Monday, March 22, 2010

Kisah Cuti Sekolah..

Cuti sekolah seminggu je (13 - 21 Mac 2010).. Dah habis dah. Anak-anak di madrasah pun cuti sama.. Tak planning nak gi mana, jadi pada 14 Mac, bawak diorang balik rumah nenek aku kat Ulu Yam Lama..

Rumah nenek.. Antara pusaka dan saka.. hehe..
Aku memang cuak kalau nak bermalam kat sini.. Sebab ada harimau arwah atuk 
yang masih belum diwariskan.. Korang nak ke?

16 Mac pegi memanjat Genting Highland la pulaks.. Last menet nak cari hotel memang tak de harapan la.. Semua dah penuh.. Hotel yang tak best ada la.. Jauh & terpencil.. Petang balik ahh..

Apa bentuk permainan bercorak berani mati.. aku tak berani..
Sebab aku nak mati di jalan Allah.. (cakap amin la woi..)

19 - 21 Mac.. jeng jeng jeng.. keluar 3 hari masturat..Pertama kali sejak 4 tahun..

Keluar kat Kg Sg Kandis, Kg Jawa, Klang.. Jemaah 6 pasang.. 2 pasang pengalaman 2 bulan, 3 pasang pengalaman 40 hari, 1 pasang pengalaman 15 hari.. Masjid kampung tu pun hidup 5 amal.. Tuan rumahnya imam masjid dan ketua kampung.. Memang mantap la.. Yang datang nusrah pun ramai giler..

Dalam masjid.. Bumbung dan karpet baru dengan mengekalkan dinding lama..


Rumah masturat tinggal.. 
Depan je nampak zuhud.. bahagian belakang dah ditambah bangunan baru..

Cerita sorang ahli jemaah yang baru tangguh dari keluar 4 bulan di USA pada awal Mac..

'Kerajaan Amerika mengkelaskan orang Islam kepada 4 golongan;
  1. Orang yang Islam pada nama sahaja. Tak ada apa-apa amal.. Mereka ini tidak bahaya..
  2. Orang Islam yang berpikiran moden. Mereka ni pun tak bahaya..
  3. Geng jihad.. sikit-sikit jihad.. Nak kenal geng ni, buat diorang marah.. Mereka ni dikira bahaya dan dianggap pengganas kerana boleh menyebabkan suasana huru-hara dan ketakutan pada rakyat..
  4. TJ.. Tabligh Jamaat.. Yang ni korang pun kenal ciri-cirinya.. Tengok muka sendiri kat cermin je.. Mereka ni dikira BAHAYA jugak sebab; dengan pergerakan mereka ni, orang Islam kembali mengamalkan Islam dan orang bukan Islam berduyun-duyun masuk Islam.. Subhanallah.."
 Banyak jemaah-jemaah dari France, Uk, South Africa dsb dihantar balik sesampai sahaja kat imegresen Amerika.. Ada satu jemaah South Africa dapat masuk sebab masa apply visa diorang tulis reason for visit; 'Tabligh'.. Walaupun lepas, rupa-rupanya diorang sentiasa dalam perhatian perisik Amerika..

Setelah buat usaha 3 hari, salah seorang ahi jemaah telah keluar masjid dan pegi minum kopi kat Starbuck.. Tengah syok minum dia diserbu oleh agen Amerika dan disoal dengan berbagai soalan.. Tak cukup lagi, lepas tu semua ahli jemaah kena soal.. Kemudian tu, on the spot semua ahli jemaah tu dihantar balik dengan alasan 'Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

Sebenarnya ada banyak lagi cerita masa keluar 3 hari ni tapi aku malas nak tulis.. Jadi aku pun brek emergency kat sini.. Siap tarik henbrek lagi..







bonus; Bayan Maulana Husein

18 comments:

  1. Bekas presiden US, Bill Clinton kata, tabligh 'they are no where but they're everywhere'

    ReplyDelete
  2. 19-21 masturat... kita serupa le... tapi ini aku punya first after 7 years!

    ReplyDelete
  3. ابن زين الرمباوي,
    Syukur Alhamdulillah..

    ziarah76,
    They must be somewhere..

    Abang Ben,
    Keluar masturat gak.. pehh.. x leh duk diam la pas ni.. Bini ko dah jadi jemaah tashkil..

