Thursday, January 15, 2009

Ijtimak Malaysia 2009 - persiapan (2)

Semalam duduk lagi dalam mesyuarat KL. Alhamdulillah sempat hadir sebelum Maghrib. Sesapa yang datang lepas Maghrib semua kena targhib maut. Sekarang memang tak nampak rugi, tapi bila ditunjukkan ganjaran di akhirat barulah semua menyesal. Geleng-geleng aje la...

Lepas Maghrib, mesyuarat berkisar hal ijtimak bulan Julai ni. Tempat dah diputus dalam mesyuarat Malaysia baru ni di area Kuarters KLIA, Nilai. Map kat atas aku search dari google. Tak tau la betul ke tu tempatnya. OK la kot... Tarikh belum diputus lagi.


Dibagitau tujuan ijtimak bukanlah untuk seronok-seronok kumpul orang ramai-ramai tapi ianya adalah satu perhimpunan atas maksud agama. Dakwah, quran, zikir, akhlak dapat dibuat secara ijtimai yang mana akan tarik rahmat Allah SWT. (Rasa sangat diri sendiri kecik dan pendosa.) Semua lelaki Islam dijemput hadir. Tarikh belum diputus lagi.

Untuk tu gerak kerja ijtimak kena mula sekarang. Orang yang kerja pejabat, diminta habis dari pejabat terus ke masjid. Segala takaza rumah tangguh dulu. Lewat isyak baru balik rumah. (Aku yang opis kat rumah cam ne ye?) Pergi rumah ke rumah dan gerakkan umat pada amal agama. Iklan juga pasal ijtimak. Jangan ada satu orang Islam pun dalam kampung yang tak tahu pasal ijtimak. Sediakan dari satu rumah sekurang-kurangnya ada seorang yang keluar di jalan Allah walaupun 3 hari.

Jadi dengan adanya ijtimak, amal orang Islam akan bertambah. Jemaah dapat dihantar keseluruh dunia. Masjid-masjid perlu dihidupkan 24 jam dengan ada orang bergilir-gilir bagi masa di masjid. Setiap rumah perlu hidup dengan amalan dakwah dan taklim. Perlu usaha juga sehingga 100% orang Islam menunaikan solat dan sedia jadikan dakwah sebagai kerja utama sehingga sanggup beri nyawa untuk agama (macam sahabat Nabi).

Jemaah yang bergerak di kawasan dari Asar hingga ke lewat malam adalah nadi ijtimak. Waktu siang pujuk manusia dengan senyuman dan waktu malam pujuk Allah dengan tangisan. Ijtimak ni insyaAllah akan tetap berjalan walau kita tak ambil bahagian. Tapi kenikmatan dan kepuasan hanya dirasai oleh orang yang berusaha untuk ijtimak. Macam waktu buka puasa, hanya orang puasa saja yang tahu dia punya syok!

Dari masa ke masa karkuzari (laporan) kerja akan diambil. Adalah lebih baik satu orang yang buat kerja dan banyak buat salah kemudian belajar dari kesalahan; daripada satu orang yang tak buat kerja yang mana sebenarnya telah buat walau satu kesalahan, tapi kesalahan yang besar iaitu tak buat kerja. (betul jugak ek!) Jadi kena taubat (selepas tau tapi tak buat! atau buat-buat tak tau..)

Jemaah-jemaah tiar 4 bulan dan 40 hari juga akan dihantar ke tapak ijtimak secara berterusan untuk menghidupkan amal di sana sehingga ke hari ijtimak. Wallahua'lam.

Laporan oleh tak BERNAMA.
(walaupun aku ada nama)

19 comments:

  1. tuan,
    tuan tolong doakan smoga Allah pilih saya keluar ijtimak ni. kami nak keluar satu jemaah dari mahalah.

    ReplyDelete
  2. salam,
    tuan yg mulia..
    sapa yg bagi targib??

    apa yg di targhibkan?

    ReplyDelete
  3. mutakalim;
    amin. Allah mudahkan.

    Abu Muaz Al-Labuwi;
    targhib mentarghib ni kerja syura, Dr sab. Keseluruhan isi posting ni targhib tu la.

    ReplyDelete
  4. semoga Allah pilih saya ke ijtima

    ReplyDelete
  5. salam...

    Bagaimana dengan takaful kenderaan saya jika saya beredar di luar negara bertahun-tahun?adakah terhapus?

    ReplyDelete
  6. Ibnurashidi;
    Takaful/insuran kenderaan yang tak renew setelah setahun tamat, akan lupus NCD nya. Nak renew roadtax pun kena bawa kenderaan gi inspection kat puspakom.

