Tuesday, September 08, 2009

Ulang Tahun Nikah Ke 14

Happy 14th Anniversary...!
(Mardhiah 3 tahun & Mu'az 1½ tahun)

Alhamdulillah, hari ni genap 14 tahun aku nikah dengan isteri aku..

Ahhh.. tiba-tiba malas pulak nak taip.. Copy & paste entri tahun lepas je lah..

He.. he..

*************************************************************************************

Kalau ikut tarikh masehi, hari ni ulang tahun aku nikah dengan isteri aku. Kalau ikut kalendar hijrah dah lepas pada 12 Rabiulakhir 1416. Aku nikah pada 08 September 1995 bersamaan dengan hari Jumaat, lepas solat Asar kat masjid Al Faizin, Taman Desa Jaya. Aku ngan isteri dari taman yang sama. Kira kawin dengan orang sekampung la ni.

Ni kad jemputan. Jemputlah datang. Tapi kena naik 'time-machine' la. 'Back to Future' ke, 'Voyager' ke.. dan yang seumpamanya. Kalau naik kereta-kereta biasa ni tak sampai nye..

Biasa la.. Yang kiri tu jemputan ke rumah pompuan, 10 September 1995. Yang kanan tu rumah lelaki, 17 September 1995.

Majlis penyerahan tugas. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Antara soalan yang ditanya oleh Pak Imam; 'Kau dah besunat?'

Lepas nikah ada jamuan sikit kat rumah pompuan. Lepas makan semua orang balik termasuk aku. Tu yang aku tak puas hati. Kan aku dah nikah tadi?

Ha.. ni kenduri kat rumah pompuan. Bila kenduri-kendara ni yang sibuk budak-budak dan makcik-makcik. Pakcik-pakcik lepak kat tepi sambil sembang-sembang dan hisap rokok. (gambar isteri aku tu aku purdahkan untuk keselamatan.) Kenduri hari Ahad. Hari Isnin aku bawa isteri aku lari ke Langkawi. Naik bas tu.. dari Puduraya. Jumaat baru balik. Masa tu surat nikah pun tak siap lagi.

Ni kenduri kat rumah aku. Nampak letih sikit. (gambar isteri aku purdahkan sekali lagi.)

*************************************************************************************

Kalau panjang umur, entri ni boleh diguna untuk tahun depan dan tahun-tahun seterusnya...

Kwang.. kwang.. kwang..

Mu'az dengan serban Mewat..

Berlatar belakangkan kain yang belum dilipat oleh Tukang Lipat Diraja

19 comments:

  1. kau kawin ada gak gambar, aku kawin langsung takdak gambar. sedih betui...

    ReplyDelete
  2. Salam bro.. hari ni juga ulangtahun perkahwinan aku.. yang ke-8...

    Ish2 tak sangka bro.. sama lak kita kan.. hee mean tarikhnya sama lak kan.. heeee

    Orait...:)

    ReplyDelete
  3. tahniah bro! MAlam ni gua minum Bundaberg Sarsaparilla untuk celebrate ulangtahun lu berdua!

    ReplyDelete
  4. slackerer,
    ambik la gambar atas pelamin kat mana2 majlis kenduri.. lepas tu ko kata la tu kenduri kawin ko dulu..

    Fazrulls,
    Disebabkan aku nikah dulu, ini bermakna ko telah menciplak tarikh nikah aku..

    Lain kali nikah la 7hb ke.. 9 hb ke..
    (lain kali???)

    Abang Ben,
    Okey.. minum sampai pagi.. jangan lupa hantuk gelas..
    huuuuuuuuuuuuuuu............

    ReplyDelete
  5. 1. good idea

    2. eh abang ben nak minum air aper tu

    ReplyDelete
  6. cis.
    Bleh plak gune n3 lame dia.
    Papehal pon,
    ak ucap taniah kat pakcik.

    ReplyDelete
  7. memang n3 lama
    sebab azhar belum kawin (n3) baru...

    ReplyDelete
  8. AsmaLalalala~,
    pakcik kah aku?? oh..

    slackerer,
    selalu kawin.. dah biasa..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah udah 14 tahun dah..
    Tahniah kerana dapat sampai ke angka 14..
    aku baru masuk yang ke 8..
    long2 way to go.. :-)

    ReplyDelete
  10. taniah..taniah...ni yg bersemangat nak kahwin ni...huhuhu...tolong doakan aku abg azhar...susah betui nak berkenan kat orang...masalah bosar ni...apa petua untuk suka kat orang...ada petua share ler...insyallah aku dah doa..tapi x ler secara intensif lg...

    ReplyDelete
  11. limaukasturi's,
    sekarang ni masa pendek.. setahun ke setahun rasa kejap je..

    van qif,
    ishk.. problem gak nie.. tak bekenan kat pompuan..

    petua;
    niat dan doa satu perkara aje..
    'nak gunakan seluruh hidup, keluarga dan zuriat untuk tegakkan agama Allah cara Nabi SAW.. pergi ke hujung2 dunia untuk sebarkan agama.. hidayat untuk seluruh manusia..'

    ReplyDelete
  12. erk...insyallah...aku ni lelaki normal...terima kasih atas petua tu...semoga Allah pilih aku, keluarga aku dan zuriat aku...jadi kunci kunci hidayah...Aminnn....aku doakan yg sama untuk tuan juga...

    ReplyDelete
  13. van qif,
    normal ok.. jangan luar tabii..

    ReplyDelete
  14. encik...

    =)

    memang suke warna merah ke?
    kawen dua2 belah warna merah tu....

    oh..btw,
    berbahagialah kamu..
    semoga menjadi bidadari di syurga isteri abg yg dipelihara..
    ~tahniah~

    -cemburu-

    ReplyDelete
  15. Tahniah, semoga disatukan hingga ke syurga seluruh keluarga tuan, aamiiiiiin.

    ReplyDelete
  16. smoga keluarga yang anta bina berkekalan hingga akhir hayat..
    dan anta dan anak2 anta menjadi asbab hidayah ke seluruh alam

    ReplyDelete
  17. dah 14 tahun, tuan?

    aku belum lagi... huhu

    ReplyDelete
  18. Mak Su,
    Salam Syawal..

    aishah_conteng_je,
    sebab jantung warna merah..

    tq.. jangan jeles..

    mykrk,
    amin untuk kau jugak..

    Yard,
    berbahagin sehingga ke dalam syurga
    insyaAllah..

    eksp,
    doa Allah cepatkan jodoh. Niat untuk sebar agama keseluruh alam..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...