Hidup Ini Hanyalah Mimpi Yang Memperdaya. Kehidupan Sebenar Bermula Apabila Kita Dihidupkan Selepas Kematian.
Wednesday, July 30, 2008
Kau Karkun Sekarang
Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu
Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu
Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar
Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya
Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah
Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah ia
Kaudaki ia
Kauredah ia
Kautakik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan.
Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih
Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan
Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?
Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?
Tulisan ntahsapasapantah
dari ntahmanamanantah
sebab akudahtakingatdah
gua dah click iklan nuffnang lu tu. Moga cecah RM50. Bila lu nak click wgua punya pulak?
ReplyDeleteKalau karkun bantai karkun balik camana? Sedih aaaa... kawan gua belasah gua cukup2 sampai tak sanggup gua nak baca email dia kali ke-2...
Azhar,
ReplyDeleteSyok jugak dpt member karkun. Dulu aku ingat depa nie penyibuk, suka jaga tepi kain org lain. Busy-body. Siap ada member/geng aku yg kata org tabligh nie 'pests'. Begitu sekali hijab ALlah bagi utk mrk yg tak faham.
Tapi sekrg, Allah dah bg aku sedar. Barulah aku dpt faham sikit2. Time nie, aku rasa member karkun tu le yg paling baik...cam soul mate. Sekrg, bila aku jumpa member2 karkun lama, habis le aku kena tembak berdas-das. Iye le, dulu aku punya le kutuk habis kat depa. Depa senyum je...ikram kat aku... huhuhu.
Bentara,
AKu rasa member kau tu sebenarnya sayang kat kau, tu yg dia sound tu. Walaupepun, yakinlah, setiap yg klua dr mulut dia tu, adalah hakikatnya dr Allah jua. pasti ada hikmahnya.
bentara;
ReplyDeleteSelalu apa aku klik iklan kat blog kau tu.
Karkun yang bantai karkun ni selalunya ada masalah dalaman. Maafkan aje la. Kitakan manusia ada masalah masing-masing.
*Bini dia mogok kot. Ishh.. tak baik sangka buruk.
soulsurvivor;
wooosh.. ganas tu nama dia. Tapi memang kerja para Nabi nak menyelamatkan roh-roh manusia dari jahannam.
Orang yang mula-mula tashkil aku dulu kata, karkun-karkun selalu kumpul malam minggu kat sri petaling. Dalam hati aku kata KARTUN mana pulak?
Tuan, macam mana nak buat add kat blog? Lagi satu macam mana nak track berapa ramai org baca blog kita...??
ReplyDeleteMaklumlah saya ni budak baru belajar lagi
p/s - karkun sejuk...
abikhsan;
ReplyDeleteNak buat iklan daftar kat sini,
http://www.nuffnang.com.my/
Nak track visitors daftar kat sini,
http://www.globetrackr.com/
Supaya tak jadi karkun sejuk daftar
kat masjid Sri Petaling setiap malam minggu.
Best apa ada kawan karkun, housemate aku ada la 2-3 orang karkun. Selalu bercakap cerita best2. Diorang bercakap pun makna tinggi2. susah nak faham... ohh...
ReplyDeleteallah letak kejayaan hidup kita dalam agama tuan..sejauh mana kita taat perintah allah ikut sunaah nabi saw..pasti berjaya
ReplyDeleteSalam.. untuk Ikhwan sume..Wahai teman seperjuangan Baginda S.A.W da rindu sangat ngan Ikhwan..Ikhwan sume ade rasa rindu cam Rasullullah rindu kat Ikhwan sume x..klu tak kene chek amalan awal,pertengahan dan Akhir..salam...
ReplyDelete