Wednesday, February 04, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - tarikh


  • Tarikh ijtimak Malaysia 9,10,11 & 12 Julai 2009 insyaAllah.
  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
  • Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
  • Kemudian elders (ulama dan orang lama dalam tabligh) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.

Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari ringkas ijtimak Tongi 2009
  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
  • Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
  • Untuk itu;
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.
  • Info lain;
  1. Herald Tribune
  2. Centre Daily
  3. Newsvine
  4. About Tongi Ijtimak

Nota Tambahan

Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis.
  • Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
  • Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
  • Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
  • Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
  • Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
  • Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!


23 comments:

  1. bro... gua cut & paste entry lu ni kat blog gua... ini malam kasi doa spesel untuk gua OK?

    ReplyDelete
  2. Abang Ben; Doa apa? Minggu lepas 2 jemaah di bentuk ke negara jauh. Semalam route dikeluarkan. Satu ke Turki dan satu lagi ke Australia/New Zealand.

    Tapi aku dengar jemaah tu terpaksa combine sebab ada yang tak jadi keluar. Dan route yang diorang pilih ke Turki.

    Dan ada tashkil lagi untuk jemaah ke France pulak. Aku ada niat...

    ReplyDelete
  3. gua tengah buat persiapan nak kluar nih time ijtimak ni.. nisab 40 hari dah lama expired, lesen IPB blum ade lg.. hidayat betul aku ni!

    ReplyDelete
  4. ehh.. gua pon nak ammik N3 ni utk iklan2kan dlm blog gua, dgn harapan supaya setiap org laki2 Islam tahu & dpt hadir

    ReplyDelete
  5. Pinjam 'content post' yang ini dan yang lain-lain, ambik berkat tulisan Tuan.

    Moga Allah majukan Tuan dalam Usaha Agama.

    ReplyDelete
  6. mutakalim, Darul Muttaqin dan Abang Ben (sekali lagi);
    Video Anelka tu tu ambik sekali ke? Favourite gol aku tuh..

    ReplyDelete
  7. thanks bro. for d INFORMATION..
    semoga semuanya berjalan lancar, IsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. lepas ni mungkin Anelka ajak Ribery plak keluar 3 hari...insyallah..

    ReplyDelete
  9. Muhammad Azli Shukri;
    Tapi yang paling bagus dan betul ialah kaki kena jalan untuk jumpa manusia.

    aliashraf;
    Sama-sama doa.

    van qif;
    Semua semua lah keluar..

    ReplyDelete
  10. saya pohon di izinkan untuk copy entry ini.

    ReplyDelete
  11. salam,

    nak minta kebenaran copy juga...agar dapat jadi panduan diri yg fakir ini...dan agar dapat buat usaha dakwah

    JazakaALLAH

    ReplyDelete
  12. Tuan, bila jemaah nak datang US lagi?

    Wan M Faiz

    ReplyDelete
  13. mohamad;
    Buat masa ni belum ada berita jemaah nak dihantar ke US. Ada 1 jemaah yang baru dibentuk untuk keluar pada 21Feb ni. Route diputus oleh elders ialah ke Turki.

    1 jemaah lagi untuk bulan Mac masih dalam perancangan. Route dicadangkan ke Perancis tapi masih belum dapat kelulusan elders di India.

    ReplyDelete
  14. Oh mashaALLAH. Harap2 ade jemaah datang lagi ke UK.

    Sekarang ni ade 1 jemaah England di halaqah saye kat US ni. Moga ALLAH pilih saya ke England.

    Tuan pernah ke sane?

    ReplyDelete
  15. mohamad;
    UK - Ulu Kelang biasa la pergi. Ada zoo.

    UK - United Kingdom belum lagi.

    ReplyDelete
  16. Ade full adress tuk tmpat ijtimak tu x?

    ReplyDelete
  17. aliashraf,
    Full add x de..
    Tapi boleh naik komuter dan turun di Stesen Nilai. Kemudian ada orang khidmat ke medan ijtimak, insyaAllah.

    ReplyDelete
  18. salamun alayk...ana ada di Germany skrg nie...actually bilangan masjid di Paris sekitar 70-80 bukannya 800. diharap tuan membetulkan fakta tuan krn kt x nak org2 mengatakan kt yg buat usaha Nabi nie berudsta atau mengada-adakan fakta. Doa utk ana. I'll be back for the Ijtimak. Sampai mati buat usaha Nabi s.a.w adalah matlamat kt. (nuaz_18@yahoo.com)

    ReplyDelete
  19. sbbnye..ana ada kesempatan pi paris bulan march lepas..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...