Friday, February 05, 2010

Berhenti Kerja

Ada sesiapa nak berenti keje? Maksud aku keje dunia lah.. Keje kerajaan.. swasta.. Mesti ada sebab nak berenti keje.. Sebab tension keje banyak, x dapat gaji, boring.. Ada jugak sebab nak duduk rumah jaga anak (macam wife aku.. he2).. Ada jugak kengkawan yang nak berenti keje sebab tak dapat cuti nak keluar.. keluar apa? pampaham je lah..

Bab tak dapat cuti nak keluar ni memang tension giler.. Yelah.. kita dah semangat 46 nak keluar tapi tak dapat keluar.. lepas tu orang datang usuli, targhib dan tashkil maut.. lagi la boring.. bengkek je.. Nak datang opis pun malas.. arggghhh...

Selalu jugak orang tanya aku.. kalau berenti keje sebab nak keluar, camne? Aku tanya balik.. lepas keluar ko nak buat apa? Dia kata nak carik keje lain la, nak beniaga la.. Fuhhh.. payah jugak nak jawab tuh.. Last2 aku suruh diorang pegi mesyuarat dengan orang tanggungjawab Sri Petaling.. walaupun jawapan kepada mesyuarat tu aku dah tau.. ha3.. sebab aku pun pernah pegi mesyuarat dengan diorang..

Diorang tanya aku, kalau dah berenti esok kau nak keje apa? Aku kata aku nak bawak teksi.. Diorang kata, ok.. tapi kau bawak dulu teksi 6 bulan, maknanya siang keje opis malam bawak teksi.. lepas tu baru kau datang balik sini untuk mesyuarat.. Lepas tu diorang cakap, sekarang ni kau ada masa nak datang sini mesyuarat.. besok kau dah bawak teksi, jangan kan nak keluar.. nak datang mesyuarat pun kau tak ada masa.. Adusss.. pedihnya jawapan tuh..

Ada sekali tu aku nak keluar dan ditafakut (ditemuduga) oleh syura.. Masa tu cuti aku ok.. ada sorang mamat pun sama2 duduk tafakut nak keluar IPB.. syura tanya dia cuti macam mana? Dia kata dia dah berenti.. sebelum ni dia keje kat Maybank. Lepas tu syura kata kenapa tak mesyuarat dulu nak berenti keje.. habis tu siapa nak buat dakwah kat staff Maybank tu kalau awak berenti keje? Ha.. jawab, jangan tak jawab..


Macam mana pun, pengalaman aku.. 3 kali berenti keje.. he3..

Pertama kali masa keje kat Kwong Yik Finance.. aku berenti keje tahun 1998 sebab dapat VSS satu tahun gaji.. Masa tu aku baru belajar2 keluar 3 hari.. wah.. ni lah peluang aku nak keluar dari cengkaman bank.. dah 7 tahun aku keje kat situ.. dapat setahun gaji keje goyang kaki.. Tapi masa tu aku masih tak ada kekuatan nak keluar 40 hari.. wife pun belum faham usaha.. Jadi.. Cuti-cuti Malaysia ajelah.. OKB makan angin..

Kali kedua masa keje kat Alam Flora SB tahun 2000.. Tahun 1999 aku dapat cuti untuk keluar 40 hari.. Tiba-tiba tahun 2000 tak dapat cuti.. masa tu bulan 11, aku dah bentuk jemaah sempurna dari Kepong 8 orang nak keluar kat Kuching.. Tiba2 tak dapat cuti.. bos aku pompuan pulak tuh.. tambah angin la aku.. dekat 10 kali aku taruk borang cuti kat meja dia.. Apa lagi gaduh la.. Tapi tak de la sampai tarik2 rambut.. Hentak2 meja je..

Ahh.. sampai masa dekat nak keluar, aku bungkus barang2 aku dan chow.. goodbye.. Patut kena bayar gaji sebulan sebab berenti tanpa notis.. Tapi masa tu ada bonus sebulan gaji.. so.. keep the change..

Aku keluar 40 hari dengan happy nye.. Orang tanggungjawab Kepong carik aku kat markas.. tapi aku nyorok.. Balik dari 40 hari, cam biasa buat muka toye.. macam tak besalah.. Lepas tu sebuk la pulak carik keje.. Ade keje tak nak keje, tak de keje carik keje.. Tu je la keje..


