Thursday, February 26, 2009

Aku Diuji Lagi

Firman Allah dalam surah Al-'Ankabuut;

الم
1. Alif, Laam, Miim.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَن يَسْبِقُونَا سَاء مَا يَحْكُمُونَ
4. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.


مَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء اللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
5. Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


وَمَن جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
6. Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَحْسَنَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
7. Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.


*********************************************


Isnin lepas jam 8 malam, anak perempuan aku no 2 (12 tahun) di masukkan ke wad di hospital Selayang sebab kena apendik. Aku masa tu tengah keluar 3 hari di Pinggiran Templer, tak jauh dari hospital. Asbab kelemahan aku yang bawak handphone, maka berita tu sampai jugak kat aku... Lepas solat istikhoroh 2 rakaat, aku minta kebenaran amir sab untuk tangguh dari jemaah dan bergegas ke hospital.

Pembedahan kena dibuat segera dan aku diperlukan untuk sign concern letter. Pembedahan dibuat kira-kira jam 12 tengah malam dan selesai kira2 jam 2 pagi. Lama jugak sebab apendik tu dah pecah dan bernanah. Aku yang dah fobia duduk kat hospital, nampaknya kena lepak lagi kat sini.

Alhamdulillah, pagi tadi doktor kata petang ni boleh balik, insyaAllah.
(sekarang ni balik rumah kejap tengok apa2 urusan yang tak selesai dan sempatlah update blog)

Doa hidayat untuk umat. Aku quot ayat Quran kat atas untuk tenangkan hati sendiri.

14 comments:

  1. satu persatu ujian, dugaan datang. Mungkin Allah nak tinggikan darjat anta ni. Sabar la, semoga cepat sembuh anak tu. Payah nak explain perasaan mak bapak kpd anak melainkan seseorang tu jadi mak bapak juga kpd anak. Anak saya kalau demam sikit je, saya dan isteri dah tak keruan risaunye. Dulu anak sulung mase umurnye 3 tahun, terpaksa buat operation sebab ada hernia, perasaan kami punya la risau... kami damba kan harapan kepada Allah. Alhamdulillah semua selamat. Pada masa depan macam2 kemungkinan boleh berlaku, semoga Allah tak uji kita dengan ujian yg kita mampu. Semua orang diuji dgn cara masing2 atas pelbagai hikmah, antaranya supaya kita sedar betapa kerdil, lemahnya kita sebagai manusia, betapa hebatnya Allah Yang Maha Kuasa. Sabar tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Harap Tuan dan keluarga dapat bersabar..Aku yg x de anak lg ni (bujang daa)...mungkin x dapat rasa kerisauan tuan..

    Tapi orang bujang ni ALLAH uji lain pulakkan...aku selalu tertewas..lemah lagi iman aku ni..Aku mengharap rahmat dan keammpunannya..

    Ari ni aku MC...ALLAH nak kasi aku rehat...alhamdulilah

    ReplyDelete
  3. innalillah...

    tabah lu menghadapi ujian sebegini. Kalau gua tak tau la... Moga Allah s.w.t. istiqamahkan kita dalam usaha agama ini.

    ReplyDelete
  4. Masya Allah.

    Masya Allah.

    Allah dah tunjukkan betapa kasih dan sayangNya dia kepada Tuan.

    Masya Allah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, lepas Zohor tadi aku dah bawak anak dara aku balik rumah...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...terkejut juga baca tetapi alhamdulillah kini walafiat.
    Ada apa-apa update tentang jemaah nak masuk Perancis, insyallaj saya cuba bagi wakt nusrah, setakat khidmat aje le, nak jadi "terjeMan", bahasa Perancis belum lagi download dalam kamus otak saya.

    - anak lelaki saya, saya tengah tranning dan insyallah kena quruj setahun dahulu sebelum memasuk meminang anak Azhar. Itu pun kalau diterima, kalau tak terima, kena quruj setahun lagi...ahak..ahak...ahak

    ReplyDelete
  7. Insya Allah bukan insyallaj (maaf tersilap tekan keyboard kat atas, beginilah mahluk sentiasa melakukan kesilapan)

    ReplyDelete
  8. zarzh,
    Senarai nama untuk jemaah ke France telah di faks ke Nizamuddin tapi masih belum dapat kelulusan. Dulu dah beberapa kali kita syor jemaah ke France tetapi telah di 'reroute' oleh Nizamuddin ke negara lain.

    Saya telah dapat contact no seorang student Malaysia yang buat usaha agama di Paris. Melalui email nya, beliau sedia untuk nusrah jemaah, InsyaAllah.

    *anak perempuan saya setakat ni ada 2 saja. Satu 12 tahun dan satu lagi 2 tahun.

    ReplyDelete
  9. saya link blog anta kat blog ana eh..karkun yaman

    ReplyDelete
  10. ni blog ana
    kalamajami.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. SaLam,,semoga Allah kasi hidayah untuk diri tuan,saya dan seluruh umat..Maulana Mustakim kata di ijtima Ancol,bila kita sedang khuruj,anak kita ditimpa musibah,dia ucap innalilallahhiwainnailaihirojiun.Allah swt akan ampunkan semua dosa kita,semoga Allah ampunkan dosa kita.

    ReplyDelete
  12. orang susah doa makbul, doakan aku jika teringat.. isk

    ReplyDelete
  13. Azhar, aku tersilap taip, baru perasan. Sebelum ni aku tulis" "semoga Allah tak uji kita dengan ujian yg kita mampu."
    sepatutnya, aku nak taip: "semoga Allah tak uji kita dengan ujian yg kita TAK mampu."
    ada beza tu.

    ReplyDelete
  14. Z I K R Y,
    ok, terima kasey..

    Anak Pendang Sekeluarga,
    cobaaaaaannnn....

    Hamka,
    hamka = keretamayat, keretamayat = hamka. InsyaAllah aku ingat..

    mutakalim,
    jadi mutakalim, kadang2 memang tersilap cakap..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...