Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Malaysia - Karkuzari 1

PM rai 200,000 jemaah tabligh

NAJIB Tun Razak berucap di hadapan para jemaah tabligh selepas solat asar di Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia di Nilai, Negeri Sembilan, semalam. - MINGGUAN/MD. Shahjehan maamin


NILAI 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan kedatangan umat Islam dari seluruh pelosok dunia yang hadir sempena Ijtimak atau Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di sini hari ini.

Beliau yang tiba di lokasi ijtimak berhampiran kuarters kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 5 petang sempat bersolat Asar bersama-sama lebih 200,000 jemaah tabligh.

''Saya mengalu-alukan kedatangan semua umat Islam ke negara ini untuk ijtimak kali ini.

''Saya berharap semoga Allah SWT memberikan rahmat dan memberkati kita semua serta menjadikan kita ummah yang berjaya," kata beliau ketika berucap di hadapan ribuan jemaah selepas selesai mengerjakan solat asar di bawah khemah yang disediakan.

Najib kemudiannya bersalaman dengan para jemaah sebelum dibawa masuk ke khemah tetamu untuk mendengar taklimat dan penerangan daripada pemimpin tabligh serta ahli Syura' Malaysia.

Pertemuan pemimpin tabligh itu bersama Perdana Menteri berlangsung secara tertutup selama 20 minit dalam khemah berkenaan.

Najib kemudiannya meninggalkan lokasi ijtimak kira-kira pukul 6 petang.

Ijtimak Dakwah Tabligh Sedunia yang berakhir esok menghimpunkan lebih 200,000 jemaah dari dalam dan luar negara merupakan kali kedua diadakan di negara ini selepas 27 tahun yang lalu.

Kali pertama ia diadakan di negara ini ialah di Terengganu dengan kehadiran lebih 50,000 orang.

Berdasarkan laporan sekretariat, sejumlah 12,000 jemaah dari luar negara yang terdiri daripada wakil 40 negara termasuk Indonesia, Senegal, Rusia, Maghribi, Arab Saudi, Jordan, Libya, Tarjikistan, Nigeria, Jerman, Belanda dan Hong Kong sudah 'berkampung' di ijtimak ini sejak 8 Julai lalu.

Ijtimak yang berakhir esok (12 Julai 2009) turut menyaksikan ratusan peniaga mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis makanan, pakaian, minyak wangi, tikar, buah-buahan dan sebagainya di sepanjang laluan masuk ke lokasi itu.

Terdapat 14 buah khemah gergasi didirikan di kawasan itu termasuk satu yang disediakan untuk jemaah dari luar negara dengan setiap khemah boleh menampung antara 10,000 hingga 15,000 jemaah.

Sumber; Utusan Malaysia


8 comments:

  1. Salam tuan,
    sy pun bru pulang dr Ijtima',
    alhamdulillah, banyak kefahaman yang Allah bagi.

    nak tanye skit,
    betul ke Menteri Besar Selangor dan Anwar Ibrahim ade dtg Ijtima' Sekejap?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.....

    Mudah2an semua usaha mendapat keberkatan dariNya.

    ReplyDelete
  3. Yang Dipertuan Agong pun ada turun kejap eh?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    saya dari shah alam utara
    satu muholla dgn haji muharram
    yg ikut abg ke holland baru ni

    http://hainur83.wordpress.com/

    di muka dpn utusan hari ni

    ReplyDelete
  5. masya-Allah,ana menangis bila dapat tengok suasana ijtima' ni,rasa rugi sangat tak dapat hadir...maklumlah masih di negara orang..insya-Allah,hidayat akan tersebar ke seluruh pelusuk alam..

    ReplyDelete
  6. kopiah_alrazi;
    kabarnye gitu le..

    kayteeze;
    Amin.

    Abang Ben;
    ya.. ya.. x sempat nak salam.

    hainur83;
    ha.. haji muharam (amir sab kami di holland) cukup x gemar aku snap foto pakai hp aku ni..

    4L-F4Ri3D;
    menangis bila kenangkan umat masih jauh dari perintah2 Allah. (termasuk diri sendiri)

    ReplyDelete
  7. 4L-F4Ri3D...aku teremosi ketika solat asar petang sabtu tu..ye ler inilah solat berjemaah paling ramai yang pernah aku join...sejauh mata memandang...berbeza rupa paras tapi menyembah ALLAH yang satu...terasa keagungngan Allah...sampai menitiskan air mata..uhhh..

    ReplyDelete
  8. Salam,

    seperti kata orang lama kat situ; ramai yg datang, ramai lagi yg tak datang...

    semoga Allah ampunkan dosa saya yg tak bawa lebih ramai orang datang ke ijtimak ini.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...