita dihancurkan, malah ramai dari anak-anak kita mati katak kerana tertimpa pokok-pokok yang ditebang oleh manusia", sampuk Pak Ja sambil menghembus asap keluar dari hidung dan telinganya.

    "Ya sungguh jahat sungguh manusia, bulan lepas, Pak Ji dan keluarganya, jiran kota sebelah kita, habis ditangkap oleh seorang bomoh manusia untuk dijual sebagai hamba kepada bomoh-bomoh lain" kata Jinab pula, taukey warong tempat Jin itu melepak.

    Pak Ju berkata, "kalau begitu, kita serang mereka..."

    Tiba-tiba sekumpulan Jin berserban datang dari masjid dan memberi salam. Kemudian Mutakalim jemaah jin pun berkata, "Mahluk tak da kuasa, hanya Allah yang berkuasa......." dan seterusnya menaskil Pak Ju dan jin-jin lain kemasjid untuk bersolat berjemaah...

    - Sorry Azhar...he he he, tersampuk pula saya baca blog jin Azhar ni...

    ReplyDelete
  10. takk baca sebab tengok gambar pochong tengah2 malam. terus masuk selimut. err..tukar template baru ni macam blog cikgu2

    ReplyDelete
  11. zarzh;
    sambungan cerita tuan Nazar..

    selesai solat, telah diadakan majlis bayan.. banyaklah para jin yang bertenggek mendengar bayan tersebut.. diakhir bayan, tashkil dibuat..

    Mereka beri azam & bentuk jemaah.. Esoknya mereka telah keluar di jalan Allah.. tak payah naik bas, kereta atau kapalterbang.. mereka pakai terbang sahaja..

    sekian..

    *doakan saya.. petang ni nak keluar 2 bulan jalan kaki.. semoga Allah terima.. Amin.

    aishah_conteng_je;
    cikgu-cikgi..

    ReplyDelete
  12. blog ni memang berhantu...

    ReplyDelete
  13. jgn kena sampuk hantu sudaa..

    ReplyDelete
  14. - Wah Azhar, engkau tune Rusdy Blade, ni memori 80an "kepala batu" masa saya kat Ipoh dulu.

    Ok, semoga Allah mudahkan urusan Tuan untuk keluar jemaah pedal. Doa juga untuk saya, saya pun ada azam bulan Mei ni.

    ReplyDelete
  15. Semoga urusan abg di mudahkan Insya Allah

    selamat pergi dan slmt pulang Insya Allah

    semoga di mudahkan urusan Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  16. kisah benar.1 org telah cerita dgn anak nenek tentang karkun jin yang dia terserempak dalam hutan.mereka fikir dan risau dan ikut tertip macam kita juga.Dan 1 karkun telah dijemput masuk bertamu ke rumah 1 keluarga jin.Dia kata jin jin berlainan habitat berbeza warnanya.contohnya jin darat warna tak sama dgn jin laut.wallahualam.
    Selamat bermusafir kerana Allah semoga Allah pandang usaha tuan.

    ReplyDelete
  17. kisah benar. Siri lari daripada jin, & Jurus makhluk halus.

    Kariah kg sebelah, ada seorang yg terlihat jin di pintu masjid. Dia orang terakhir di malam itu, mematikan suis lampu & kipas serta menutup pintu masjid maka dialah yg kena buat.

    Apabila dia ingin menutup pintu sebelah tepi/belakang masjid, terpacaklah 1 jin depan dia. Besar & tinggi jin itu sebagaimana tingginya pintu masjid, berserban itam, berbaju itam, muka itam dan mata merah.

    Apa lagi.. sebagaiman tajuk di atas, dia melarikan diri daripada jin melalui pintu depan/sebelah.

    Disampaikan oleh karkun kampung sebelah.

    `

    Tahun 2005, ada jemaah semenanjung dr golongan khawas dunia datang mai kampung sy. Ada di kalangan karkun dalam jemaah ini mahir dlm ilmu kebatinan dan telah pun mengajarkan jurus makhlus halus dgn seorang karkun.

    Menurut karkuzari, Katanya (karkun ilmu batin), di kg sy banyak makhluk jadian yg biasa dipanggil 'parakang' yg bermata merah berkeliaran pada waktu malam. Di kg ini, bukan setakat parakang, balan-balan pun ada. Tidak lupa juga api terbang. He.

    Tasykil Sabah & Sarawak 40 hari lagi & lagi.. azam InsyaAllah?

    ReplyDelete
  18. setiap orang ada satu jin. tp hari ni ramai rase tak cukup, sebab tu diorang beli 'jin' banyak2., pahtu ikut je mane2 pegi. macam2 nama ade, Lee, Levi's n etc.. tp kalu kuat buat usaha atas iman, lama2 'jin'2 tersebut akan ditinggalkan, di tukar dengan.....
    jubah@kurta (pakaian sunnah)
    hehehe

    ReplyDelete
  19. ahlia aku ada pelihara satu. dia simpan dalam gerobok kat dapur.

    namanya jin.... tan manis.

    p/s. ishak zaini- pembetulan;
    jangan biarkan hidup anda diselubungi.... isteri.

    ReplyDelete
  20. baru aku paham pasal qarin..:)

    ReplyDelete
  21. patutla selalu lalai.qarin yang kacau.
    baru start baca siri bercakap dengan jin kat http://tamarjalis.blogspot.com/. tak abis lagi.

    ReplyDelete
  22. org keluar jalan Allah, doanya makbul di sisi Allah.
    tuan .. tolong doa untuk sy sekeluarga di jauhkan dari gangguan segala makhluk2 jahat .. dan dapat keluar jauh2 satu hari nanti.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...