Sunday, September 28, 2008

Antara Keperluan Dan Maksud

Mafhum firman Allah;
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
Surah az-Zariyat: ayat 56.

Mafhum firman Allah;
"Manusia bertanya kepada mu berapa banyak harta hendak dibelanjakan? Katakanlah apa yang lebih dari keperluan."

Surah Al Baqarah 219


Tahu ke apa dia keperluan dan maksud. Di akhir-akhir Ramadhan ni kita muhasabah la sikit.

Contoh 1;
Pemain striker bola sepak.

Maksud : Skor la sebanyak gol yang boleh.
Keperluan : Pandai gelecek, strategi yang baik, lari laju gila dan sebagainya.

Tapi kalau striker tu asyik gelecek sana-sini, pasing cantik-cantik, lari pecut macam lumba 100 meter sampai lupa nak skor gol. Boleh pakai ke?

Contoh 2;
Student/pelajar

Maksud : Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Keperluan : Alatulis, asrama yang selesa, motorsikal nak ke kelas dan seumpamanya.

Salah guna alatulis untuk conteng jamban, tidur je dalam bilik asrama tanpa study, motorsikal bawak pergi merayau dan bawak awek...

**************************************************

Kita dijadikan Allah pun ada maksud yang perlu dipenuhi.

Maksud :
  • Manusia secara umum dijadikan untuk mentauhidkan dan beribadat kepada Allah.
  • Nabi-nabi dan rasul-rasul dihantar untuk mengajak manusia mentauhidkan dan beribadat kepada Allah disamping mereka sendiri mentauhidkan dan beribadat kepada Allah.
  • Umat Nabi Muhammad SAW dihantar sama seperti maksud para Nabi dihantar.
Keperluan :
  • Makan & minum
  • Pakaian
  • Tempat tinggal
  • Kenderaan
  • Isteri/keluarga
Cuba fikir dan renung adakah kita (jangan check orang lain!), telah jadikan yang maksud itu maksud dan yang keperluan itu keperluan ATAU kita telah jadikan yang keperluan itu maksud dan yang maksud itu keperluan.

Contoh 1;
Bersederhana dalam keperluan dan menggunakan apa yang lebih dari keperluan untuk menyempurnakan maksud.

Contoh 2;
Menjadikan keperluan sebagai maksud. Iaitu seluruh masa, tenaga, harta, kemudaan, fikiran digunakan untuk mendapatkan keperluan.
  • Makan minum sehingga letih dan tak kenyang-kenyang serta mambazir.
  • Mengumpul pakain dalam almari sehingga kalau dikira harga mencecah ribu ringgit.
  • Buat renovation puluh ribu ringgit untuk mencantikkan rumah. Tukar perabot...
  • Kereta lama masih elok, beli kereta baru dan buat hutang baru. Tukar sport rim..
  • Kenduri kawin yang malampau-lampau dengan pelamin, tukar-tukar baju untuk fotografi, panggil band, joget lambak...
...atau kita tak tahu dan tak mahu ambik tahu, apa maksud dan apa keperluan kita sebagai manusia, umat Nabi Muhammad SAW dan hamba Allah dimuka bumi.

Ketahuilah di muka bumi sekarang ni ada 6 billion manusia dan dari jumlah itu hanya 1 billion sahaja orang Islam. Dari jumlah orang Islam masih ramai yang tak amal agama terutama meninggalkan solat. Masjid-masjid masih kosong. Agama hanya berkhatan, akad nikah dan solat jenazah. Dan kita masih sibuk dengan keperluan yang kita sangka maksud...

Semoga Allah ampunkan kita.

*******************************************

Habis tu nak buat camane? Benda dah jadi darah daging.
Memang dari kecik kita dah dibagitau.
'Belajar rajin-rajin. Nanti dapat kerja bagus. Gaji besar. Hidup senang.'

Tu lah sebab nya ulama minta kita lapangkan masa 3 hari sebulan, 40 hari setahun; untuk keluar dari 'lifestyle' kita yang biasa. Slow-slow... Amacam, boleh?


********************************************


Tambahan pada 3 Feb 2009;

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya, al-'Ibadah Fi al-Islam, bahawa: "Sesungguhnya beribadah kepada Allah S.W.T. tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al-Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sahaja sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah manyempurnakan hak Allah S.W.T. terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah selesai ditunaikan kewajipan 'Ubudiyyah terhadap Allah S.W.T..

Padahal tanggapan tersebut meleset daripada hakikatnya yang sebenar".

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa:"Tidaklah dikira ibadah kepada Allah S.W.T. jika seseorang itu berfahaman: Aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas makan daging babi, minum arak, makan riba, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah S.W.T. yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah S.W.T. bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya berada ketika di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan mencebur diri dalam bidang-bidang kehidupan lain dia menjadi hamba kehendak dirinya, bebas mengikut kehendak hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah S.W.T."

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mesti memperbetulkan fahamannnya kembali mengenai Islam dan ibadah kepada Allah S.W.T.. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa ia adalah Khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T. serta melaksanakan kewajipan ber'ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata. Memadai ia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T..

Menurut al-Qaradhawi lagi bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut ialah:

1. Menyeru kepada kema'rufan dan mencegah daripada kemunkaran.

2. Berjihad ke jalan Allah S.W.T..

Menurut huraian asy-Syahid Sayyid Qutb bahawa kerja-kerja menyuruh kepada ma'ruf serta mencegah daripada munkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi ma'ruf tidak tertegak sebagai ma'ruf dan munkar tidak dimusnahkan sebagai munkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar itu maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak atas dasar Iman kepada Allah S.W.T. dan Persaudaraan kerana Allah S.W.T. agar hukum-hukum Allah S.W.T. terlaksana, kerja-kerja ma'ruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikuti jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah S.A.W.

6 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR-BATIN.....

    Semoga Allah menerima segala amalan kita dan melimpahkan hidayat keatas kita.

    - Dah 7 tahun tak beraya diMalaysia, miss lagi tahun ni ketupat/rendang,lemang buluh mahupun meriam buluh...

    ReplyDelete
  2. zarzh; setiap kali Ramadhan, akan teringat suasana Ramadhan di Zurich. Markas, masjid Pakistan, masjid Arab, masjid Turki, masjid Albania...

    Gash di musim luruh... Oktober 2005.

    Buka puasa dan terawih di kedutaan Malaysia dan Restoran Cili Padi ke Cili Api... lupa namanya.

    Ohh.. (emosi sikit).

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya. link my blog pliz

    ReplyDelete
  4. marzuki;
    Terima kasih sebab bertandang kat sini. Aku link pada Blog Menjerit boleh? Link la logo takaful aku kat Blog Menjerit kau tu kalau sudi.

    ReplyDelete
  5. abdullahjones;
    Selamat hari raya. Terima kasih kerana berkunjung dan memberi komen.

    ReplyDelete

komen pembaca sangat aku hargai.. makasey...