Wednesday, November 26, 2008

Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan izin Allah... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut kendur atau menggelebeh pulak..
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu jugak….
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
Offer lah pada suami,
Nabi bersabda lebih kurang maskudnya: bersama dgn isteri itu pahala..
jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses ungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Tuesday, November 18, 2008

Dalam Hati Manusia

  • Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.
  • Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
  • Dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
  • Dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
  • Dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya

~ Anak aku masih menerima rawatan di hospital. Terima kasih kerana doa dan kata-kata semangat dari rakan-rakan bloggers semua.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."

azharjaafar



Al-Hadith : Tips Elak Daripada Disengat

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi
s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya bertemu dengannya,
iaitu seekor kala, lalu menyengat pada saya tadi malam."

Beliau s.a.w. bersabda: "Andaikata engkau mengucapkan ketika engkau berada di
waktu petang, iaitu: "A'udzu bikalimatilahit tammati min syarri ma khalaq (Saya
mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari apa saja yang
diciptakan olehNya), nescayalah binatang itu tidak akan membahayakan padamu."

(Riwayat Muslim)


Al-Hadith : Subhanallah wa bihamdi

Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi,
seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang
keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang
mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari
ucapannya tadi."

(Riwayat Muslim)


Al-Hadith : Allah Merasa Bangga

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Mu'awiyah r.a. keluar menuju suatu
golongan yang berhimpun dalam masjid, lalu ia berkata,"Apakah yang menyebabkan
engkau semua duduk ini?"

Orang-orang menjawab,"Kami duduk untuk berzikir kepada Allah."

Ia berkata lagi, "Apakah, demi Allah, tidak ada yang menyebabkan engkau semua
duduk ini melainkan karena berzikir kepada Allah saja?"

Mereka menjawab, "Ya, tidak ada yang menyebabkan kita semua duduk ini, kecuali
untuk itu."

Mu'awiyah lalu berkata: "Sebenarnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau
semua itu karena sesuatu dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua dan tiada
seorang pun yang sebagaimana kedudukan saya ini dari Rasulullah s.a.w. yang
lebih sedikit hadisnya daripada saya sendiri.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pada suatu ketika keluar menuju suatu golongan
yang berhimpun dari kalangan sahabat-sahabatnya, lalu beliau s.a.w. bersabda,
"Apakah yang menyebabkan engkau semua duduk ini?"

Para sahabat menjawab, "Kita duduk untuk berzikir kepada Allah, juga memuji
padaNya karena telah menunjukkan kita semua kepada Agama Islam dan mengaruniakan
kenikmatan Islam itu pada kita."

Beliau s.a.w. bersabda lagi, "Apakah, demi Allah, tidak menyebabkan engkau semua
duduk ini melainkan karena itu?"

Sesungguhnya saya bukannya meminta sumpah dari engkau semua itu karena sesuatu
dugaan yang meragukan terhadap dirimu semua, tetapi Jibril datang padaku dan
memberitahukan bahwasanya Allah merasa bangga dengan kamu kepada malaikat -
yakni kebanggaanNya itu ditunjukkan kepada para malaikat."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, November 11, 2008

Aku Sekarang Kat Hospital

Anak aku yang no 3, Muhammad Ammar 9 tahun, kena sakit buah pinggang dan masuk hari ni dah 6 hari 5 malam aku temankan dia kat Hospital Selayang. Harap doa dari kawan-kawan agar Allah SWT beri semula kesihatan kepada Muhammad Ammar dan ketabahan hati kepada kami sekeluarga.

Maaf buat masa ni aku tak dapat jawab komen-komen dari pengkomen budiman. InsyaAllah lain kali aku jawab bila Allah izinkan.

Bisnes takaful aku sekarang dipantau oleh isteri.

azharjaafar

Monday, November 03, 2008

Setelah Hampir 13 Tahun...

Satu perkara besar telah berlaku dalam keluarga aku.

Anak sulong aku Muhammad Amir yang lahir 29 April 1996
bersamaan 11 Zulhijjah 1416


Geng botak 1997.


Raya 1998.


Pagi ni...


Muhammad Amir masuk madrasah hafiz Quran
Miftahul Ulum Sri Petaling yang cawangannya di Dengkil.

Semoga sentiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah.

*Aku masih dalam mengontrol hensem.

Sunday, November 02, 2008

Mandi Sungai (setelah beberapa lama)

Aksi sebelum melakukan terjunan!


Peserta-peserta simpanan.
(Yang bertopeng tu milik peribadi penulis blog).


Acara gaya bebas, setelah sejam berendam.


Air yang kedalamannya mencecah lutut budak darjah lima.


Gambar semua peserta.
Peserta lelaki dimestikan mempunyai rambut ala 'Abang Ben'.

Kat Kepong ada jemaah 40 hari campur-campur dari Sri Petaling.
Amir sab nya orang Besut.
Satu petang bila aku datang untuk ziarah jemaah tu, amir sab tanya aku;
"Bilo mu botok? (dalam loghat Kelantan)"
Aku jawab; "Orang Islam mana boleh pakai botox."


*Aku baru cukur habis rambut di kepala yang berotak setelah lebih sepuluh tahun tak buat macam tuh.