Tahun 2001 aku keje ngan MK Land, kompeni buat rumah.. tahun yang aku tak dapat keluar 40 hari atas nasihat orang lama.. Aku apply cuti tapi tak dapat.. Bos no satu tak bagi.. (sebenarnya Allah yang tak izin..). Bos kecik kesian kat aku.. dia kata kau diam2 lah cuti 10 hari.. dapatlah aku keluar 10 hari akhir Ramadhan.. Masa tu aku rasa berharganya 10 hari tuh.. Tangkap nangis beb..

Tahun 2002 aku dapat cuti keluar 40 hari.. Allah bagi..


Kali ketiga.. tahun 2003 sejarah berulang.. aku tak dapat cuti lagi.. masa tu nak keluar 4 bulan pulak.. Aku tak mesyuarat ngan syura, sebab aku dah tau jawapannya.. Aku mesyuarat ngan wife aje.. heh.. Keputusannya.. berenti keje.. Tapi dengan cara baik.. bagi notis sebulan sebelum berenti..

Bulan 10, 2003 aku pegi India.. Yang tak best tu, setiap kali Maulana Saad bayan, dia akan sebut bab muamalat.. Lepas tu bab 'Jangan Berenti Keje Kalau Nak Keluar..' Bila dia bayan je, dia ulang benda tuh.. Bila dia bayan je, dia ulang benda tuh.. Ehh.. maulana ni asyik kenen aku jer.. Aku pun rasa bersalah yang teramat sangat.. tapi nak buat camne.. benda dah jadi..

Balik dari IPB, aku dah tak nak keje ngan orang.. Aku belajar2 jadi ejen takaful.. Mula2 takaful keluarga (life insurance).. senang je.. sebab dah biasa ngan keje2 jumpa orang dan tashkil.. lagi pulak dengan kopiah & janggut.. memang Allah mudahkanlah dapat bisnes..

Tapi lama2 aku rasa pikir aku dah mula lari.. tiap kali pegi khususi orang, ada sikit niat nak ajak ambik takaful.. Anak 3.. bini tak keje.. wah, sesuai jadi prospect nih! Ambik no telepon.. nanti repeat.. bukan ajak buat usaha dakwah, tapi nak ajak ambik life insurance.. Aku tak boleh kontrol.. (bukan makna korang tak boleh jadi ejen life insurance.. ni aku cerita pasal aku..). Jadi slow2 aku tinggalkan keje ni..

Tahun 2006 aku mula buat Takaful Am (kenderaan bermotor).. sampai sekarang..

Januari 2010.. Allah nak ajar aku.. bukan cuti (walaupun wife dah luluskan.. sebab dia yang nak kena buat keje takaful aku..), bukan duit, bukan passport, bukan visa yang nak keluarkan kita di jalan Allah.. walaupun dah duduk bayan hidayat.. tapi semata2 dengan pilihan Allah kita dapat buat keje agama.. Dan keje sebenar umat ni (yang telah dilupakan), adalah sebagai penyambung keje Nabi SAW dan para Sahabat R.hum.. menyampaikan agama keseluruh alam..

Semoga Allah terima dan pilih kita dan keturunan untuk buat keje agama.. (keje ni tak boleh berenti, nanti agama mati..)

Kesimpulannya;
  1. Kalau nak berenti keje sebab nak keluar, mesyuarat dulu dengan orang tanggungjawab di markas masing2..
  2. Kalau nak buat insuran kereta atau motor.. buatlah dengan aku.. (arghh.. pikir lari lagi..). 
Wohaa (kata Hamka Kereta Mayat yang dah berpesbuk pulak sekarang nih..)



28 comments:

  1. Assalamualaikum


    saya pun da add keretamayat fanpage di facebook hehe


    semoga semua maju wat usaha , amin..


    KEEP IT UP!!!

    ReplyDelete
  2. hainur hapis,
    Usaha agama kalau nak maju kena tambah masa hari2 di masjid atau tambah masa keluar di jalan Allah..

    insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Oh...betul la tu,kat mana Allah letak kita,di situ jugaklah medan juang dakwah fillah kita.

    ReplyDelete
  4. siapa lagi hensem?mamat baju biru ke encik azhar jaafar?heee...

    ReplyDelete
  5. iqbalsyarie,
    Sebenarnya Allah dah hantar kita kat situ untuk sampaikan agama..

    aishah_conteng_je,
    En Azhar Jaafar sebab dia ada janggut segenggam.. Mudah2an hensem pada pandangan Allah..

    ReplyDelete
  6. satu orang tanya hadratji.. 'apa perlu saya buat? kerja apa perlu saya pilih?'. jawap hadratji.. 'perintah Allah jangan tinggal, larangan Allah jangan langgar.. kamu buatlah apa yang kamu nak buat.'

