Wednesday, February 17, 2010

Henpon

Alhamdulillah, segala puji hanya untuk Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga & sahabat baginda..

Aku baru balik dari keluar 3 hari kat Sek 7, Kota Damansara pada 14, 15 & 16 Feb. Keluar musim cuti Raya Cina ni kira spesel sikit.. Ni kira acara tahunan la kat Kepong.. Keluar bersama warga Bangla yang bekerja di kilang2 sekitar Kepong.. Diorang dapat cuti panjang biasanya setahun sekali je la..

  LG - Lembu Giler?

Pagi Ahad tu ada lebih 50 umat Nabi berbangsa bangla dan 10 lelaki melayu terakhir dapat dikumpulkan kat masjid aku.. Minum pagi ditaja oleh masjid (pengerusi masjid aku ni sporting..). Mesyuarat dibuat dan 4 jemaah dibentuk. 2-3 melayu bawak 13-14 bangla.. Transport?? 2 kali trip la nampaknya..

Sampai kat sana, jemaah kami diterima dengan baik oleh pengerusi surau.. Pintu dapur dibuka dan boleh guna apa benda yang ada kat situ.. Inilah layanan untuk jemaah2 yang terkemudian nih.. Dengar cerita orang dulu2, ada tempat2 yang diorang pegi, dapur yang jemaah bawak pun kena campak keluar pagar masjid.. hu2.. Tapi yang aku heran, pada zaman orang dah boleh terima jemaah2 yang datang macam ni, masih ada masjid/surau yang halau jemaah..

Malam pertama aku diputus bayan.. Walaupun bayan aku tak berapi tapi kelihatan asap berkepul2 keluar dari mulut pakcik2 yang duduk dengar bayan dari serambi surau.. Mungkin dengar bayan sambil memberi makan kepada jin..


atau LG - Lelaki Gay?

Malam ke 2 dan ke 3 tak de bayan.. Lepas Maghrib surau buat tahlil arwah untuk ahli qariah yang baru meninggal.. Lepas Isyak ada jamuan..

Dalam 3 hari tu tak de banyak usaha dibuat.. Rata2 geng bangla tu pengalaman 3 hari.. Itu pun keluar setahun sekali.. Ditambah pulak jemaah tu di'amir sab' kan oleh aku.. Jadi bertambah lepak la jadi nya.. Dan lagi.. Disebabkan ini peluang setahun sekali, jadi aku putus geng bangla tu kena masak untuk 3 hari.. Hari ke 2 siap order beriyani lagi.. Tapi memang terangkat la beriyani tu.. Teringat2 sampai sekarang.. Allah bagi nikmat..

Jadi.. Apa hubungan tajuk entri ni & gambar henpon dengan cerita aku keluar 3 hari ni?

Cam biasa.. jeng, jeng, jeng..

Inilah pertama kali sejak beberapa tahun, aku keluar 3 hari tak bawak henpon..

Jadi kurang sikit kerosakan yang berlaku pada aku dan umat..

Kesian..  Sekian..



20 comments:

  1. apakah lawak ini ;) lelaki gay??

    nak mintak ayah aishah ajak bangla kat taman ni masakkan beriyani la

    ReplyDelete
  2. Hahaha..
    Azhar pecahkan record diri sendiri..
    tahniah2..
    lepas ni pecahkan record ape lagi ek??

    ??????????
    tungguuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Aku ingat mula mula dah jadi kes ini:

    http://alhadi64.blogspot.com/2010/02/remaja-curi-4-telefon-milik-jemaah.html

    ReplyDelete
  4. pernah jugak la sesekali lupe bawak
    sehari pon xley idup da ok

    ReplyDelete
  5. tahniah! tu kira pencapaian standard satu malaysia tu... hehe

    masih ingat masa bayan tangguh maulana kata kita sekarang kalau keluar mesti nak bawak henpon, tak bawak tak sah, rasa sesak nafas (aku la tu). sedangkan ada karkun kat indonesia sampai jual henpon untuk buat modal nak keluar.

