Sunday, March 14, 2010

Apa Ada Di Sebalik SPM..


Kata seorang pelajar yang sedang menunggu result SPM;
"penantian yg lama di nnti kian tiba. debaran makin memuncak^^^ ibarat menyertai progrm realiti tv- sama ade kecundang atau pun berjaya menandingi lawan yg lain. walaupun spm ni baru saja permulaan hidup kte tp ia lah yg akn menentu kn perjalanan masa depn kte yg masih pnjng. dub dub..dub dub"
... dan keputusannya, dia dapat 9A..

Aduss... kesian la pulak.. sedey pun ada.. campur rasa bersalah sebab tak usaha atas adik nih.. Adik ooi. Walaupun tak salah ambik SPM & memang disuruh belajar rajin-rajin, tapi kita kena jelas perkataan "masa depn kte yg masih pnjng"..

Kriiiiiinggg (bunyi alarm clock).. "masa depn kte yg masih pnjng" bukan setakat hidup 50 - 60 tahun kat dunia ni.. Tapi masa depan di akhirat yang kekal selamanya..Kat akhirat ada 2 tempat aje.. syurga atau neraka. Sehari akhirat bersamaan seribu tahun kat dunia nih.. Kalau senang, senang selamanya.. kalau susah, ohhh..

InsyaAllah, kalau akhirat dijadikan matlamat, kita akan selamat di dunia, apatah lagi di akhirat..

Statement "spm ni baru saja permulaan hidup kte", aku setuju sangat.. tapi bukan SPM; Sijil Pelajaran Malaysia.. tapi SPM; Sijil Pertanyaan Malaikat yang akan diajukan pada awal-awal hari pertama kita dikubur.. Kalau lulus sijil ni, insyaAllah perjalanan seterusnya akan mudah.. Kalau gagal? Nauzubillah..

 Satu taman dari taman-taman syurga atau satu lembah dari lembah-lembah neraka..



24 comments:

  1. Salam..
    Jom keluar 40 hari.
    Bawak jemaah student UNITEN
    takaza besar ni tuan.
    hehehe

    ReplyDelete
  2. :-( :-( :-(

    Sijil Pertanyaan Malaikat....

    ReplyDelete
  3. wuu.. debaran SPM sudah berakhir..
    tpi SPM - sijil pertanyaan malaikat belom.

    :'(

    ReplyDelete
  4. Allah tak tanya SPM ko dapat berapa.Allah tanya seumur hidup ko, ko buat apa

    ReplyDelete
  5. dulu masa saya masih belajar kolonel amiruddin dtg us bayan, katanya, ijazah yg kamu dapat ni nanti darjatnya lebih rendah dari kertas toilet bila kamu masuk kubur!!! huhuhu...inilah dunia yg tak lebih dari sebelah kepak nyamuk...tapi kami belajar juga sampai habis sebab ia amanah kerajaan dan ibubapa...sekarang anak2 saya tak hantar untuk dpt itu kertas laa...

    ReplyDelete
  6. Norrid_Riddy,
    tak best lah klr ngan budak UNITEN.. Err.. korang rajin khidmat tak? Kalau rajin ok la..

    ^inas^,
    Soalan 1; man rabbuka?

    matadore,
    dah tau.. tapi masih tak serius.. aduss..

    seorangnenektua,
    masa muda mu.. bagaimanakah digunakan? aduss sekali lagi..

    Umma-ali,
    itu kertas beli kat supermarket saja la..
    *belajar guna itu kertas untuk istinjak dari orang Bangladesh..

    ReplyDelete
  7. sijil pertanyaan malaikat, soalannya dah bocor...

    ReplyDelete
  8. huhu....exam SPM dah dekat,prepare pun belom...adus...huhu

    ReplyDelete
  9. ziarah76,
    memang sengaja dibocorkan.. itu pun ramai yang kantoi..

    iqbalsyarie,
    ahh.. apa lah nasib aku nanti..

    ReplyDelete
  10. istinjak guna tisu adalah lebih bagus
    dan lebih yakin


    hehe

    ReplyDelete
  11. Islam itu indah
    sekiranya ingin berjaya di dunia- penuhilah dada dengan ilmu dunia begitu juga dengan akhirat. Bekerjalah seperti anda hidup selamanya dan beribadatlah seperti anda sedang menghampiri mati.

    Oleh itu, jangan sempitkan minda kita. Apa yang pasti, mati itu satu kepastian. Adakah kita akan gembira sekiranya anak kita dapat 10E dalam SPM....tepuk dada tanya iman.

    exam merupakan didikan awal kepada anak2 kita supaya bersedia untuk menghadapai exam di padang mahsyar. nanti anak kata..."bah susah sangat ke exam kat padang mahsyar tu...sedangkan SPM failed pun takde pe pe...."

    susah gak...so seimbanglah dunia dan akhirat anda. ISLAM ITU SEIMBANG dalam semua aspek - syumul. Seorang Islam yang berjaya di dalam karier dunia disamping mampu menjadi ibad yang cemerlang mampu menjadi contoh dan tarikan untuk orang lain mengikutinya.

    "tengok ahmad tu, dah lah dapat SPM 10A, rajin berjemaah, rajin tolong orang"

    "tengok ahmad tu SPM dapat 10E tapi asyik keluar je ikut jemaah...tulah"

    contoh no 2 akan menjadi fitnah...

    wallahua'lam, semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menggerakkan hati manusia mendekati yang maha Esa

    salam

    ReplyDelete
  12. hainur hapis,
    yeahh..

    sayang7894,
    he.. he.. tak cakap pun suruh dapat 10E dan jangan dapat 10A.. cuma nak bagi contoh anak2 kita yang minda dan hatinya tiada kecenderungan akirat..

