Friday, September 05, 2008

Hal Solat Terawih Lagi.

Satu perkara yang aku selalu fikirkan bila tiba bulan Ramadhan adalah hal masjid-masjid atau surau-surau yang hanya melakukan solat terawih 8 rakaat. Samada sebab ada ceramah agama atau memang sepanjang bulan Ramadhan solat 8 rakaat. Memang la solat terawih tu sunat hukumnya. Tapi tak kan lah yang dah sunat tu nak disunat-sunatkan lagi.



Baru-baru ni (Rabu malam Khamis), aku ke masjid Sri Petaling untuk program mesyuarat mingguan Kuala Lumpur. Mesyuarat start pukul 5.45 petang tapi aku sampai 6.30 petang. Jalan jam gilak! Hujan lebat pulak tu... Alhamdulillah sempat jugak duduk mesyuarat sampai 7 petang. Antara perkara yang ditarghib adalah kepentingan usaha untuk bawa ulama ke masjid Sri Petaling. Seorang dari ustaz di madrasah Sri Petaling beri laporan, beberapa bulan yang lepas beliau bertemu seorang lelaki yang baru balik dari keluar 40 hari.

Lelaki itu menceritakan pengalaman hidupnya yang ditimpa ujian demi ujian oleh Allah SWT. Bisnesnya telah jatuh dan isterinya minta diceraikan. Sehingga lelaki itu hampir-hampir hendak murtad (nauzubillah!). Ketika dia di pejabat agama kerana menguruskan hal penceraian, seorang ustaz (yang bukan karkun) yang datang kerana urusan yang lain telah berbual-bual dengan lelaki itu. Lelaki itu dengan hati terbuka telah menceritakan masalahnya kepada ustaz tersebut. Ustaz tersebut telah menasihati lelaki itu supaya datang ke masjid Sri Petaling dan ikuti program agama di sana.

Lelaki itu kemudiannya telah datang ke masjid Sri Petaling dan akhirnya telah melapangkan masa untuk keluar 3 hari dan 40 hari dan terselamat dari menjadi murtad. Dari cerita ni nak bagitau pentingnya usaha kepada para ulama supaya sekurang-kurangnya mereka suka dan senang hati terhadap usaha tabligh yang berjalan sekarang. Sedikit saja cakap dari mereka, orang akan terima dan mudah ikut.

Berbalik kepada hal terawih. Sebelum solat terawih dibuat pada malam tu (di masjid Sri Petaling), ustaz xyz (nama dirahsiakan), telah bangun dan beri sedikit nasihat berkenaan solat terawih. Katanya;

1. Bulan Ramadhan adalah bulan yang istimewa. Kita diwajibkan berpuasa pada siangnya dan disunatkan berterawih pada malamnya.

2. Pada solat terawih terdapat dua sunnah yang berasingan. Satu, solat itu sendiri dan kedua, mendengar bacaan quran sehingga khatam di dalam solat terawih.

3. Para sahabat berterawih 20 rakaat walaupun pada mulanya ada di antara mereka yang berterawih 8 atau 10 atau 12 rakaat tetapi solat mereka begitu panjang. Mereka membaca kira-kira 100 ayat quran dalam satu rakaat sehingga ada di antara para sahabat yang berterawih di dalam keadaan memegang tongkat supaya menahan diri mereka dari jatuh.

4. Akhirnya mereka sepakat untuk solat terawih sebanyak 20 rakaat dan itulah juga pendapat sepakat 4 mazhab yang muktabar. Amalan tersebut berterusan sehingga ke hari ini di masjidil Haram dan masjid Nabawi dan di seluruh dunia.

5. Orang yang berterawih 8 rakaat sudah tentu tidak akan dapat mendengar Quran sehingga khatam di dalam solat pada sebulan Ramadhan.

6. Amalan solat terawih 20 rakaat hendaklan kita usaha untuk hidupkan di setiap masjid dan surau di tempat kita.

* Pada pandangan aku;
i) memang baik dibuat ceramah agama berselang dengan solat terawih tapi kena pastikan solat terawih dibuat 20 rakaat.
ii) pastikan imam yang bawa solat terawih khatamkan 30 juzuk al Quran dalam solat terawih selama sebulan Ramadhan. Bukannya baca ½ juzuk dalam solat terawih dan habiskan ½ juzuk lagi dalam masa tadarus lepas solat terawih.
iii) tahlil arwah dibuat pada masa lain iaitu bukan selepas Isyak sebelum terawih. Atau kalau nak buat jugak, buatlah lepas solat terawih.
iv) selawat panjang berlagu-lagu tanpa faham sepatah haram apa yang diselawatkan pun kena ditinggalkan. Dah jadi macam nyanyian pulak. Selawatlah dengan sederhana kerana kita memang dituntut membanyakkan selawat pada bulan Ramadhan.
v) Datanglah ke masjid Sri Petaling dan tengok macamana solat terawih dibuat.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. Ada perbahasan panjang lebar kat al-ahkam.net mengenai 20 atau 8 ni. In the end, 20 paling sahih http://al-ahkam.net tajuk thread forum "[Dari artikel] solat terawikh: antara yang digaduhkan". Menarik.

    Kat masjid gua solat ni, 8 rakaat tapi 1 juz 1 malam. Takde selawat antara 2 rakaat, takde tahlil (ie takde bidaah2 lain). Cuma ada tazkirah pendek je untuk rehat lepas 4 rakaat (tak tau bidaah ke tak).

    Karkun yang nak solat 20, lepas 8 depa buat komplot sendiri kat rumah depan masjid dan sambung.

    Gua 8 dah... tak larat aduh.... iman kulit bawang le katakan.

    ReplyDelete
  2. Azam terawih kat masjid sri petaling malam markaz minggu nie..markaz rahang pun baca satu juz satu malam gak..

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...