Kalau ikut tarikh masehi, hari ni ulang tahun aku nikah dengan isteri aku. Kalau ikut kalendar hijrah dah lepas pada 12 Rabiulakhir 1416. Aku nikah pada 08 September 1995 bersamaan dengan hari Jumaat, lepas solat Asar kat masjid Al Faizin, Taman Desa Jaya. Aku ngan isteri dari taman yang sama. Kira kawin dengan orang sekampung la ni.
Ni kad jemputan. Jemputlah datang. Tapi kena naik 'time-machine' la. 'Back to Future' ke, 'Voyager' ke.. dan yang seumpamanya. Kalau naik kereta-kereta biasa ni tak sampai nye..
Biasa la.. Yang kiri tu jemputan ke rumah pompuan, 10 September 1995. Yang kanan tu rumah lelaki, 17 September 1995.
Majlis penyerahan tugas. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Antara soalan yang ditanya oleh Pak Imam; 'Kau dah besunat?'
Lepas nikah ada jamuan sikit kat rumah pompuan. Lepas makan semua orang balik termasuk aku. Tu yang aku tak puas hati. Kan aku dah nikah tadi?
Ha.. ni kenduri kat rumah pompuan. Bila kenduri-kendara ni yang sibuk budak-budak dan makcik-makcik. Pakcik-pakcik lepak kat tepi sambil sembang-sembang dan hisap rokok. (gambar isteri aku tu aku purdahkan untuk keselamatan.) Kenduri hari Ahad. Hari Isnin aku bawa isteri aku lari ke Langkawi. Naik bas tu.. dari Puduraya. Jumaat baru balik. Masa tu surat nikah pun tak siap lagi.
Ni kenduri kat rumah aku. Nampak letih sikit. (gambar isteri aku purdahkan sekali lagi.)
***************************************************************
13 tahun kemudian... jeng, jeng, jeng... (kalau boleh masukkan sound latar belakang suspen cerita P Ramlee) ...
Ni lah anak-anak kami. Anugerah Allah yang tak boleh dijual beli.
Muhammad Muaz dah 6 bulan. Doakan kami semua diterima Allah sebagai dae agamaNya. Amin.
happy anniversary!
ReplyDeleteMoga berkekalan hingga masuk kubur.
bentara;
ReplyDeleteIsteri yang bantu suami buat kerja agama akan tunggu suami dalam syurga selama 500 tahun. Mereka lebih awal masuk syurga dari suami dan dalam masa tu akan bersolek menghias diri. Lepas tu akan jadi ketua semua bidadari si suami.
Wallahua'lam.
anniversary kawin aku 2 syawal ni. hoho..
ReplyDeletebaru setahun jagung..
doa2 kan lah ye.
Assalamualaikum abg
ReplyDeletebuh la chat box
sng sikit org nak buh komen
smg bhga
dan jumpa kmbali istri dan anak kat syurga nnt Insya Allah amin
Assalamualaikum
atap_je;
ReplyDeletesetahun jagung yang penuh debaran. Pastikan hala tuju. Jarum kompas kena betul.
hainur hapis;
leceh nak baca komen kat chat box. Komen kat sini aje lah ye...
hrm bro...aku rasa klau ko tak tunjuk muka / pic kat net insyaAllah strengthen lagi spirit wife ko yg pakai purdah...yela...fikir safety wife ko, takut safety sendiri plak terjejas. dok fikir laki tengok wife ko, pompuan tgk ko n tergoda ngn kehenseman tak ke mcm terlupa lak, takot nti diorg lak menggoda balik...menggugat safety gak tuh...kesafetyan iman...nabi n sahabat pn takde gambar kn...bukan psl takde kamera. aku rasa klau utk rasulullah lah kan, pelukis2 gambar musyrik pun sanggup datang dari jauh semata2 nak lukis potret baginda secara percuma.tp rasulullah ternyata tak tinggalkan pape gambar kan...heheh...jgn marah..ni sekadar sharing is caring...especially memikirkan wife ko yg berjihad berpurdah n memerlukan sokongan lg kuat dari amalan suami...peace peace
ReplyDeleteHideossle;
ReplyDeleteAku adalah peniaga di internet & x dpt ikat diri dengan majikan macam org lain. Terpaksa tunjukkan muka & identiti. Semoga Allah ampunkan aku dan kau tolong doa kabaikan untuk aku & kluarga.