Saturday, March 07, 2009

Jumpe lagi.... insyaAllah !

Umat ni kena bergerak dan buat pengorbanan untuk agama. Islam adalah agama hak. Bila hak bergerak dan datang, maka kebatilan akan lenyap. Keputusan hidayat dari Allah. Syaratnya kita kena bergerak..

Allah perintah Nabi Ibrahim bina kaabah. Baginda yang telah banyak buat pengorbanan, sekali lagi kena susah payah untuk agama. Lepas kaabah siap dibina, Allah perintah pula baginda untuk seru manusia seluruh alam datang kepada kaabah. Nabi Ibrahim kata tak mampu untuk buat perkara tu. Allah kata kamu seru sahaja, Allah yang akan sampaikan kepada manusia. Seruan Nabi Ibrahim telah didengar oleh seluruh manusia termasuk manusia yang masih berada di alam arwah.

Semua perkara yang berlaku diatur dan dibuat tertib tertentu oleh Allah. Kadang-kadang Allah ubah tertib untuk tunjuk kehebatanNya. Contohnya; tongkat Nabi Musa jadi ular, unta keluar dari batu di zaman Nabi Saleh, api tak dapat bakar Nabi Ibrahim dsb.

Tapi satu tertib yang Allah tak akan ubah hingga ke hari kiamat. Iaitu tertib macamana manusia dapat hidayat hanyalah dengan perantaraan kerja para Nabi iaitu dengan pengorbanan dan susah payah. Selepas Nabi Muhammad SAW, tidak ada lagi Nabi akan dihantar tetapi kerja kanabian telah dipindahkan kepada umat baginda. Melalui kerja inilah umat ini digelar dan diiktiraf sebagai umat yang terbaik oleh Allah SWT.

**********************************************************************


InsyaAllah, petang ni aku akan ke masjid Sri Petaling untuk lapangkan masa, belajar kerja ni. Segala salah silap, terkasar bahasa, terlanjur kata (terlanjur yang lain, tak de kot...) dan yang seangkatannya, aku mintak maap...

Doa untuk aku, keluarga dan umat seluruh alam. Panjang umur, insyaAllah jumpa di medan ijtimak Julai ni... wassalam...

11 comments:

  1. Doakan saya jugak supaya dapat lapang masa 40 hari 1 Jun ini.
    Semoga Allah permudahkan tuan. BBNJ tuh.. Jeles gua.

    ReplyDelete
  2. subhanallah!

    jeles jeles!

    semoga Allah amkan hidayat ke seluruh alam.

    amin.

    ReplyDelete
  3. Jazakallah diatas pesanan rawani Azhar diatas, dan beruntung Azhar kerana dipilih lagi dan lagi keluar dijalan Allah. Atas pengorbanan beginilah, kami-kami disini yang dalam kegelapan, dapat merasa sedikit dari haba cahaya hidayat.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah terus pilih tuan sebagai pembantuNYA dan pengorbanan tuan jadi Asbab Hidayah turun ke sekalian Alam..

    ReplyDelete
  5. Salam abg azhar,,baru2 ni,saya dengar di markaz ada di buat tasykil untuk student khidmat untuk elders dan jemaah luar negara...syura msia nak student yang belajo agama ke atau student yang belajo dunia atupun kedua2nya sekali..doa kat saya,saya mahu pergi khidmat di ijtimak...nanti

    ReplyDelete
  6. salam...

    azhar keluar mana? Perancis?

    Ada satu jemaah Malaysia nak sampai ke Adelaide rabu ni. Ada beberapa orang dari Kajang. Entah2 azhar ada sekali?

    ReplyDelete
  7. Abang Ben,

    Azhar keluar Amsterdam, Holland. Baru dapat poskad dari dia kul 12.45tgh td. Dia skrg di Don Haang. Doa untuk umat.

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  8. Salam,kepada ahlia abg azhar,semoga Allah pelihara kak dan anak2 kak,doa kepada saya,saya mahu keluar pergi sabah..15/6/09...doa ye...

    ReplyDelete
  9. Anak Pendang Sekeluarga,

    InsyaAllah, Akak doakan smuga Allah pilih tuan istiqamah dlm usaha ni n klr bukan stakat ke Sabah 15/6/09 ni bahkan ke seluruh dunia dgn bwa fikir risau nabi atas umatnya. Amin

    Ahlia Azhar

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak.. saya izat (ahlia mutakalim), haritu nak balas komen.. asyik tak dapat send je.. anyway dah sebulan berlalu.. dah ok skit rindunya kan..makan dah selera kan? tak lama je lagi.. tak pe, si istri kalau redho dan galak suami keluar jalan Allah, dpt masuk syurga 500 tahun lebih dahulu.. lps tu malaikat pagi2 selalu doa keselamatan bagi org yg keluar dan ditinggalkan serta dipertemukan diakhirat kelak coz di dunia selalu dipisah2kan..insya Allah... moga Allah kasi ketenangan pada akak..anak2 dah sihat?.. mehlah dtg blog baru saya ( yg dibuat oleh suami- pasal saya selalu komen melalui blog suami ). Apa2 hal bolehlah kita borak2 di situ..:)

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...