    ~KiLaT~ gua dah dekat empat tahun kutip buah anggur..

    ReplyDelete
  7. kes aku kluar 40 hari nan lalu, sebelum aku keluar aku carik keje baru dulu. sebelum kuar aku berenti keje lama dan lepas balik aku mula keje baru.

    tapi bekalan mau standby le, bukan apa sikalang pitnah manyak wooo.

    (sebenarnya aku tak carik keje baru, tapi keje baru yg carik aku, so aku cakap nak start lepas 1 1/2 bulan. bila aku diofer aku tau Allah nak bagi peluang untuk aku keluar. Alhamdulillah)

    ReplyDelete
  8. KiLaT,
    benar tuan.. rezeki akan cari kita sebagaimana maut cari kita..

    err.. dari kutip anggur, baik kau tanam anggur.. loaded jugak tu.. anggur sekilo berapa ringgit..

    Hasbullah Salih,
    Itu jugak impian aku masa keje dulu.. dapat keje lain dalam 1½ bulan, sementara tu keluar dulu 40 hari.. tapi Allah tak bagi aku cara tu..

    ReplyDelete
  9. Eldest kita memang tak galakkan kita berenti kerja utk keluar jln Allah. Setahu aku, Haji Hasbi antara yg dibenarkan oleh Hadraji utk berhenti kerja, setelah beliau bawa mesyuarat utk berhenti kerja semata2 utk 'terjun dalam lautan manusia' buat dakwah.

    Bagi aku... alhamdulillah ler...sebab tiap2 tahun memang ada cuti hujung tahun utk keluar 40hari... tapi yakin mau betul ler... bukan cuti yg keluarkan kita...semuanya dengan pilihan Allah...

    ReplyDelete
  10. Tuan sangat bersemangat....
    Ada org kata josh sgt bila berenti keja utk kuar.....
    Dan mesyuarat n tafakut akan jaga kepentingan umum....
    Tapi aku rasa kita kena bincang dengan orang2 yg terdekat... isteri, rakan/karkun setempat dll.....
    Apa-apa pun, untuk cinta kita kena berkorban.....
    Kalau untuk cinta dunia pun kena berkorban...
    Apatah lagi untuk cinta akhirat...
    No pain no gain.....

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum tuan..saya dah delete salehhamden tu..dia pi tulis lagi...malas nak layan..budak tu..
    Eh tuan saya nak beli insuran takaful ikhlaslah..untuk keta dan motor..

    ReplyDelete
  12. Tamindhari,
    Aku lepas berenti kerja masa nak IPB tu, masa tafakut diorang tanya, sekarang kerja apa? Aku kata kerja sendiri..

    Lepas tu tanya pulak, kerja sendiri tu kerja apa? Aduss.. banyak tanya pulak..

    Ahmad Al-Hadi,
    Benar tuan.. untuk dunia memang dah banyak buat pengorbanan..

    Ramai orang sanggup tinggal anak bini bertahun2 untuk cari dunia tapi masyarakat ok je..

    Tapi bila mula tinggal anak bini untuk agama, masyarakat x paham.. Tapi berkat mujahadah orang dulu2, sekarang masyarakat dah mula faham..

    ابن زين الرمباوي,
    salehhamden tu nampak sangat penakut.. main pukul2 belakang.. link apa pun dia x bagi..

    Nak buat insuran; minta copy geran muka depan & belakang, serta copy insuran tahun lepas muka depan shj.. Faks ke 0362721220 atau email ke ikhlas114@yahoo.com

    InsyaAllah nanti saya bagi harga.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum abg

    slmt pagi! hari isnin Alhamdulillah


    doakan ana

    semoga abg maju wat usaha agama Insya Allah


    Assalamualaikum

    ReplyDelete
  14. huh...
    keje???
    keperluan???
    huh!!!
    tandas???
    umah???

    ReplyDelete
  15. salam,,,dalam kerja tabligh nie banyak borang nak kene isi....baru2 nie mesyuarat halqah ,,,pergh,kene isi macam2 borang...wah,,,,usaha ni sangat2 sistematik.....hu3

    p/s...taskhil di buka lagi,,,saya ada azam ank keluar dengan student politeknik kulim ipb pada bulan 6 nanti...boleh bagi nama kat markaz masing2...