    ReplyDelete
  4. Hm, perhaps it sounds like this: "they came from 'nowhere', but they're everywhere.."

    Sebenar-benar hakikatnya Allah Taala yang hantar.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, Allah kalau sayang seorang hamba nya
    Dia akan sibukkan org tu dgn urusan agama, takazah agama, Alhamdulillah Insya Allah

    bang azhar, kalau leh sy nak dgr lagi cter pasal jemaah yg kuar US tu

    hrp kita makin tawajuh,dan beri tawajuh kita pada Allah dan usaha yang mulia, usaha Nabi SAW ni Insya Allah

    Jazaka Allah Khir

    http://blogkarkun.blogspot.com/

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  6. Nazri Kasuan,
    Amerika kata 4 golongan.. sebenarnya kita umat yang satu.. Umat Nabi Muhammad SAW..

    hainur hapis,
    InsyaAlah, kalau rajin..

    ReplyDelete
  7. bayan & karkuzari.. Terima kaseh brader azhar.

    ReplyDelete
  8. baguslah. 4tahun x keluar masturat bukan bermakna awak sejuk masturat tapi saya gak anak kecil mai tiap tahun sorang, jadi bila tafakut sure x lepas punya sebab anak kecil, sama dgn saya dulu la anak bersusun 7 orang, bila tafakut x lepasle, tapi Alhamdulillah lani dengan izin Allah dapat istiqomah setiap 3 bulan 3hari masturat

    ReplyDelete
  9. wah..menariknya kisah-kisah tu..
    tp pasal harimau tu,betul ke bang??

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum bang
    Insya Allah saya add bayan Maulana Husein tu dlm blogkarkun ya...

    ReplyDelete
  11. subblogger,
    Susu kambing satuuu..

    Hj musa,
    heh.. heh.. Anak ke 6 (bongsu kot..), baru habis susu badan 2 tahun.. anak ke 5 skrg 3½ thn.. insyaAllah..

    iqbalsyarie,
    Ini betul-betul.. bukan cobaaann..

    hainur hapis,
    Bayan tu semua boleh disatukan je.. Guna link;
    http://www.box.net/shared/ze5aj1n8sv

    ReplyDelete
  12. Tahniah..Tahniah..Tahniah...
    Sejuuk hati tengok gambar masjid tu..Dalam gambar pun ada nur kot.?
    Nak request sambung citer yg dapat masa keluar tu, boleh?

    Abu Umar.

    ReplyDelete
  13. salam ...

    sekadar mencelah, semasa keluar 3 hari di penang, saya terdengar 2 sahabat berbincang pasal kelebihan dakwah di negara ni...syukur walaupun ramai yang melarikan diri dari JT tapi JT tidak pernah dikongkong oleh mana2 pihak ...

    salah seorang sahabat tu timbulkan persoalan...perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya negara diperintah oleh golongan yang memerangi islam. Sebab tu dakwah perlu ditingkatkan...

    saya teringat perbincangan tu bila timbul isu JT kene ambush kat US ....teringat dan inilah kebenarannya..

    wallahu'lam

    ReplyDelete
  14. ummiabah,
    Orang yang hatinya ada nur je, tenang bila tengok masjid, orang yang memakmurkan masjid dan orang yang mengajak orang memakmurkan masjid.. Kalau hati x de nur, resah je..

    sambungannya? InsyaAllah..

    sayang7894,
    Allah uji setiap manusia dengan ujian yang berbeza.. ujian tetap ada.. Semoga Allah beri kesabaran..

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya kerja Nabi s.a.w diwariskan kepada ummat ini.

    'Sebab ada harimau arwah atuk
    yang masih belum diwariskan.. Korang nak ke?'

    ReplyDelete
  16. Ghuzari Palampuri,
    Aku masih tak dapat sempurnakan kerja Nabis SAW yang diwariskan tuh..

    'Harimau tu masih berkeliaran.. belum diwariskan.. paksu aku pernah tengok..'

    ReplyDelete
  17. Tabligh Jamaat will not eat & drink alone. They will only eat & drink in a group.. This is not TJ'

    kena minum dalam masjid aje???
    luar masjid tak boleh???
    dianggap bukan TJ ???

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...