Thursday, February 26, 2009

Aku Diuji Lagi

Firman Allah dalam surah Al-'Ankabuut;

الم
1. Alif, Laam, Miim.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَن يَسْبِقُونَا سَاء مَا يَحْكُمُونَ
4. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.


مَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
5. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
6. Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
7. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.


*********************************************


Isnin lepas jam 8 malam, anak perempuan aku no 2 (12 tahun) di masukkan ke wad di hospital Selayang sebab kena apendik. Aku masa tu tengah keluar 3 hari di Pinggiran Templer, tak jauh dari hospital. Asbab kelemahan aku yang bawak handphone, maka berita tu sampai jugak kat aku... Lepas solat istikhoroh 2 rakaat, aku minta kebenaran amir sab untuk tangguh dari jemaah dan bergegas ke hospital.

Pembedahan kena dibuat segera dan aku diperlukan untuk sign concern letter. Pembedahan dibuat kira-kira jam 12 tengah malam dan selesai kira2 jam 2 pagi. Lama jugak sebab apendik tu dah pecah dan bernanah. Aku yang dah fobia duduk kat hospital, nampaknya kena lepak lagi kat sini.

Alhamdulillah, pagi tadi doktor kata petang ni boleh balik, insyaAllah.
(sekarang ni balik rumah kejap tengok apa2 urusan yang tak selesai dan sempatlah update blog)

Doa hidayat untuk umat. Aku quot ayat Quran kat atas untuk tenangkan hati sendiri.