    ReplyDelete
  16. Assalam, masaalah utama dan besar umat adalah berhenti kerja agama kerana buat kerja dunia. Itu yang majoriti sedang hanyalah minoriti malah tak sampai 0.001% yang berhenti kerja dunia kerana kerja agama, dalam mana juga kebanyakan yang kerja buat agama, buat juga kerja dunia untuk keperluaan.

    Tapi syaitan bijak, diubah statitiknya sebagaimana US bunuh ratus-ribu orang Islam, dilihat biasa sahaja dimata dunia tetapi bila seorang askar US terbunuh, kecoh akhbar satu dunia...dahsyat yob.

    - Anak pendang, borang apa yang banyak sangat tu, burokrati ke?

    ReplyDelete
  17. hainur hapis,
    Amin.. insyaAllah..

    akuhuduh,
    Dunia = Tandas, ???
    Tapi ramai orang suka duduk lama2 dalam tandas..

    Anak Pendang Sekeluarga,
    Orang2 yang keje pejabat lepas tu buat keje tabligh memang suka borang banyak2 nih.. (termasuk saya, he2). Tapi orang2 lama dalam usaha x berapa gemar borang2 ni..

    Macamanapun zaman dah berubah.. orang semakin ramai buat usaha & perlu kepada husnul tadbir..

    zarzh,
    Yang saya risaukan adalah kawan2 yang sebelum berenti keje istiqomah bagi masa hari2.. kemudian tu berenti keje sebab nak keluar 4bulan atau 40 hari..

    Bila balik jadi masalah sebab menganggur ataupun dapat keje baru tapi dah tak dapat beri masa hari2 dan kemudian jadi slack..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Salam kenal. First time komen walau pembaca setia blog ni. Saya doakan moga Allah murahkan rezeki tuan dan rezeki orang-orang yang membantu jalan Allah..serta dijauhkan dari fitnah.

    Abu Umar

    ReplyDelete
  19. ummiabah,
    W'salam tuan yang mulia. Tkasih le sudi baca blog nih..

    Duk Jepun ye.. doakan saya & isteri, keluar masturat 2 bulan Jepun tahun 2011..

    ReplyDelete
  20. Dah tak tahan tension keje, tapi nk berenti ada kontrak kena bayar RM120000.Camne?

    ReplyDelete
  21. jai,
    Surah Al-Waqiah dibaca setiap malam. Surah ini digelar surah al ghina (kaya). Orang yang mengamalkan surah ini dengan izin Allah, tidak akan menjadi miskin.

    ~Mafhum hadis. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  22. aku selalu dapat keje shif.. nak semayang pun payah lagi2 semayang jumaat.. jadi aku nekad utk berenti.. skang aku cuba muhasabah diri..supaya aku dapat dekat denganNYA.. kadang2 masyarakat tidak mengerti.. aku sendiri cuba memahami diriku.. bukankah semua dengan kehendak Allah..

    ReplyDelete
  23. AkUlaN; kalau dah sampai x dpt solat tu, elok berenti ajelah.. byk lg keje lain..

    “Dan perintahkanlah ahli keluarga mu (ummatmu) bersolat, dan bersabarlah dengannya. Kami tidak meminta rezeki daripada mu, bahkan Kami lah yang memberikan rezeki kepadamu. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah untuk orang-orang yang bertaqwa” (Surah Taha:ayat 132)

    ReplyDelete
  24. biasanya orang berhenti kerja pada kerja yang susah hendak minta cuti.

    jika ada keberanian, bekerja sendiri sahaja. perniagaan bukankah sunnah nabi?

    ReplyDelete
  25. amin007;
    insyaAllah.. asalkan dapat berterusan dalam usaha agama..

    ReplyDelete
  26. Assalamu'alaikum. mekasih buat blog entry yang ni sbb walaupun dah lambat sgt baru baca, tapi ada kesan apa yg encik azhar ni tulis kat hati saya. kena plak time tgh pikir2 nak brenti keje ni. mekasih again.

    ReplyDelete
  27. jangan berhenti kerja kerana bukan kerja yang bagi kita rezeki. Kerja tiada kaitan dengan rezeki. Kerja adalah peluang muamalat cara nabi. Dalam kerja ada 6 sifat. Bawa 6 sifat dalam kerja. Orang tak nampak kita dakwah,taklim,ibadat dan khidmat dalam khuruj...tapi org akan terkesan dengan dakwah,taklim,ibadat dan khidmat dalam kerja. dalam 2 setgh jam kita boleh khususi dua hingga 3 org, dalam ghast hingga 10 rumah. Tapi dalam kerja boleh berjumpa beribu-ribu org.wallahu a'lam

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...