Sunday, October 12, 2008

Kasih Ibu


Sekali masa di zaman Saidina Umar jadi khalifah, dia terlihat seorang pemuda yang mendokong seorang perempuan tua dibelakangnya ke sana sini.

Lalu Umar bertanya kepada kepada pemuda itu; "Siapa perempuan tua ini dan apa hal keadaannya?"

Pemuda itu menjawab; "Dia adalah ibuku. Dia sudah tua dan uzur serta nyanyuk pula. Aku terpaksa menbawanya ke mana-mana kerana tiada siapa akan menjaganya jika aku tiada. Oleh kerana dia telah nyanyuk, dia akan mengutip sampah dan tanah dan memakannya."

Kata Umar; "Sungguh mulia akhlakmu dan sangat baik perbuatanmu."

Mendengar kata-kata Umar, lantas pemuda itu menangis.

Dengan kehairanan melihat tangisan pemuda itu, Umar bertanya; "Kenapa kamu mengangis?"

Pemuda itu menjawab; "Dulu semasa aku kecil, aku dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibuku ini. Keinginan hati ibu ku adalah supaya aku terus hidup dan membesar dengan baik dan sihat. Jika aku sakit, dengan penuh kerisauan dan usaha, ibu akan menjaga aku dan memberi aku ubat. Dengan harapan aku akan sihat dan dapat meneruskan kehidupan."

"Tapi aku..." Kata pemuda itu dan tangisannya bertambah.

"Walaupun aku berkhidmat kepada ibuku sebegini, pernah juga terlintas di dalam fikiran dan hatiku, bilakah ibu akan mati agar aku terlepas dari kesusahan menjaga dan mendukungnya."

Mendengar itu, Umar turut menangis.



*************************************************

Ohh.. macam mana kita dengan mak kita?
Macam mana pulak mak dengan kita?

Betul kata orang, sorang ibu mampu jaga sepuluh anak. Tapi sepuluh anak belum tentu dapat jaga sorang ibu. Nabi pernah doa; "Celakalah dia yang mendapati kedua orang tua nya atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi tak dapat menjadi sebab untuk dia dapat masuk kedalam syurga." Doa Nabi ini diaminkan oleh malaikat Jibril. (hadis sahih riwayat Hakim)

Jadi jenguk-jenguk lah selalu mak bapak kita. Khidmatlah kat mereka sampai mereka atau kita mati. Dan kalau mereka dah mati, doa dan niatkan sedekah setiap amal kita untuk mereka. Jadilah anak yang soleh kalau nak anak-anak kita soleh.



**************************************************

Di zaman Nabi Musa, baginda terlihat seorang pemuda yang berkhidmat dengan sepenuh hati kepada dua ekor babi. Babi-babi tu diberinya makan, dimandikan, diberi pakaian, dibawa tidur didalam bilik dan sebagainya.

Bila ditanya, pemuda itu menerangkan; "Kedua-dua ekor babi ini adalah kedua orang tuaku. Oleh kerana sesuatu kesalahan, rupa mereka telah ditukar oleh Allah menjadi babi. Walaupun begitu mereka berdua tetap ibu dan bapaku."

9 comments:

  1. Kak tie rasa terharu dan insaf. Memang benar,kak tie sendiri seorang ibu..walau macam mana pedihnya rasa tika membesarkan anak(anak kak tie terlalu nakal dan selalu buat kak tie nangis), kak tie tetap jaga dia dan berdoa utk kesejahteraan dia .

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kasih ibu membawa ke syurga..

    ReplyDelete
  3. salam


    Betul apa yang dikata

    Ibu dpt jaga anak sepuluh orang

    Anak belum tentu dpt jaga seorang ibu

    ReplyDelete
  4. sedih pla aku...

    tambah2 lg raya baru ni xbalik...

    ish3...

    ReplyDelete
  5. tie;
    Kata-kata mak bapak akan jadi doa untuk anak-anak. Cuba tukar 'terlalu nakal' kepada 'terlalu baik' atau 'terlalu taat' atau 'anak soleh' dan seumpamanya.

    akak;
    Syurga... amin!

    pB;
    Ubat batuk cap ibu dan anak.

    rith89;
    Doa selalu.

    ReplyDelete
  6. sebak hati aku baca kisah2 begini. aku sendiri tak pasti adakah aku memiliki sifat2 mereka yg taat kpd ibubapa seperti mereka.

    ReplyDelete
  7. izman;
    Dah la.. jangan nangis lagi. buruk beno rupa tu!

    ReplyDelete
  8. Al Ahqaaf:15.

    "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula).

    Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai;

    berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...