    ReplyDelete
  6. hainur hapis,
    'Ber'kat.. 'Ber'yani.. dekat2 la tuh..

    aishah_conteng_je,
    Suruh dia pegi Bangla sekali..

    pB,
    W'salam..

    Norrid_Riddy,
    Cuba pecahkan rekord tak tido masa taklim & bayan suboh..

    Ahmad Al-Hadi,
    Sama2 citer pasal henpon.. Asbab bawak henpon, ada orang curi henpon.. Maklumlah, henpon karkun2 pun boleh tahan gak..

    joegrimjow,
    Teringat 15 tahun dulu.. Tak de henpon ni biasa je.. Apa2 hal.. guna telepon je..

    Hasbullah Salih,
    Orang Indonesia nak keluar jual henpon.. Tapi aku.. Masa keluar beli henpon.. hu3..

    ReplyDelete
  7. kadang2 ada yang nak mintak khususi kt amir sab

    nak g kedai

    ke ada yg nak g bli topap hehe


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  8. tak bawak ka tertinggal tuan?

    nak keluar memang hidayat kalau tak bawak hp.

    ReplyDelete
  9. hainur hapis,
    Sekarang ni nak beli top up dah x yah cover2 line.. Bgtau je 'amir sab, gi kedai jap.. beli top up..'. Istighfar tuan..

    Tujuh Kaki Dalam,
    Bukan tertinggal.. Dah lama cadang x bawak henpon.. Baru la kali ni berhasil.. Lain tuan tawajuhnya.. Bawak henpon memang x dapat tawajuh..

    ReplyDelete
  10. eh...cam pernah tengok aje henpon tu, apa sudah jadi, sudah upgrad pada 12 megapixel punya camera ka? Kalau rosak, untuk Azhar, tempoh garantie dilanjutkan selama 2 tahun lagi.

    LG tu lebai ganaz...ha ha ha

    ReplyDelete
  11. nak naik makam tu... wali mana ada pakai henpon.

    ~KiLaT~ dah ompek tahun tak der henpon.

    ReplyDelete
  12. Kalo bawak hanset,tapi takde battery sbb tak bwk charger cmne?hehe

    ReplyDelete
  13. zarzh,
    Kalau tuan dah upgrade ke 12 mp, yang 8mp tu tolak le kat orang KL nih..

    LG mungkin juga Lu Gua..

    KiLaT,
    Ompek tahun tak do henpon.. kiro wali la tuh.. Tapi tak do la wali gak sobab ado internet.. kuali ado la..

    iqbalsyarie,
    Bawak henpon tapi tak bawak charger? Memang hampeh..

    ReplyDelete
  14. ingtkan td entry pasal keluar 3h terjumpa sebungkus plastik penuh dgn henpon kat perkarangan masjid.. hehhhe

    ReplyDelete
  15. gua baru angkat N82. Facebook dari henset je. Rasa nak berkepit selalu woooo...

    ReplyDelete
  16. kalau student keluar dengan tok janggut,tok janggut kutip h/p, lepas khuruj baru bagi.boleh call ibu sahaja bila perlu!
    tok janggut tak pernah bawa h/p bila khuruj.Lagi pun kitaorg biasanya lupa bawa h/p bila keluar rumah sampai anak anak bengang!

    ReplyDelete
  17. ^inas^,
    Kalau jumpe cam tu, terus jadi tokey henpon la..

    Abang Ben,
    Geng Nokia la nih.. lbh kurang rm1500 gak harganya tu..

    *Err.. skrg ada takaza nak hantar jemaah ke Singapore.. belanja rm1500..

    ziarah76,
    LG = Lagimau Ghast takpe..
    jangan LG = Lambat Ghast..

    seorangnenektua,
    tok janggut kutip henpon dengan kasih sayang ye.. student ok la.. cuba dengan orang lama tengok.. ha.. sendiri bayan, sendiri masak, sendiri gash la jawabnya..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...