Monday, January 28, 2008

Apa Ada Pada "Menjanjikan"

Sekolah aku dulu.


Kisah 1
Seorang bapa menjanjikan kepada anak-anaknya,
"Siapa yang dapat nombor satu hingga tiga dalam peperiksaan akhir tahun ni, abah akan belikan dia basikal baru."

Anak-anaknya kata, "Kami nak basikal baru dulu baru nak belajar sungguh-sungguh hingga dapat nombor satu hingga tiga."


Kita kata, "???"


Kisah 2

Seorang majikan menjanjikan kepada para pekerjanya, "Tahun ni kalau kita mencapai peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas, saya akan beri kamu semua bonus 6 bulan gaji."

Para pekerjanya kata, "Kami nak bonus 6 bulan gaji dulu, baru nak kerja rajin-rajin dan capai matlamat peningkatan keuntungan 100% dari tahun lepas."


Kita kata, "???"



Kisah 3

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, ... (Surah An-Nuur, Ayat 55)

Kamu kata, "Kami nak khalifah dulu, kemudian baru usaha untuk dapat iman dan amal soleh."


Kita kata, "???"