    Lepas lulus puspakom, baru boleh buat takaful/insuran dan roadtax.
    Lepas tu baru boleh bawak kawan2 ke ijtimak. Ha.. ha..

    ReplyDelete
  7. Takaza ijtima' ini bagaikan takaza perang tabuk. sahabat baru balik dari perang, di taskel untuk keluar semula. Diuji pula dengan keadaan buah tamar yang sedang hampir masak...

    Hari ini kita kena terjun dalam lautan manusia (kata2 yan hj Hasbi biasa gunakan, berenang dan lemas dalam lautan manusia dengan dakwah untuk jayakan ijtima' ini.

    Setelah 27 tahun Malaysia tiada ijtima', setiap rakan seusaha perlu ambil peluang ini dengan sebaik mungkin.

    InsyaAllah Azam karo..

    ReplyDelete
  8. Saya agak lewat bersama tuan2 semua di alam maya ni (kira tertinggal 500 tahun ni), baru terjumpa blog karkun2 kat sini... alhamdulillah. Allah temukan kita di sini.

    Sesekali, buatlah ghast di blog saya tamindhari.blogspot.com

    Puri Zendegi Iman Zaruri,
    Bohot Dakwat iman Masbuk..

    ReplyDelete
  9. Assalam...Semoga Kedhaifan dan kelemahan ini tidak jadi penghalang utk saya turut serta dalam perhimpunan tersebut...

    * Doakan semoga ALLAH mudahkan saya.

    ReplyDelete
  10. Salam dari US,

    Tuan masih ingat lagi x saye? Wan M Faiz.

    Ade x jemaah nak datang US lagi?

    ReplyDelete
  11. tuan...
    doakan ana dapat bawak jammah kampung merlong n buat jamaah merlong 40hari

    ReplyDelete
  12. Ya Allah..Jayakan lah ijtima kami ini.. taburkan lah hidayahMU di seluruh alam.. Ya Allah, apa yang nabi kami doa untuk umat itulah yang kami pinta.. Ya Allah pilihlah kami untuk agamaMU, kekalkan kami dalam hidayMU dan jadikanlah kami di kalangan orang orang yang beriman, beramal soleh dan mendapat kejayaan akhirat~ Aminn..

    ReplyDelete
  13. insyallah
    klu dew rombongan dari klantan
    ley tolong khabarkan

    ReplyDelete
  14. يدخل عوام الناس صعيد الاجتماع مساء يوم الخميس 9.6.2009 بعد صلاة العصر . يسَّر الله أموركم وجعل هذا الاجتماع مفتاحا للهدى والرشاد ويكون بعده اخراج الجماعات إلى شتى بقاع الأرض أفواجاً

    ReplyDelete
  15. Jangan lupa hadiri pula pertemuan ummat Islam di BSD 17-20 Juli 2009.

    http://galih.eu/ijtima-indonesia-2009/

    ReplyDelete
  16. Semoga dengan pengorbanan & susah payah mereka2 yang datang menjadi asbab hidayah tersebar ke seluruh alam .... Insya-Allah.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah baru balik dari Ijtimak petang tadi. Ramai sekali yang hadir dan jalan di sekitar quarters menghala ke bandar Enstek dan Salak Tinggi sesak sampai petang.

    Karkuzari, hampir 400 jemaah telah dibentuk dan keluar kurang dari target elders 500 jemaah.

    Pada Solat Asar hari Khamis, Sdr Anwar Ibrahim dan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim hadir solat bersama, dan mendengar bayan di atas pentas hampir 15 - 30 min sebelum beredar.

    Solat jumaat, diimamkan di Masjid, dan disambung langsung ke medan Ijtimak yang jauhnya hampir 5 ke 6 ratus meter dari masjid. tetapi, saf nya di sambung berterusan dari parking masjid, melintas jalan raya dan beberapa bangunan dan block sehinggalah ke pentas utama. inilah pertama kali saya lihat bagaimana solat diadakan di 2 tempat yang berlainan sejauh 500m dari Masjid utama. MasyaAllah hebat sekali suasana...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, saya telah dipilih untuk ke Ijtimak.. Memang suatu pengalaman yg x dpt dibeli d mana2.. hanya org yg pergi sahaja yg mengetahui.. Walaupun terpaksa bermujahadah sedikit, tetapi tetap menjadi sebuah pengalaman yg menggembirakan.. kpd semua, hidupkan lah dakwah, kerana dakwah itu tulang kpd agama.. :)

    egg incubator

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...