    Manusia yang memberi tumpuan kepada akhirat dah tentu akan jadi insan cemerlang di dunia.. Cuma kita yang selalu salah tafsir dan takut akan kesempitan hidup dunia..

    "Bekerjalah seolah2 akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah seolah2 akan mati esok hari" tak lah bermakna suruh kita kerja dunia gila2.. tapi suruh kita dahulukan akhirat dari dunia..

    Cthnya; sedang sibuk bekerja, azan dilaungkan.. Walaupun bekerja untuk mendapatkan nafkah yang halal juga ibadat, tapi kena dulukan solat dan kemudiankan kerja..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  13. haa bang...kat blog saya ada 2 post baru pasal SPM.pasal SPM(sijil pelajaran Malaysia) betol2.kalo ada anak-anak yg baru pas SPM tu,rasanya sesuai la utk dorang baca..mungkin boleh jadi pembakar semangat utk menuntut ilmu

    ReplyDelete
  14. eh tak terfikir plak sblm ni singkatan spm tu... sijil pertanyaan malaikat.. kalau stpm agak-agak apa ye...

    haaa...

    soalan temuduga panjang malaikat... STPM..huh huh huh...

    ReplyDelete
  15. bekerja seolah 1000 tahun lagi nak idup
    dan beribadat seolah esok akan mati

    aku dgr kt sri ptlg, org lama ckp

    maksud ayat ni adalah


    utk benda dunia, kita leh ringan2kan

    maksudnya, kalau hari ni niaga rugi ( esok tntu ada) - hidup 100 tahun lagi


    xpela hari ni miskin, esok tntu ada ( 1000 thun lagi )



    tp ttg akhirt ( esok nak mati )

    nilah kita kena pulun

    sbb esok nak mati

    kalau blh, hari ni jugak saya nak setelkan semua utang


    semua smyg qada' mcm tulah

    kalau jaga akhirat betul2


    soal study akan jadi mudah ,


    kalau dah baca Al Quran slalu, mesti hati terang

    mesti mudah nak study

    tmbh lagi dgn puasa, bersugi, dan menjaga solat jemaah ( di masjid / surau )




    bila akhirat di utamakan , maka yg dunia semua akan berjalan lancar


    tp bila dunia di utamakan,maka lama2 akan pening sdiri hehe


    elders kita dlm taklim bgtau :

    "kalau kamu tak dpt seimbangkan dunia dan akhirat, maka pilihlah yg kekal dari yg fana'"


    selagi tak keluar utk buat usaha ini
    selagi itu kita takkan faham


    ramai juga engineer

    ahli akademik berjaya

    student yg berjaya



    yg tak wat usaha dakwah, dan gagal pljrn pun ada jugak



    "Bantu agama Allah, Allah akan bantu kita"

    Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  16. Cuma nya elders pernah pesan

    utk student "dakwah dia adalah melalui stdy"

    niat nak skor, spya kwn2 turut dpt di ajak utk kuar jemaah


    kalau benar2 inginkan hidayah

    pasti Allah SWT akan keluarkan tuan2 melalui usaha ini Insya Allah


    berdoalah.


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  17. setuju sangat sangat...betullah lah....dunia ni sementara akhirat kekal abadi....dahulukan yang akhirat insyaAllah dipermudahkan Allah hal dunia...

    naper tak caya ker.....

    ReplyDelete
  18. iqbalsyarie,
    entri yang baik. Pembakar semangat.. bukan pembakar roti..

    Peluncur Islam,
    Semoga tak kena ambik STPM (soalan temuduga panjang malaikat)..

    hainur hapis,
    ya.. ya.. saya paham.. err kalau komen jgn le taruk space antara perenggan byk2..

    sayang7894,
    gua caya sama lu laa..

    ReplyDelete
  19. abg ada post artikel baru ke

    kt blogkarkun nmpk lain

    hehe

    ReplyDelete
  20. hainur hapis,
    teknik terbaru.. belajar dari ziarah76..

    ReplyDelete
  21. Salam tn2,
    Zuhud dunia bukan lah dinilai dari segi luaran. Wpun orang nak beskal tua buruk jer tp dalam hati semua perkara selain dari Allah dia nak, ni bukan zuhud. Tp sebaliknya satu orang macam2 mana ada tp dalam hati hanya nak Allah, maka dia lah yang dikatakan zuhud.
    Ulama bagitau apa tu dunia, wpun dia hanya ada beskal buruk tp sebab beskal buruk tu lah yang halang dia dari taat perintah Allah, maka inilah dunia. Sebaliknya satu orang yang ada rumah besar, kereta mewah tp semua digunakan untuk jalan Allah, untuk akhiratnya, Allah akan bagi nilai agama dalam benda yang pada kita nampak dunia pada zahirnya

    Wallahualam

    ReplyDelete
  22. Student yang buat tabligh, kena belajar betul2...jgn sampai timbul fitnah...

    jenguklah blog saya...baru2 belajar buat novel...

    khairitajudin.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Khairy Tajudin;
    betul tu tuan.. tapi student yg x buat tabligh, kita kena usaha atas mereka betul².. sbb memang dah byk fitnah..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...